Act 46: See You Next Week

1K 113 19
                                    

TRRTTT!!!

ZRRAAKKK!!!

SHRAAKK!!!

Bunyi tembakan kedengaran. Semua kaum lelaki yang ada senjata menembak ke arah Undead yang cuba menyerang mereka.

Hanya Sora yang memajukan diri, membelah Undead yang menyerang. Melihat tindakan Sora membuatkan Hanna mengetap giginya.

"Dia tak fikir dia sudah menjadi bapa...!?" Soal Hanna.

Satu bungkusan kain panjang dibuka dan terserlah sebuah Gatling. Hanna mengangkat Gantling itu lalu mengacukan ke arah Undead.

"Kamu semua..!! Tunduk...!!!"

Semua menunduk. Hanna menekan picu! Gatling berputar lalu memuntah peluru!

Undead yang terkena peluru terus terbuang ke belakang. Tidak cukup dengan itu, badan mereka terpisah akibat impak kelajuan peluru Gatling.

Sora pada masa itu sedang tunduk cuba untuk menghubungi Fenrir. Dia melihat semua Undead yang menyerang, terbuang ke belakang.

"Fenrir to Shinigami. I got your signal. So, what do you want..?"

"We being attacked by Undead. Please send back-up."

"You need your own squad...?"

"Yes."

"Roger that. Alpha Squad will be there in 30 minutes. Please wait."

"Roger and over."

"Skuad aku akan tiba dalam setengah jam lagi. Kita akan bertahan." Kata Sora.

"Baiklah.." Balas Hanna.

"Simpan peluru kau. Bunyi bising tu akan lebih menarik perhatian Undead." Kata Sora.

Hanna menghentikan tembakan. Dia memandang pelik ke arah Sora.

"Habis tu..? Masih ada Undead yang datang. Kalau tak bunuh macam mana nak pertahankan diri..?!" Soal Hanna marah.

"Kau tolong kira berapa lagi Undead yang tersisa.." Arah Sora. Hanna mengeluh lalu mengira Undead yang sedang maju.

"Ada 20 semuanya. Macam mana kau nak halang semua Undead ni..?" Soal Hanna.

Sora berdiri kembali. Izanami dihunuskan ke arah Undead.

"Kau pernah dengar seseorang yang digelar sebagai Dewa Kematian..? Ataupun Shinigami..?" Soal Sora.

"Haah. Aku pernah dengar. Kalau musuh berjumpa dengan dia, musuh itu takkan terselamat dari maut. Kenapa kau tanya..?" Balas Hanna.

"Aku akan tunjukkan, siapa orang yang digelar sebagai Shinigami." Balas Sora sambil memandang ke belakang. Iris matanya berubah menyebabkan Hanna terkejut.

"Kau...Ialah Shinigami..?" Soal Hanna terkejut. Semua yang berada di situ terkejut melihat iris mata Sora.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya terus meluru ke arah Undead itu.

ZRRAAKKK!!!

SHHHRAAKK!!

BBRAAKK!!

Mereka semua terkejut dengan kelajuan hanyunan Sora. Libasan yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar. Terlalu laju.

Sekejap sahaja, semua Undead itu tumbang dengan badan yang terbelah.

Sekali lagi semua yang berada di situ tergamam. Sora melibas Izanami untuk menghilangkan darah sebelum dia memasukkan Izanami ke dalam sarung.

Darah yang terpecik di muka, Sora kesat menggunakan tangan. Dia memandang ke belakang.

Baru sahaja dia hendak melangkah, secara mengejut makhluk yang pernah menyerang Sylvia semasa dia dan perempuan itu mencari stok peluru keluar dari semak hendak menyerang Sora dari belakang.

TINNGG!!

Bahagian jantung makhluk itu tertusuk Izanami. Hanna mengelipkan mata beberapa kali. Tidak sedar sejak bila Sora menarik Izanami dari sarung.

