Special Act: Special Day

1.2K 103 10
                                    

2 tahun selepas peperangan berlaku, Sora telah mengahwini Sylvia dan mengambil keputusan untuk menetap di Jepun dan membuka sebuah restoran.

Narumi dan Stella juga turut mengikuti Sora dan Sylvia pulang ke Jepun.

Sora ingin menetap lebih lama di Megalopolis tetapi, Presiden Leana memberi kelonggaran kepada dia dam Sylvia untuk keluar dari Megalopolis.

Kata Presiden Leana, ini hanya sebagai ganjaran kerana menamatkan perang ini.

Sora dan Sylvia menghormati keputusan yang di buat oleh Presiden Leana.

Manakala, Dante dan Sakura pula masih menetap di Megalopolis. Tetapi, mereka pulang ke Jepun kerana Sakura hendak melakukan majlis kahwinnya.

Di sebuah kediaman rumah, suasan agak kecoh sedikit kerana ada sedikit kesilapan yang berlaku semasa hendak bersiap.

"Mana aku punya bunga? Korang tolong carikan aku!" Arah seseorang.

"Takkan bunga tu hilang lagi, Sakura? Dah berapa kali awak hilangkan bunga tu."

"Just help, Anna. I really need your help now." Kata Sakura.

"Kejap. Michella, boleh datang ke sini tak?" Soal Anna dengan kuat.

Tidak lama kemudian muncul seorang perempuan dalam gaun warna biru muda. Kelihatan orang itu agak terkejut melihat bilik yang agak bersepah.

"Apa dah jadi dengan bilik ni!? Serupa tongkang pecah!"

"Tolong Sakura dulu, Michella. Ni hah..Bunga hilang lagi.." Kata Anna.

"Bunga tu dah ada kat luar. Aku yang simpan. Sebab aku tahu kalau Sakura yang simpan mesti hilang punya." Balas Michella.

"Beritahu awal-awal! Aduh! Awak ni!"

"Eh? Saya ada beritahu kemarin, kan? Takkan dah lupa?"

"Kamu bertiga ni boleh tenang sikit? Jangan nak bertekak je. Anna, Michella, kamu berdua tolong saya kemaskan rambut Sakura. Biar saya make-up dia." Muncul Sylvia dengan gaun berwarna putih susu.

"Wah. Awak ke nak kahwin atau saya yang nak kahwin ni? Mana boleh pengepit pengantin lebih cantik dari pengantin!" Bidas Sakura.

"Awak duduk dia di kerusi tu. Dengar cakap saya." Balas Sylvia dingin.

Suasana menjadi senyap seketika. Tidak lama kemudian terdengar bunyi tapak kaki berlari ke bilik persalinan.

"Yahallo!! Sorry aku lambat!!" Muncul Aria dengan nafas termengah-mengah. Apa yang paling mengejutkan ialah pakaian yang dipakai oleh Aria hanyalah seluar jeans dan baju kameja.

"Mana pergi baju kau? Itu hari bukan main yakin nak tayang baju baru?" Soal Sylvia.

"Ni hah aku bawa baju. Izinkan aku bersiap-siap di sini eh? Korang gunalah cermin besar tu. Aku gunakan cermin kurus ni."

Aria segera membuka kameja dan seluar jeans yang tersarung lalu mengeringkan badan dan menyarungkan gaun berwarna mint.

Manakala di bilik persiapan lelaki. Dante yang berada dalam sut tuxedo putih dengan bow-tie berwarna merah bagaikan tikus yang diperhati oleh Sora dan Dean yang bagaikan pemangsa lapar.

"Aku nak kau duduk diam-diam. Rambut kau biar aku uruskan. Muka kau pula biar Dean yang uruskan." Arah Sora.

"Muka? Aku pun nak kena make-up ke?" Soal Dante.

"Yes. Simple make-up will be enough." Balas Dean.

"Haih. Okay...Just do whatever you want."

Tidak seperti di bilik persalinan perempuan yang agak bising. Bilik persalinan lelaki pula hanya senyap.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now