Hujung minggu datang lagi, kali ini Arisya mengajak Razif pulang ke rumah ibu bapa Razif. Puas dia mengajak akhirnya barulah lelaki itu setuju. Arisya perasan sesuatu, Razif kurang rapat dengan ibu bapanya tapi kenapa?
" Ni nak tidur sana ke? " tanya Razif malas. Sejak mereka kahwin, memang rumah mama dan papa tak pernah dijejak.
" Yelah, saya tak pernah pergi sana. Mesti banyak benda saya nak sembang dengan mama. " beritahu Arisya sambil ligat mengemas beg pakaian miliknya.
Razif hanya memandang Arisya yang lincah melipat kain baju. Dia baring di atas katil bilik Arisya sambil tangan menekan punat alat kawalan jauh televisyen." Tak payahlah tidur sana. " usul Razif, Arisya terus menoleh.
" Asal pulak? "
" Aku tak suka. " balas Razif dingin.
" Kenapa? "
" Jangan banyak soal boleh tak? " dengusan Razif berbaur kasar.
" Saya tanya je, awak tak ada alasan kukuh so kenapa pulak tak boleh? Kenapa? Papa tu kanibal, makan orang? Ke mama tu suka gigit anak dia? " balas Arisya cuba melawak namun melihat jelingan Razif, Arisya terdiam.
" Okey, kita balik rumah mama dengan papa tapi semalam saja. " putus Razif lalu bangun dan beredar dari bilik Arisya lalu menghempas pintu.
" Eleh ingat comel ke marah-marah macam tu? Muka macam tenuk betina nak mengeram je. " kutuk Arisya mencebik.
Arisya terus menyumbat segala pakaian di dalam beg pakaian walhal hanya semalam sahaja mereka akan bermalam di sana. Bukan banyak pun, tapi sebab semua dia sumbat, toiletries dengan segala tuala wanita kalau emergency ka apa semua dia sumbat.
Usai mengemas, Arisya mengenakan palazzo pants berwarna hitam berjalur putih dan kemeja putih bersama tudung bawal berwarna hijau cair. Selempang sebelah kanan dia tarik sahaja lalu diletakkan di atas bahu manakala selempang kiri dibiar tidak di pin.
Beg sling berwarna hitam Arisya capai sebelum turun ke tingkat bawah. Di bawah, dia lihat Razif sudah siap sedia dengan begpack hitam pada bahu. Lelaki itu hanya mengenakan kemeja hijau berjalur putih dan jeans denim. Eh hijau?
Alamak tersedondonlah pulak!
" Wei tiru baju aku! " usik Razif. Arisya mencebik, kan dia cakap mesti kena bahan punya!
" Alamak, dia yang tiru kita cakap kita pulak. " balas Arisya tak mahu kalah. Air kotak Arisya capai di dalam fridge sebelum menuju pada Razif yang sedang memakai kasut di luar rumah.
Oh, nampak macam jauh eh? Memang pun, rumah mama dengan papa dekat Pahang nun jauh di sana. Dato' Azian sahaja tinggal di Kuala Lumpur ini bersama nenek Razif. Itupun dia baru tahu beberapa hari lepas, ingatkan semua family Razif duduk dekat KL rupanya semua pelosok negara ada.
Papa ada sebuah syarikat guaman manakala mama seorang pengusaha butik. Dengar kata, Razif lebih rapat dengan atuk dan neneknya. Kenapa? Dia pun tak tahu, lelaki ini kuat berahsia.
Okey stop bermonolog.
Razif angkat beg miliknya dan Arisya masuk ke tempat duduk belakang. Arisya sudah melompat masuk ke dalam BMW 5 Series itu. Tersengih-sengih dia apabila Razif menjegilkan matanya.
" Yeay, balik Pahang! " sorak Arisya menaikkan mood. Razif senyum segaris. Gadis ini memang nampak gembira sepanjang masa.
