Act 69: Before Disaster

982 113 9
                                    

Mereka semua pulang ke Fenrir bila hari sudah petang. Dante pada mulanya tidak ingin ikut pulang, tetapi setelah dipaksa oleh Sora, akhirnya Dante mengalah.

"Pergi minta maaf dengan bapa kau, Dante. Bersyukur sikit, kau dan Michella masih ada bapa." Kata Sora.

"Tapi, kau tahukan bapa aku tu macam mana?"

"Ibu bapa ada egonya tersendiri. Kau sebagai anak yang bersalah, patutnya kau rendahkan ego kau dan minta maaf kepada bapa kau." Balas Sora.

"Haih...Tapi..."

"Tapi apanya lagi, Dante? Kau tu anak sulung, sama seperti aku. Selagi bapa kau masih hidup, sudah menjadi tugas sebagai anak untuk menjaga orang tuanya. Ini nasihat aku kepada kau, Dante. Jangan jadi macam aku. Kesilapan yang kau buat sekarang akan menjadi penyesalan buat kau di masa hadapan nanti. Pergi minta maaf kepada bapa kau." Kata Sora lalu beredar.

Sakura hanya menghela nafas sahaja. Sylvia pula mengekori Sora dari belakang.

Skuad Alfa dan Skuad Epsilon mula pulang ke tempat masing-masing. Tinggallah Sakura dan Dante sahaja.

"Pergilah, Dante. Buat ni demi kebaikan awak. Bukan saya.." Kata Sakura.

"Hurm...Still.."

"Saya temankan awak. Michella pun ada. Jom..Jangan beri alasan lagi.."

Sora dan Sylvia berjalan beriringan lalu berhenti di sebuah tempat berdekatan laut.

Sora segera duduk diikuti oleh Sylvia. Lelaki itu mula menyalakan sebatang rokok. Asap dihembuskan ke udara.

"Aku tak tahu pula Dante tu boleh tahan degil.." Kata Sylvia memulakan perbualan.

"Dia tak berani sebenarnya. Jeneral Micheal tu ada ego yang tinggi melangit." Balas Sora.

"Well, kalau dia anak jantan, dia mesti jumpa dengan jeneral." Balas Sylvia.

"Yeah. At least dia masih ada bapa. Tak macam aku dengan Sakura. Hahaha.." Kata Sora lalu ketawa perlahan.

"But, you have me. And Sakura have Dante. No need to worry." Balas Sora.

"Yeah..." Sora mengusap rambut Sylvia. Perempuan itu berasa malu. Pipinya memerah.

"So beautiful.." Kata Sora.

Ya, lelaki itu sedang melihat matahari terbenam. Sylvia pula tidak melihat matahari terbenam sebaliknya pandangannya tertumpu pada wajah Sora.

Chuu~

Sora terkejut apabila Sylvia mengucup pipinya tanpa sebarang amaran.

"You...Kiss my cheek?" Soal Sora menyentuh pipinya yang dikucup tadi.

"I..I can't resist.." Balas Sylvia malu-malu.

Tiada perbualan antara mereka berdua. Masing-masing mendiamkan diri.

Rose pula yang sedang mencari di mana Sylvia, akhirnya tersenyum kerana sahabat baiknya itu bersama dengan Sora.

"Ehem. Sorry to interrupt. But, can I borrow your girlfriend, sir?" Tegur Rose.

"Rose!? Wait, I'm not his girlfriend!" Balas Sylvia malu.

"Eleh..Nak berahsia konon. Mengaku jelah.."

"Well, you can have her, Miss Rose. After all, I have something to do.." Balas Sora lalu beredar dari situ.

Sylvia cuba mengekori tetapi dihalang oleh Rose. Perempuan itu mengembungkan pipinya. Rose hanya tersengih sahaja.

"Well, amacam? Did you already make baby with him?" Soal Rose tersengih lalu duduk di sebelah Sylvia.

"HAH!? WHAT THE HELL ARE YOU TALKING ABOUT!?" Soal Sylvia dengan marah.

"Relax. Just kidding, okay? Sheesh!" Balas Rose tersenyum.

Sylvia mendiamkan diri. Begitu juga dengan Rose. Angin bertiup lembut membuatkan rambut mereka berdua beralun.

"Hey, Sylvia, dah berapa lama kita kenal?" Soal Rose tetiba.

"Hmm? Dalam 4 tahun. Kenapa?" Soal Sylvia pula.

"Nothing. Cuma, dalam 4 tahun kita berkenalan ni, aku kadang tertanya, adakah kau gembira menjadi kawan aku?"

"Apa yang kau cakapkan, Rose? Sudah semestinya aku gembira. Jangan cakap benda bukan-bukan."

"Aku gembira mendengarnya. Yalah, dulu, aku cuma seorang askar yang senang dibuli, diperdayakan dan tiada keyakinan."

"Sebab masa tu hati kau lembut, Rose. Sebab tu kau senang dibuli. Well, past is past. Right now you're my second in command. My right hand in Epsilon Squad."

Rose tersenyum mendengar balasan daripada Sylvia. Dia segera menyandarkan kepalanya di bahu Sylvia.

"After this war ended, I'm gonna quit Epsilon." Kata Rose.

"Hah? But why?"

"Well, aku nak berundur dari barisan hadapan. Aku keluar dari Skuad Epsilon bukan bermakna aku bersara dari tentera. Cuma aku minta ditukarkan ke bahagian pejabat." Balas Rose tersenyum.

"Haih. Macam mana aku nak cari pengganti kau? Aku tak percaya sesiapa selain kau, Max dan Cliff.."

"Well, tu nanti aku akan berbincang dengan Jeneral Micheal. Aku yakin, pasti akan ada seseorang yang layak menggantikan tempat aku." Kata Rose.

"Seseorang yang aku percaya?" Soal Sylvia.

"Yup." Balas Rose.

"Hurrmm....Kalau macam tu. Aku hormati keputusan kau, Rose." Kata Sylvia.

"Thanks." Ucap Rose.

Sylvia memeluk bahu Rose. Kedua mereka tersenyum sambil melihat matahari tenggelam di seberang lautan.

"Asalkan kau bahagia, Rose." Balas Sylvia lembut.

Tidak lama kemudian mereka berdua berdiri.

"Sylvia.." Panggil Rose yang membelakang Sylvia.

"Hurm?"

Rambut Rose beralun akibat tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Sylvia pula mula berasa pelik.

"I just want you to know. All these years you become my friend, protect me from those bullies, take all responsibilities if I make mistake...I appreciate it." Kata Rose.

"Rose?"

"I'm happy. You're like a sister to me. Thank you because stay by my side." Ucap Rose lalu beredar, meninggalkan Sylvia.

Perempuan itu menggenggam tangannya. Kata-kata dari Rose, adalah luahan hati perempuan itu.

Entah mengapa, hati Sylvia menjadi tidak senang.

Seolah-olah sesuatu yang buruk bakal berlaku...

*******************************

Yo! Sorry sebab lambat update. So, amacam dengan bab ni? Aku ada bagi korang hint untuk perkara yang bakal berlaku seterusnya. Sebenarnya aku dah bagi korang hint awal kat Act 53. Cuma tidak jelas. Aku ingat ada orang perasan, namun...tiada...Sob sob*mengesat air mata.

Anyways, tunggu sambungnya di bab akan datang. Sebab, konflik dan fasa terakhir akan bermula di bab seterusnya. Muahahahaha!!

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now