Act 57: Theme Park

991 117 7
                                    

"Sylvia-neechan, kita nak pergi mana lagi selepas ni?"

"Hurrm...Tak tahu. Cuba tanya Sora."

"Sora-niichan, kita nak pergi mana selepas ni?"

"Jalan-jalan. Cakap je kalau kamu berdua nak beli apa-apa."

Hari ni, Sora bersama Sakura, Sylvia, Narumi, dan Stella berjalan-jalan di kawasan sekeliling.

"Kalau begitu kita pergi taman tema!" Kata Stella.

"Ada ke taman tema?" Soal Sora.

"Heh! Jom!" Kata Sakura tersengih.

Dia segera mengangkat Narumi lalu berlari meninggalkan Sylvia, Sora, dan Stella.

"Papa! Jom angkat Stella juga!"

"Perlu ke?" Soal Sora.

"Stella tak nak kalah dengan Narumi!"

"Haih. Yelah. Pegang kuat-kuat. Kita kejar Narumi! Berani mereka tinggalkan kita! Jom kejar!"

Sora juga mengangkat Stella lalu mengejar Sakura dan Narumi. Sylvia hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Orang ramai tertumpu pada mereka berdua. Sylvia juga mengejar Sora dan Stella.

Mereka tiba di hadapan pintu taman tema. Stella dan Narumi sudah berasa teruja untuk memasuki taman tema.

"Papa! Jom naik roller-coaster!!" Kata Stella sambil menarik lengan baju Sora.

"Jomlah! Jomlah! Narumi pun nak naik! Cepatlah, Sora-niichan!" Kata Narumi yang turut menarik lengan baju Sora.

"Kejaplah, kamu berdua. Jangan tarik. Nanti koyak siapa nak ganti?" Soal Sylvia tersenyum.

"Aunty Sakura yang ganti!" Kata Stella lalu dia dan Narumi berlari memasuki taman tema.

"Hey! Janganlah main masuk saja!" Kata Sakura mengejar Stella dan Narumi.

Sylvia hanya ketawa kecil sahaja. Sora pula tersenyum melihat gelagat Stella dan Narumi.

"Jom masuk?" Ajak Sora.

"Jom."

Sylvia dan Sora juga turut memasuki taman tema. Kelihatan Sakura sedang melayan Stella dan Narumi.

Mereka menuju ke kaunter membeli tiket. Setelah mendapatkan tiket, hanya Sora sahaja yang tidak menaiki roller-coaster.

"Korang naiklah. Aku duduk kat bangku sana."

Sora hanya melihat Sakura, Sylvia, Stell dan Narumi menaiki roller-coaster dengan senyuman.

Dia menjadi tumpuan kaum wanita di situ. Tidak kurang juga kaum lelaki. Memandangkan lengan baju yang dia pakai hanya sampai suku, tatu pada lengan kanannya kelihatan dengan jelas.

Dia ternampak kedai menjual minuman, dia segera menuju ke arah kedai itu lalu memesan minuman.

Tidak lama kemudian, dia duduk di bangku yang berdekatan. Dia membaca sebuah majalah yang dibeli sebelum menuju ke taman tema.

"私たちがこれを共有してもいいですか?(Mind if we share this?)" Tegur seseorang.

Sora segera mendongak. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri di hadapannya.

"もちろんできます.. (Sure you can..)" Balas Sora tersenyum.

Perempuan dan lelaki itu segera duduk. Sora menyambung kembali membaca majalah.

"一人で?(Alone?)" Soal lelaki itu.

"いいえ、私は家族と一緒です。(No. I'm with my family.)" Balas Sora.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now