Act 1: First Meet

4.1K 212 14
                                    

"Lama betul saya tidak nampak kamu, Leftenan Pertama Sylvia. Bagaimana dengan misi kamu?"

"Ah. Semuanya berjalan lancar, Jeneral Micheal. Skuad Epsilon cuma akan singgah di Pangkalan 1 untuk beberapa hari untuk mengisi bekalan sebelum bertolak untuk menjalankan misi seterusnya." Jawab perempuan bernama Sylvia.

"Haih. Jeneral Hairy terlalu inginkan kejayaan di Pangkalan 2 ya?" Soal Jeneral Micheal.

"Saya tidak boleh menyangkal apa yang jeneral katakan. Jeneral Hairy memang inginkan nama Pangkalan 2 terus megah." Jawab Sylvia.

"Saya tahu kamu merupakan salah satu H.W.P yang berkhidmat dengan tentera. Tapi, sepatutnya jeneral kamu rehatkan skuad kamu. Bagi skuad lain untuk jalankan misi juga." Bidas Jeneral Micheal.

Sylvia mendiamkan dirinya. Dia dan Jeneral Micheal berjalan beriringan menuju ke satu tempat di Pangkalan 1. Setiap askar yang terjumpa mereka berdua akan menabik hormat.

"Oh ya. Bagaimana dengan tiga skuad utama yang berada di Pangkalan 1?" Soal Sylvia.

"Hmm...Skuad Iota dan Skuad Beta sedang menjalankan misi. Hanya Skuad Alfa sahaja yang berada di sini. Kenapa kamu tanya?"

"Dari berita yang saya dengar, ketua bagi Skuad Alfa juga merupakan seorang H.W.P juga." Balas Sylvia.

"Yeah. Kamu adalah Kod 04 ketua bagi Skuad Epsilon. Dan Kod 02 adalah ketua bagi Skuad Alfa." Balas Jeneral Micheal. Sylvia sedikit terkejut mendengar kod yang dikatakan oleh Jeneral Micheal.

"Kenapa Skuad Alfa jarang menjalankan misi?" Soal Sylvia.

"Kerana, Skuad Alfa akan turun jika misi itu berada di Kelas-SD sahaja."

"Oh."

"Kamu nak lihat apa yang dilakukan oleh Skuad Alfa ketika mereka tidak menjalankan misi?" Soal Jeneral Micheal.

"Saya terpaksa menolak pelawaan jeneral sebab saya ada hal yang hendak diuruskan dengan Kod 03, Aria."

"Saya tahu kamu hendak melihat senjata kamu dipertingkatkan. Jangan risau, Aria pasti dapat siapkan sebelum kamu bertolak. Sekarang, jom teman saya meninjau sekeliling Pangkalan 1. Saya bosan sekarang ni."

Jeneral Micheal tersengih. Sylvia sedikit terkejut. Berbanding dengan Jeneral Hairy yang tegas, Jeneral Micheal pula lebih santai orangnya. Sylvia hairan mengapa jeneral berusia 50 tahun ini boleh menjadi jeneral tertinggi.

"Oh! Kita dah jumpa satu ahli dari Skuad Alfa." Kata Jeneral Micheal sambil menunjuk ke satu arah.

Kelihatan seseorang yang amat besar saiz badannya sedang menggilap senjata berupa Gatling. Kelihatan juga beberapa jenis senjata berat yang lain. Orang itu tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

"Sarjan Jason Bryan. Tugasnya merupakan yang paling bahaya. Setiap kali Skuad Alfa menjalankan misi, dia adalah orang yang berada di hadapan. Kerana tugasnya sebagai seorang Gunner."

"Oh." Sylvia mengangguk. Dari parut yang berada di tubuh Jason, dia sudah tahu lelaki ini merupakan yang paling berani dalam Skuad Alfa.

"Sekarang mari kita cari lagi empat orang." Kata Jeneral Micheal.

Sylvia hanya menurut sahaja. Selepas 10 minit kemudian, mereka tiba di tempat di mana pesawat tempur terletak. Jeneral Micheal menuju ke satu pesawat tempur yang amat berbeza modelnya. Kelihatan kapal terbang tempur ini lebih canggih dari pesawat tempur yang lain.

"Its called Silent Dragon. Well, this plane belongs to Alpha Squad." Kata Jeneral Micheal.

Sylvia mengangguk sekali lagi. Model pesawat tempur ini tidak banyak berbeza dari pesawat tempur milik skuadnya.

"Staff Sergeant Rogue! Staff Sergeant Anna! Where are you?!" Jeneral Micheal meninggikan sedikit suara.

