Act 51: Miss Me?

1K 116 10
                                    

"お帰りなさい, そら (Good to see you back, Sora.)"

"ありがとう。(Thanks.)"

"私はあなたが京都に戻りたいと思ったそうですね。(I heard you wanted to back to Kyoto, right?)"

"私は母と父を訪問したいです。(I want to visit my mom and my dad.)"

"Hey, can you speak english? I don't understand any single words out from your mouth." Sampuk Sylvia.

"Ah. Sorry. This is Masashi Sato. Defense Minister of Japan."

"Masasahi-san, this is one of my comrades, First Liutenant Sylvia von Irisviel. These two kid is Ichigaya Narumi, granddaughter to Inchigaya Handa, former Defense Minister of Japan. And this is my stepdaughter, Stella Smith."

"Nice to meet you, liutenant." Masashi menghulurkan tangan.

"Nice to meet you too, Masashi-san." Sylvia menyambut huluran lalu mereka berjabat tangan.

"I will show your car. Follow me."

Mereka berempat mengikuti Masashi dari belakang. Dia menuju ke satu tempat. Askar yang berada di sekeliling hanya memerhati ke arah mereka berempat.

Beberapa minit berjalan, mereka sampai di tempat parkir kereta. Masashi menuju ke arah sebuah kereta berwarna hitam.

"This is your car."

"Thanks."

"Then, I take my leave now. A suprise waiting in Kyoto.." Kata Masashi lalu beredar.

"至上?何が驚きですか?(Suprise? What suprise?)" Soal Sora sendirian.

"Apa yang dia maksudkan?" Soal Sylvia.

"Aku tak tahu. Dah. Masukkan semua bagasi ke dalam bonet." Arah Sora seraya membalas soalan Sylvia.

Mereka berempat memasuki kereta berwarna hitam. Sora duduk di bahagian pemandu. Sylvia pula duduk di sebelah manakala Narumi dan Stella duduk di belakang sambil memakai tali pinggang keledar.

"Kita singgah dulu mana-mana kedai makanan kat Tokyo. Beli apa-apa yang patut. Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto mengambil masa lima jam lebih. 453 km." Kata Sora.

"Hurrm...Baiklah." Balas Sylvia.

Sora menghidupkan enjin lalu memandu keluar dari pangkalan. Banyak kereta canggih menarik perhatian Narumi dan Stella.

"Wah. Banyaknya kereta canggih!"

"Jepun adalah salah satu negara yang tercanggih di dunia. Jangan pelik kalau setiap tahun mereka mengeluarkan pelbagai barangan canggih. Dari kegunaan seharian hingga kegunaan dalam bidang ketenteraan." Jelas Sora. Sylvia mengangguk faham.

Sora memandu sebelum berhenti di sebuah tempat parkir kereta. Mereka berempat keluar dari kereta. Sylvia memimpin tangan Narumi manakala Sora memimpin tangan Stella.

"Jom." Ajak Sora.

Rata-rata yang berada di situ terpegun melihat Sylvia dan Sora. Sora hanya membuat reaksi biasa. Sylvia pula pelik kenapa mereka dipandang sebegitu.

"Hey, kenapa mereka pandang kita begitu?" Soal Sylvia pelik.

"Tak tahu. Mungkin kau cantik kot." Balas Sora selamba.

"Kakak Sylvia memang cantik." Sampuk Stella tersengih. Narumi mengangguk.

"Tiada siapa boleh kalahkan kecantikan Sylvia-neechan!" Kata Narumi.

Pipi Sylvia memerah mendengar pujian dari mereka bertiga. Narumi dan Stella berpandangan sesama sendiri lalu ketawa serentak.

"Kau ada duit Yen..?" Soal Sylvia.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now