Arisya duduk di taman permainan sekitar kawasan rumah Razif itu. Sempat dia singgah di 7 Eleven membeli sedikit makanan ringan dan aiskrim sandwish. Ya dah semestinya aiskrim sandwish itu diperlukan.
Arisya duduk di dalam gelongsor itu, memandangkan sekarang baru pukul tujuh petang memang tak ada oranglah. Yelah budak mana je nak main masa-masa senja macam ni? Lagipun budak-budak dekat sini mana main dah dekat playground.
Main gadget je kan zaman sekarang. Arisya mengigit aiskrim sandwish itu, sudah masuk kali keempat dia makan. Sejak dari dalam kereta lagi, Arisya termenung sendirian. Selepas sahaja meloloskan diri dari bangunan PH, terus dia ke sini bersama jajannya.
Arisya kemudiannya menyedut Slurpee perisa Tutti Frutti selepas kemudiannya membuka plastik cupcake coklat Gardenia. Dia malas nak balik, biar Razif tahu dia tengah marah. Heh padahal lelaki beku, bengap, tak faham perasaan dia tu takkan punya pujuk dia. Tahu sangat!
Nak-nak lagi yang namanya Arisya, memang Razif tak pujuk. Kalau Sofiyah mungkinla. Tak payah fikir sepuluh kali pun dah tahu memang akan dipujuk.
Tak habis lagi kek cawan coklat itu, Arisya buka pula Mister Potato di dalam bekas silinder itu. Terus disumbat masuk ke dalam mulut, krup krap krup krap sahaja bunyinya. Arisya sengih sendiri, tak senonoh gila makan kuat-kuat macam ni.
Sekali lagi Arisya sengih, teringat pula zaman-zaman dia suka intai Razif senyap-senyap tu. Dekat kawan-kawan dia, dia cakaplah yang dia dah tak suka Razif, dah move on kononnya padahal lelaki tu pergi belakang kelas, dia jeling-jeling juga usha Razif. Aduhai, nak hidup!
Arisya senyum namun seketika kemudian senyumannya mati tatkala notifikasi telefon bimbitnya berbunyi, terus sahaja Oppo F7 itu dicapai lalu ditekan skrin telefon itu. Sebuah mesej pelik yang dihantar seseorang, Arisya membaca mesej itu dan wajahnya serta-merta pucat tidak berdarah.
+010-2768086
hai, boleh kenal. saya suka tengok awak, cantik.siapa ni?
+010-2768086
saya suka awak, badan awak..bye, saya tak mesej dengan binatang. sorry.
block +010-2768086 ? Blocked contacts will no longer be able to call you or send you message
Block
Report
Block and report
Arisya meraup wajah, terus sahaja telefon bimbit itu diletak ke dalam plastik 7 Eleven. Sungguh, dia takut! Arisya pandang sekeliling, dia trauma. Dia pernah dapat mesej menyerupai itu sewaktu di bangku sekolah. Sungguh dia takut. Dia benci!
Mata Arisya liar memandang sekeliling. Ya Allah, selamatkanlah aku ya Allah! Terkumat-kamit Arisya beristighfar, sudah sekarang waktu senja. Dia jadi takut pula nak pulang ke rumah.
Arisya memandang sekeliling, ha sudah macam mana dia nak balik? Kenapalah dia bijak bestari sangat melepak di sini? Sungguh dia rasa tak selesa dan diperhatikan. Janganlah ada sesiapa yang cuba apa-apakan dia.
Arisya terus merentap plastik 7 Eleven itu lalu dimasukkan ke dalam terowong gelongsor. Dia duduk di dalam itu dalam keadaan ketakutan. Ya Allah, apa dia nak buat ni?
Arisya ketuk dagu perlahan, berfikir cara terbaik untuk dia balik dengan selamat. Hah Razif!
Tapi lelaki itu mesti sedang sibuk dengan teman wanitanya. Aduh, siapa dia nak minta tolong? Takkan Harraz? Abang Harris? Ish tak mahulah menyusahkan makhluk terencat dua ekor tu. Eh sempat pulak dia kutuk dua orang tenuk tu heh!

ANDA SEDANG MEMBACA
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...