Dari kokpit kapal muncul seorang perempuan dan dari belakang sayap sebelah kanan pula muncul seorang lelaki dengan muka yang comot. Kedua mereka terus menuju ke arah Jeneral Micheal dan Sylvia.

"Ah! Jeneral Micheal. Kenapa panggil kami berdua? Kami sibuk nak baiki pesawat." Kata lelaki yang dipanggil sebagai Rogue.

"Saya saja panggil kamu. Memandang saya tengah meninjau sekeliling Pangkalan 1, saya singgahlah lihat apa aktiviti kamu." Balas Jeneral Micheal.

"Oh! Lupa nak kenalkan. Leftenan Pertama, Sylvia. Ketua kepada Skuad Epsilon."

Kedua orang itu segera menabik hormat ke arah Sylvia. Perempuan itu hanya mengangkat separuh tangan.

"Apa yang membuatkan skuad kedua terbaik singgah di Pangkalan 1?" Soal Anna.

"Kami hanya singgah beberapa hari untuk mengisi bekalan sebelum bergerak untuk misi seterusnya." Balas Sylvia. Mereka berdua mengangguk.

"Kamu ada nampak Dean? Dari tadi saya tak nampak dia." Soal Jeneral Micheal.

"Dia ada kat-"

Belum sempat Rogue menghabiskan kata-katanya, kedengaran satu bunyi tembakan dari kawasan lapang di Pangkalan 1.

"If you want to see him. Just go over there." Balas Anna dengan selamba.

"Okay. Thank you both of you.." Ucap Jeneral Micheal.

Rogue hanya tersengih sebelum menuju kembali ke pesawat tempur milik Skuad Alfa. Anna juga hanya mengangguk sebelum mengikuti Rogue dari belakang.

"Mereka sebenarnya adik beradik. Anna adalah kakak. Rogue pula adalah adik." Terang Jeneral Micheal. Sylvia hanya mengangguk sahaja.

Belum sempat mereka hendak menuju ke tempat Dean, seseorang memanggil mereka berdua dari belakang. Kelihatan seorang perempuan dengan kot putih paras lutut sedang berlari ke arah mereka berdua.

"Aria. Kenapa kamu dekat sini? Kamu sepatutnya menyiapkan kerja kamu." Kata Jeneral Micheal.

"Memang sudah siap pun. Sebab itulah saya panggil Sylvia." Balas perempuan yang dipanggil Aria.

"Oh. Baguslah. Maaf jeneral. Saya nak mengambil balik senjata milik saya." Ucap Sylvia sebelum menuju ke satu tempat bersama-sama Aria.

"So, macam mana kau boleh sangkut kat jeneral tua tu?" Soal Aria.

"Amboi kau. Depan punya main baik. Sekali belakang, hah!" Balas Sylvia.

"Yelah. Tahu tak yang dia tu pengacau. Bagaimanalah dia boleh jadi jeneral tertinggi?" Soal Aria. Sylvia hanya ketawa sahaja.

Mereka berdua tiba di satu tempat di mana semua peralatan bagi ketenteraan dibaiki dan dipertingkatkan.

"There is your weapon." Kata Aria sambil menunjuk ke arah satu tempat.

"Antares II. Aku dah upgrade sniper kau ni. Sekarang kau tidak akan ada masalah untuk menembak lapisan besi paling keras sekali pun." Sambung Aria.

"Thanks, Aria." Ucap Sylvia.

"Yeah-yeah. Your welcome." Balas Aria.

Sylvia ternampak dua bilah katana berwarna kelabu terletak di sebelah sniper miliknya.

"Aria, who is the owner of these katana?" Soal Sylvia.

"Its mine." Jawab seseorang. Aria dan Sylvia berpaling ke belakang.

Kelihatan seorang lelaki yang tinggi sedikit dari mereka berdua sedang berdiri, berpeluh sambil memegang sebilah katana berwarna biru yang tersarung.

"Apa kau ni, Sora. Buat aku terkejut je." Kata Aria sambil mengusap dadanya.

"Oh, Sylvia lupa nak kenalkan. Code 02, First Liutenant Kirisaki Sora. Leader of Alpha Squad." Aria memperkenalkan lelaki itu.

"Sora, this is-"

"I know who is she.." Sora pantas memotong percakapan Aria.

"Code 04, First Liutenant Sylvia von Irisviel. Leader of Epsilon Squad." Sambung Sora.

Sylvia terkejut bagaimana lelaki yang dipanggil Sora ini mengetahui identitinya. Sedangkan mereka belum pernah berjumpa. Dan ini merupakan kali pertama mereka berjumpa.

*************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now