Act 6: I Didn't Expect This

1.4K 146 2
                                    

Aria mengetap gigi lalu berlari ke arah kereta milik Sora diikuti Sylvia.

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Tak lama kemudian bahagian pintu kereta itu terbuka dan menampakkan bahagian dalam.

Terdapat dua laras senjata jenis Assault Rifle. Sylvia terkejut. Aria segera mengambil selaras Assault Rifle dan selaras lagi dilempar ke arah Sylvia.

"Apa yang kita nak buat?!" Soal Sylvia cemas.

"We fight! Kita tak boleh nak biarkan penduduk kawasan ni berada dalam bahaya!" Balas Aria.

"Baiklah!"

Aria menutup kembali pintu kereta dan memajukan diri. Sylvia pula melompat ke atas sebuah kereta yang tinggi dan mula menembak.

Bunyi tembakan jelas kedengaran. Aria mengetap giginya.

"Bagaimana Raph boleh godam sistem dalam bandar ni?!" Soalnya sambil menembak.

Manusia yang telah bertukar itu menjadi semakin ramai! Dalam masa yang singkat sahaja, dianggarkan ribuan telah bertukar.

"Aria! You have another bullet magazine?!" Soal Sylvia.

"Tak ada! Kenapa?!" Soal Aria.

"Peluru aku tinggal 10!" Balas Sylvia.

"Damn it!"

Rata-rata penduduk sudah berlari melimpasi mereka. Aria dan Sylvia terus bertahan. Ramai manusia yang telah bertukar meluru ke arah mereka. Aria mengetap gigi apabila pelurunya sudah habis.

"Tak guna. Peluru aku dah habis!" Sylvia membuang rifle itu ke tepi.

Manusia yang telah bertukar itu semakin dekat! Aria mengetap gigi. Belum sempat dia memikirkan strategi, bunyi tembakan dari belakang jelas kedengaran!

"Good job, both of you." Tegur seseorang.

Aria dan Sylvia terkejut melihat seseorang yang mereka kenali. Orang itu memakai sut tempur dan sebatang rokok terselit di celah bibir.

"Sora!?" Sylvia terkejut.

"Kamu berdua berundur. Aria, Dean ada di bahagian pesawat milik kami. Sylvia, kau berundur dan tolong skuad kau yang lain. Biar skuad kami yang bertahan di sini." Arah Sora seraya menarik Masamune dari sarung.

"Tapi-!" Sylvia cuba membantah.

"Ini adalah arahan kecemasan, Leftenan Sylvia. Nak tak nak kau kena ikut arahan dari aku." Balas Sora dengan dingin.

"Sekarang, pergi.." Kata Sora lalu meluru ke arah manusia yang telah bertukar itu!

"Leftenan berundur!! Biar kami yang handle perkara di sini!" Sampuk Rogue sambil menembak.

"Baiklah!" Sylvia mengangguk lalu berlari ke arah skuadnya berada.

"Damn it, Raph. You really want to see this city destroyed, huh?" Soal Sora seseorang.

Manusia yang telah bertukar itu menuju ke arah Sora! Lelaki itu hanya menghela nafas lalu turut meluru ke arah bertentangan!

SWIINGG!!

SHHRAAKK!!

GRRAKKK!!

KRRAAKK!!

Jumlah yang ramai bukanlah penentu. Beratus kepala terputus dari badan akibat libasan katana dari Sora!

Lelaki itu seakan menari sambil memegang Masamune. Setiap libasan miliknya membelah dua musuh yang berada di hadapan.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now