"So, nampaknya mereka juga lepaskan makhluk ni di sekitar sini..?" Soal Sora.

Dia kembali ke arah kumpulan yang terselamat. Stella pula tidak berani bersuara. Dia hanya duduk dan menunduk.

"Sora, kau antara manusia eksperimen dipanggil H.W.P..?" Soal Hanna.

"Ya. Aku ialah Kod 02. Yang ketiga selepas Kod 00 dan Kod 01." Balas Sora serius.

Hanna terkejut sekali lagi. Dia tidak sangka pula dia boleh berjumpa dengan manusia eksperimen.

"Kenapa kau terkejut? Kau fikir manusia eksperimen bukan lagi manusia..?" Soal Sora serius. Pandangan matanya tajam.

"Bu-bukan macam tu. Cuma.."

"Look. Aku ni manusia. Setiap perwatakan yang ada pada kami, bukan ada kena mengena dengan eksperimen." Balas Sora.

Tertiba mereka mendengar bunyi enjin pesawat. Kelihatan Silent Dragon terapung di atas mereka.

"Perfect time." Kata Sora kerana ada beberapa Undead lagi yang sedang menuju ke arah mereka.

Silent Dragon mendarat. Pintu belakang terbuka. Kelihatan Rogue, Dean dan Michella keluar dari badan pesawat.

"Wew. So, this is all the survivors..?" Soal Dean.

"Yeah." Balas Sora.

"Hanna, suruh mereka masuk ke dalam." Arah Sora.

"Baiklah." Balas Hanna. Lalu dia menyuruh yang lain untuk memasuki pesawat.

Stella datang ke arah Sora. Lelaki itu mengangkat Stella lagu mengucup pipi budak itu.

"Siapa ni, kapten..? Comel." Soal Dean.

"Anak tiri aku." Balas Sora.

"Hah..?" Dean, Rogue dan Michella terkejut.

"Anak..Tiri..Kapten..?"

"Ha'ah. Anak tiri aku." Balas Sora.

"Pfftt...! HAHAHAHAHA...!!!" Dean ketawa terbahak-bahak.

"Hey! Janganlah ketawakan papa!!" Marah Stella. Tambah besar ketawa Dean mendengar panggilan Sora.

"Papa Sora!!!" Kata Dean sambil ketawa.

Stella turun di bawah lalu menuju ke arah Dean yang ketawa. Celah kelangkang Dean ditumbuk kuat. Sora mengjungkit sebelah kening.

"Jangan kutuk papa lagi! Kalau tak Stella tumbuk lagi..Hmph!"

Dean rebah sambil memegang celah kelangkang.

"My...My balls.."

"Stella. Tak baik macam tu.." Tegur Sora.

"Tapi, dia kutuk papa." Bidas Stella.

"Pak cik Dean cuma bergurau. Stella ada tertinggal barang..?" Soal Sora.

"Stella tertinggal patung pemberian mama.." Balas Stella perlahan.

Tetiba Michella melepaskan tembakan. Kelihatan sekumpulan Undead cuba menyerang mereka.

Sora terus memberi Stella kepada Rogue. Dean pula dibuang ke dalam pesawat. Semua yang terselamat berada di dalam badan pesawat.

"Korang pergi dulu! Aku akan kembali ke tapak perkhemahan..!!" Arah Sora.

"Tapi, kapten macam mana..?!" Soal Michella.

"Go first! Keselamatan penduduk perlu diutamakan. Jangan lupa untuk beritahu Aria dan Narumi tentang Stella. See you next week..!" Balas Sora lalu berlari ke arah tapak perkhemahan.

"Hope you will be safe, captain." Pintu belakang pesawat ditutup. Silent Dragon terbang dari situ.

*******************************

Yo! Hahaha. Aku tak dapat update semalam. So, hari ni aku update. Macam mana..? Good or mehh. Gimme your opinion guys. Ciow..!

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now