Arisya memandang cermin, melihat dirinya dipakaikan veil di atas kepala. Rona rose gold menjadi pilihan untuk busana pengantin majlis sebelah pengantin perempuan. Arisya membetulkan letak tudung yang dipakai.
" Wei Risy, laki hang dah sampai dah. Jom lekaih! " panggil Aisya kecoh.
" Okey, I'm ready. " jawab Arisya. Dia mencuri pandang keluar tingkap. Allahu, ramainya tetamu! Majlis yang hanya dihadiri 700 orang jemputan itu kelihatan meriah.
Kalau ikutkan umi dengan abah, memang majlis dia boleh jadi wedding of the year, yelah ada ke patut umi nak sewa dewan Shangri-la yang bapak mahal tu? Nasib ada dia, pacak kanopi depan rumah, booked catering, letak pelamin sesikit, dia dah rasa cun dah.
Tu pun, umi pacak lima khemah. Gila betul! Umi cakap sebab dia seorang je anak dara dalam keluarga jadi kena lagi meriahlah. Membazir je umi!
" Hoi minah, termenung padia? Lekaih la jom! " Aisya menggesa lalu menghulurkan sejambak bunga mawar.
" Laki hang akan diarak dari hujung jalan, hang tunggu dekat depan rumah nanti hampa dua sama-sama pi meja makan pengantin. Hang dengaq dak aku kata apa? " Arisya angguk, macamlah dia tak tahu sarapan tadi Razif sudah beritahu.
" Haa, dah jom turun. Tok dok hingaq dah kat bawah. " kata Aisya, dia pula stress sekarang ni!
" Sya, aku takut la. Nervous terok dah ni. Nak buat lagu mana ni? " tanya Arisya, serupa ayam berak kapur.
" Hang toksah dok buat perangai lagu tu, aku pulak naik stress dah ni. " balas Aisya.
" Doakan aku. " Arisya senyum pada sepupunya.
" Woi hampa dua, turun lekaih! " jerit Anis dari bawah. Terus sahaja Arisya turun ke bawah, terasa sinaran cahaya kamera membidas muka saat dia melangkah turun ke tingkat bawah.
" Amboi cantik aih anak umi! "
" Cucu aku hang toksah kata la, semua elok aih! "
" Amboi aih tok! Hat elok semua cucu tok, habis kami hat mak dia ni? "
" Haih sudahlah hampa, merapu aku melayan hampa. Otak kartun! "
Arisya ketawa, aduh menyempat sungguhla mak-mak saudara dia mengusik maktok.
" Aku kena tunggu depan pagar rumah ka? " bisik Arisya pada Aisya.
" Haa lah, sat lagi laki hang sampai. " balas Aisya.
" Okey. " Arisya jalan dengan dress yang dipakai. Terasa berat pula memakai dress yang meleret ini. Umilah yang pilih, kalau ikut dia. Dia nak pakai baju raya tahun lepas saja. Cantik apa, warna hitam tapi umilah kata macam cina mampoih la apala.
Arisya berdiri di hadapan rumah teres ditemani bridesmaid nya yang sibuk nak interframe jugak. Siapa lagi kalau bukan Aisya, Nadira, Anis dan Dayana. Dari jauh dia nampak rombongan pengantin lelaki mendekati kawasan rumah.
Arisya senyum, dia nampak Razif memakai cermin mata hitam berbaju melayu moden berwarna rose gold lengkap dengan tanjak dan keris di pinggang. Hensem hehe..
Razif memandang Arisya yang mukanya ditutup oleh kipas dan diiringi bridesmaid mendekati rombongannya. Arisya menahan panas bahang matahari yang sudah menegak di atas kepala. Arisya berjalan ke arah Razif yang sudah menunggu.
Arisya senyum dibalik kipas tangan yang dipegang Aisya, dia tahu Razif tak nampak pun senyumannya. Mereka berhadapan sekali lagi.
" Assalamualaikum. " pembuka bicara dari Aisya.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romansa" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...