Act 5: Their First Attack

1.5K 141 16
                                    

Aria dan Sylvia keluar dari rumah Sora. Aria meminta kebenaran untuk meminjam kereta milik Sora.

"Jaga baik-baik kereta aku. Tu bukannya kereta baru." Pesan Sora.

Aria dan Sylvia pergi ke garaj rumah. Sebuah kereta ditutup dengan kain yang besar.

Aria menarik kain yang menutup kereta itu. Terserlah sebuah kereta dengan warna hitam dan merah.

"Cool. Apa jenama kereta ni?" Soal Sylvia.

"Ford Shelby GT350. Keluaran 2018. And now we're in year 2075" Balas Aria.

"Quite old." Komen Sylvia.

"Heh, just step inside this car and you'll know if this car is old enough or not." Kata Aria lalu diikuti oleh Sylvia.

'Welcome. Please confirm your ID.'

Sylvia terkejut apabila satu suara robot kedengaran. Aria tersenyum.

"Code 03, Aria. Codename: Creator."

'ID confirmed. Welcome, Code 03. Have a safe driving.'

"Thank you, AI." Ucap Aria lalu melekapkan tapak tangannya di dashboard kereta itu.

Enjin kereta itu mula menderam garang. Aria tersengih sambil memegang stereng kereta.

"Tak sangka pula kereta ni canggih." Kata Sylvia.

"Heh. Mungkin dari luar kereta ni nampak tua. Tapi, kereta ni adalah salah satu kereta bersenjata yang moden di Pangkalan 1." Balas Aria.

"Kereta bersenjata?" Soal Sylvia.

"Kereta ni menggunakan sistem pengecaman suara dan sistem pengecaman cop jari untuk menghidupkannya. Luaran kereta ni diperbuat daripada Titanium. Kereta ni mempunyai dua buah senjata jenis Gatling di kiri dan kanan kereta ni. Juga mempunyai pelancar roket di belakang. Kaca kereta ni takkan pecah selagi tidak di bom dengan 10 buah bom jenis AC-04 dalam masa yang sama."

Sylvia tergamam mendengar penerangan Aria. Perempuan tu tersengih melihat Sylvia yang seakan tidak percaya itu.

"Jadi maksudnya.."

"Yup. Kereta ni adalah salah satu kenderaan yang berbisa di Pangkalan 1." Kata Aria.

"Siapa yang buatkan kereta ni begitu canggih." Soal Sylvia.

Aria tidak menjawab sebaliknya terus memandu keluar dari Pangkalan 1. Apabila tiba di jalan raya utama, semua kereta nampak lebih canggih modelnya.

"Aria, aku tanya ni."

"Sora yang buatkan kereta ni canggih. Aku cuma bantu sikit saja." Balas Aria.

"Sora? Are you serious?" Soal Sylvia.

"Kenapa? Tulah lain kali jangan lihat dari luaran saja. Kaji selidik betul-betul identiti seseorang sebelum membuat sebarang spekulasi." Balas Aria.

Sylvia terdiam. Tidak mampu nak membalas kata-kata Aria.

"Dah lah. Tak payah nak fikir lebih-lebih. Hari ni kita enjoy!" Kata Aria.

"AI, music please!"

'Which genre?'

"Metal!!!!"

'As your wish.'

Lagu Metallica mula terpasang. Aria mula tersengih sambil menekan pedal minyak. Kelajuan kereta meningkat kepada 290 km/j. Semua jenis kereta dipotong dengan mudah.

Rata-rata pengguna di jalan raya terkejut melihat kereta dengan model lama memintas mereka dengan senang. Ada juga yang cuba bersaing tetapi hanya sia-sia apabila Aria menaikkan lagi kelajuan kereta.

Sylvia berpaut pada pintu kereta. Hati tidak putus-putus berdoa agar perjalanan mereka selamat.

Tidak sampai 5 minit, mereka tiba di kawasan bandar. Aria memperlahankan kereta. Tidak lama kemudian dia menjumpai tempat letak kereta.

Aria segera memakir kereta di tempat yang disediakan. Sylvia menghela nafas lega apabila Aria mematikan enjin kereta.

"Kenapa dengan kau ni?" Soal Aria pelik.

"Aku ingat nyawa aku dah separuh tiada. Hah..Kau bawa kereta macam kau pergi berlumba. Pulang nanti biar aku yang bawa!" Balas Sylvia sambil menunding jari ke arah Aria.

"Malangnya, AI belum lagi melakukan proses pengecaman suara dan cop jari bagi diri kau. So, hanya aku dan Sora yang boleh bawa kereta ni." Balas Aria tersengih. Sylvia ternganga.

"Dah. Cepat keluar." Sylvia hanya berdiam diri dan keluar dari kereta.

Tetiba ada dua orang jejaka merapati Sylvia dan Aria.

"Hai, cik adik yang cantik." Sapa salah satu daripada dua orang jejaka.

"Apa yang kau mahu dari kami berdua ni?" Balas Aria dengan dingin.

"Uish. Janganlah dingin. Cik adik. Kami nak tanya, kereta tu cik adik yang punya?" Soal mereka sambil menunjuk ke arah kereta milik Sora.

"Bolehlah kau katakan begitu. Kenapa?" Soal Aria.

"Quite old."

"Wanna race?" Cabar Aria. Sylvia terkejut.

"Heh. Mampu ke kereta lama macam tu bersaing dengan kereta kami?" Soal mereka sambil menunding jari ke arah dua buah kereta yang agak mewah.

"Jangan pandang sebelah mata." Kata Aria.

"Okay. Cik adik boleh tetapkan di mana kita berlumba."

"First, we make a bet. Who lose in this race, they'll pay with their car." Aria membuat taruhan.

"Weyh. Kereta ni bukan kau punya. Ni Sora yang punya." Bisik Sylvia dengan nada risau.

"Jangan risaulah. Kereta ni boleh buat lebih dari apa yang kau jangka." Balas Aria tersengih.

Sora pada masa yang sama merenung ke luar. Sudah tiga batang rokok dia habiskan.

"Aku rasa tak sedap hati pula. Ada sesuatu buruk yang akan berlaku?"

Tetiba, semua saluran televisyen mula terganggu. Aria dan Sylvia pada masa itu yang berada di kawasan bandar terkejut. Sora terus berlari pecut ke Pangkalan 1.

"Good morning, citizen of Megalopolice. I'm sure that each one of you have a great day, don't you?"

Seseorang mula bercakap dari semua saluran televisyen yang terganggu. Hanya suara yang dapat didengar manakala muka pula tidak dapat dikenalpasti.

Aria terkejut dengan suara itu. Bibirnya memucat.

"Takkanlah. Suara tu..Raph?" Soalnya perlahan.

"Well, if you all want to know who am I? Let me tell you all."

"I am your Doom! Hahahahah!!!" Orang itu mula ketawa.

"So, memandangkan kamu telah mencapai teknologi tahap tertinggi pada masa kini, apa kata aku..Buatkan kamu semua balik ke zaman batu."

Serentak dengan itu, beberapa buah misil besar menyerang kawasan bandar!! Letupan kuat berlaku.

Pada masa itulah. Buat pertama kali, manusia melihat sesuatu yang dianggap sebagai cerita dongeng.

Mereka melihat apabila manusia, memakan sesama sendiri.

************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now