Act 3: Well, They Are My Guest

1.6K 168 8
                                    

"Jeneral! Apa yang dimaksudkan dengan masalah pemindahan bekalan?! Macam mana skuad kami hendak menjalankan misi?!"

Sylvia masuk ke bilik Jeneral Micheal dengan gaya yang hendak menerkam orang. Jeneral Micheal yang sibuk menulis laporan, terbuang pen kerana terkejut.

"Leftenan? Kenapa marah-marah ni?" Soal Jeneral Micheal dengan tenang.

"Jeneral boleh tenang dalam keadaan ini?! Kenapa ada masalah yang berlaku semasa proses pemindahan bekalan, hah?!" Soal Sylvia sekali lagi seraya menghentak meja.

"Dah masalah tu nak berlaku. Saya mana boleh halang. Alah! Jangan risau, dua tiga minggu lagi bolehlah kamu bergerak jalankan misi." Kata Jeneral Micheal tersenyum.

"Tapi kami sepatutnya bertolak tiga hari lagi!"

"Saya sudah telefon Jeneral Hairy. Dia juga sudah sedia maklum dengan masalah yang berlaku. Misi kamu akan diberikan kepada Skuad Eclipes." Balas Jeneral Micheal dengan tenang.

Sylvia mengeluh. Nampaknya dia dan Skuad Epsilon terpaksa berada di Pangkalan 1 untuk beberapa minggu lagi.

"Kami punya tempat tinggal? Pangkalan 1 dah penuh." Soal Sylvia.

"Jangan risau sangatlah. Saya sudah pun uruskan." Balas Jeneral Micheal.

Dia kemudian memanggil seseorang. Beberapa minit kemudian seseorang datang dan Sylvia terkejut.

"Leftenan Sora, ruang bilik di rumah kamu masih banyak?" Soal Jeneral Micheal.

"Lima lagi masih kosong." Balas Sora acuh tak acuh. Tiga bilah katana yang tersarung, tersisip kemas di belakang pinggang.

"Boleh Skuad Epsilon tumpang rumah kamu untuk beberapa minggu?" Soal Jeneral Micheal.

"Tak boleh." Pantas Sora menjawab.

"Bolehlah! Please! Untuk beberapa minggu saja!" Rayu Jeneral Micheal.

"Satu ribu dollar untuk satu malam." Sora memberi syarat.

"Hah!? Kau fikir kami anak orang kaya?!" Soal Sylvia seraya mencekak baju Sora.

"Gurau. Jumpa aku di dekat kawasan N-15. In twenty minutes. Sharp." Balas Sora seraya melepaskan tangan Sylvia yang mencekak bajunya sebelum beredar.

Sylvia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Sora.

"Gurau? Dengan muka yang tiada perasaan dia kata gurau? Eh dia ni ada perasaan atau tiada?" Soal Sylvia tidak puas hati.

"Alah. Biarkan saja Leftenan Sora begitu. Walaupun dia sentiasa serius, tapi dia seorang yang baik hati. Sekarang, lebih baik kamu segera mengemas barang, kalau kamu lewat walaupun sesaat, kamu terpaksa tidur di kapal kamu." Jeneral Micheal memberi amaran.

"Haih.." Sylvia hanya mengeluh lalu beredar.

19 minit kemudian, Skuad Epsilon tiba di Kawasan N15. Kelihatan Sora sedang berdiri menunggu kedatangan mereka.

"Awal seminit." Tegur Sora.

"Ada masalah kalau awal seminit?" Soal Sylvia tak puas hati.

"Tiada masalah. Sekarang, ikut aku." Arah Sora.

Skuad Epsilon mengikut Sora dari belakang. Beberapa minit kemudian, mereka semua terkejut apabila mereka tiba di sebuah rumah dengan reka bentuk seperti di Jepun. Ada dua semuanya.

"Sebelah kiri adalah rumah Jeneral Micheal." Terang Sora.

"Jadi rumah depan kita ni, tuan yang punya?" Soal seseorang dari Skuad Epsilon. Perempuan. Sora segera berpaling ke belakang.

"Your name." Arah Sora.

"First Sergeant Rose Argestia. Second in command." Perempuan yang dipanggil sebagai Rose itu memperkenalkan diri.

