Act 27: Prepare For Attack

1.1K 138 7
                                    

Cahaya mentari dari sebalik langsir membuatkan Sylvia tersedar dari tidur. Dua hari yang lalu, dia menjadi tukang masak dan ahli skuad miliknya tidak pandai berhenti dari mengejeknya.

Dia bangun dari baring dengan muka yang sembap. Dia menguap lalu meregangkan sedikit badannya.

Dia segera berdiri dan menuju ke bilik mandi. Walaupun seni bina rumah ini berbentuk tradisional, tetapi setiap bilik mempunyai bilik mandi yang tersendiri.

Setelah beberapa minit, Sylvia keluar dari bilik mandi dan segera mengeringkan badannya. Selepas itu, dia segera memakai pakaian.

Dia keluar dari bilik. Sunyi. Tiada siapa-siapa yang bangun lagi. Dia melihat ke arah jam tangan. 5.55 pagi.

"Patutlah..." Katanya sendirian.

Dia segera menuju ke dapur. Kelihatan Miyabi yang sedang membersihkan bahagian dapur.

"Selamat pagi, puan." Ucap Miyabi.

"Selamat pagi juga." Balas Sylvia tersenyum.

"Puan hendak minum? Saya buatkan air."

"Tidak apa. Saya boleh buat sendiri. Teruskan pekerjaan awak."

"Baiklah."

Sylvia mengambil gelas berserta sudu lalu membuat minuman sendiri.

SWIFF!

SWIFF!

SWING!

Dia terdengar bunyi pedang dilibas. Dia mengagak bahawa bunyi itu dari luar. Tekaannya tepat kerana bunyi itu berpunca dari Sora yang sedang menghayunkan katana.

Sylvia mengambil keputusan untuk tidak menganggu lelaki itu. Dia duduk bersila dan memerhati Sora menghayunkan katana.

Lelaki itu hanya berseluar dan tidak berbaju. Tatu naga berwarna hitam dan merah yang menjalar pada lengan kanan hingga ke pergelangan tangan. Tidak kurang juga tatu harimau berwarna jingga dan naga berwarna biru dengan latar belakang gunung ganang berada di belakang Sora. Parut-parut kelihatan pada dada, perut dan juga bahu. Otot-otot pejal terserlah.

Setiap hayunan yang dihasilkan teramat padu. Kelopak bunga yang beterbangan akibat oleh angin pagi terbelah apabila terkena bilah katana.

"Tak reti nak ucap selamat pagi?" Soal Sora tetiba sambil menghayunkan katana. Sylvia tersentak apabila kehadirannya disedari oleh Sora.

"Aku nampak kau fokus sangat. Aku tak nak ganggu kau." Balas Sylvia.

Sora tidak membalas sebaliknya terus menghayunkan katana.

Sylvia perasan akan dua bilah katana yang tersandar pada tiang berdekatan dengannya.

"Musashi." Dia segera memegang katana itu.

Dia tersentak apabila katana yang dipegang ringan. Dia ingatkan berat. Dia pelik kenapa katana sebegini ringan.

"Bilah katana itu ada sedikit campuran berlian dan titanium. Aku ada letak satu campuran yang buatkan katana tu ringan. Tapi aku tak ingat apa bahan yang aku campur." Kata Sora.

"Tapi kau kata tiga bilah katana yang selalu kau bawa adalah milik Sakura." Balas Sylvia.

"Memang milik Sakura. Tapi aku yang buat katana itu. Hanya Kusanagi diperbuat daripada titanium." Kata Sora.

"Kiranya kau developer empat katana ni?" Soal Sylvia.

"Empat? Aku buat tiga. Masamune tu pedang milik ibu aku. Dia mahu Sakura yang gunakan katana miliknya. Nama Masamune diambil sempena nama Jeneral Masamune yang terkenal masa zaman shogun di Jepun." Balas Sora.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now