" Okey, pakai seat belt. Kau jadi co-pilot, jangan tidur pulak. Karang aku sekeh kalau kau tidur. " kata Razif beri amaran, Arisya ni bukan boleh dipercayai sangat. Masuk sahaja kereta, tidur. Tu saja kerja dia.
" Hehehe, tengok keadaan kalau saya tak mengantuk.. " Arisya angkat tangan tunjuk peace pada Razif.
Belum sempat Razif mengundurkan kereta tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Arisya pandang wajah Razif.
" Waalaikumsalam, hah buat apa? "
" Yelah yelah, Raz datang sekarang. "
" Bawak luggage sekali? Ha yelah. "
" Ye dengan Risya lah ni. "
" Okok, Assalamualaikum. " kata Razif sebelum talian dimatikan. Arisya angkat kening tanda siapa-call-tu.
" Atuk call, dia suruh datang rumah dia. Dia ada surprise untuk kita. Entah apa-apa entah atuk ni. " kata Razif sengih. Yes, tak payah balik rumah mama dengan papa!
Arisya menganggukkan kepalanya tanda faham lalu plastik straw air kotak dibuka sebelum air kotak Yeo's itu disedut.
Rumah Dato' Azian dituju, dekat sahaja. Arisya dan Razif senyap sehinggalah mereka sampai di hadapan Teratak Azriani.
" Assalamualaikum! Atuk oh atuk! " sapa Arisya mesra terus melompat keluar dari kereta BMW tanpa mengendahkan jelingan tajam Razif.
Dato' Azian keluar dari rumah bersama isterinya Datin Ariani yang berkerusi roda. Arisya sengih sebelum mendekati nenek dan atuk.
" Assalamualaikum atuk, nenek! Nenek makin cantik oo sekarang. " puji Arisya, Datin Ariani ketawa. Menantu cucu dia yang ini memang suka menggelikan hatinya dengan usikan dan lawak jenaka.
" Kamu sihat Risya? " tanya Atuk memandang Arisya.
" Sihat, Alhamdulillah kalau tak sihat tak jejak dah kat sini entah-entah dalam hospital sana. " kata Arisya loyar buruk.
" Assalamualaikum atuk, nenek. " sapa Razif pula sebelum menyalami tangan atuk dan melutut di hadapan nenek.
" Eh masuklah, panas ni dekat luar. " pelawa Datin Ariani sebelum kerusi rodanya ditolak oleh Arisya masuk ke dalam. Arisya bersembang bersama nenek menuju ke dapur manakala Razif dibiarkan bersama Dato' Azian.
" Ada apa atuk panggil Raz balik sini? Tiba-tiba je. " soal Razif pelik sambil tangan sibuk menukar siaran televisyen.
" Kejap lagilah tunggu isteri kamu sekali. Atuk ada plan baik punya! " seloroh Dato' Azian. Razif mencebik entah kejutan ataupun apa yang bakal di rencana atuknya. Harap-harap bukan benda pelik-pelik lah.
" Jemput minum atuk, ini Risya bancuh dengan penuh kasih sayang hehehe. " kata Arisya muncul di sebalik pintu dapur bersama Datin Ariani.
" Yelah Arisya, ni duduk tepi Razif ni. " arah Dato' Azian apabila dapat membaca fikiran Arisya yang menantu cucunya itu akan duduk di single sofa di situ. Arisya senyum hambar lalu akur dengan arahan atuk.
" Atuk ada hadiah untuk kamu berdua. " kata Dato' Azian.
" Mesti kamu berdua suka, untung-untung tahun depan nenek boleh kelek cicit. " tambah Datin Ariani tersenyum.
" Nah! " Dato' Azian menghulurkan sesuatu.
Automatik mata Arisya dan Razif terbeliak melihat isi kandungan sampul surat itu.
" Tiket bulan madu kamu berdua ke Bali. " kata Dato' Azian senyum lebar.
" Honeymoon dekat Bali!? " serentak suara itu bersuara terkejut. Datin Ariani dan Dato' Azian sudah tersengih-sengih.
stay tuned, just ready for the next, the next and the next.
***
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Roman d'amour" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...