"Sergeant, huh? Okay. By the way, yeah, its my house." Balas Sora.

Mereka semua mengangguk lalu memasuki kawasan rumah dengan ala-ala Jepun.

Tetiba beberapa objek cuba untuk menyerang mereka! Sora segera menarik Masamune dari sarung dan menahan serangan itu!

Kelihatan empat buah robot yang menyerupai manusia dan berpakaian tradisional Jepun sedang berbalas tetakan dengan Sora! Skuad Epsilon agak terkejut dengan skill bermain katana milik Sora.

"Miyabi, Hanabi, Takagi, Aragi. Stop this." Sora memberi arahan.

Empat buah robot itu berundur ke belakang. Di tangan mereka masing-masing memegang sebilah katana.

"Tuan, mereka adalah musuh." Terang salah sebuah robot.

"No, Hanabi. They are my guest."

Keempat-empat robot itu segera memacakkan katana di tanah lalu menunduk 90º.

"Kami minta maaf." Ucap keempat-empat robot itu dengan serentak.

"Okay. Sekarang, sambung kerja kamu semua." Arah Sora.

"Baiklah, Tuan Sora." Keempat-empat robot itu segera mengambil katana dan kembali masuk ke dalam rumah.

"Siapa mereka tu? Robot?" Soal Sylvia.

"Neo-Robot. A model created by Aria. It can be your maid or your bodyguard." Balas Sora.

"Bodyguard? Kenapa kau perlukan bodyguard?" Soal Sylvia.

"Bukan aku yang perlukan bodyguard. Tapi rumah ni. Kalau kami jalankan misi, siapa yang nak jaga rumah ni? Hantu?" Soal Sora lalu berjalan menuju ke rumah itu.

Rata-rata ahli Skuad Epsilon menahan ketawa. Sylvia kelihatan bengang. Rose menepuk bahunya.

"Sabar, Sylvia. Aku pasti dia gurau-pfft!" Rose akhirnya tidak dapat menahan ketawanya.

"Diamlah!" Sylvia mengetuk kepala Rose lalu mengikut Sora dari belakang.

"Saya masuk dulu.." Sylvia memasuki rumah milik Sora diikuti oleh ahli yang lain.

Mereka semua menuju ke ruang tamu. Kelihatan Sora sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh.

"Memandangkan korang akan menjadi tetamu aku untuk beberapa minggu, aku nak bagi korang semua syarat." Kata Sora dengan serius.

"Apa syaratnya?" Soal Sylvia.

"Pertama, jangan nak merayau sekitar rumah ni. Kedua, jangan cuba untuk sentuh apa-apa barang yang berharga di rumah ni. Ketiga, jangan ingat nak mengintai perempuan mandi, ingat tu kaum lelaki." Sora memberi arahan.

"Hah! Macama mana tuan boleh tahu hah?!" Soal salah seorang daripada Skuad Epsilon.

"Aku lelaki. Kau lelaki. Aku tahu bagaimana 'sistem' lelaki ni berjalan. Jangan cuba nak tipu aku." Balas Sora dengan dingin.

"Itu saja syaratnya. Tapi, kalau korang langgar salah satu daripada syarat ni, aku takkan teragak-agak suruh Miyabi dan pembantu rumah yang lain serang korang." Sora memberi amaran.

"Kuat ke Neo-Robot tu?" Soal Rose ragu-ragu.

"Second most powerful Neo-Robot in the world. Each one of them can kill 100 soldier." Balas Sora serius.

Rose mula meneguk air liur. Walaupun nampak kesemua Neo-Robot itu nampak seperti biasa sahaja, namun rupanya mereka adalah yang kedua terkuat.

"So, kaum perempuan boleh pergi ke lorong sebelah kiri. Kaum lelaki boleh pergi ke lorong sebelah kanan. Takagi dan Aragi ada untuk menunjukkan di mana bilik korang." Arah Sora.

Skuad Epsilon tidak berkata apa-apa dan mengikut arahan dari Sora.

Setelah semuanya beredar. Sora menghela nafas. Dia memerhati ke satu bingkai gambar yang tergantung.

"Sudah agak lama rumah ni tidak meriah, kan, Sakura?" Soal Sora sendirian.

"Well, They are my guest now."

**************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now