Act 79: Into The Battlefield

986 114 20
                                    

Pagi yang cerah. Bunyi kicauan burung-burung menjadi lagu pada pagi itu.

Di sebuah kawasan lapang, ratusan ribu tentera yang lengkap dengan sut tempur sedang berbaris di hadapan beberapa orang tertinggi.

Rakyat yang terselamat hanya mampu memerhati dari jauh. Mereka mengharap askar ini mampu menamatkan perang selama setahun. Mereka sudah banyak menderita akibat perang ini. Sudah tiba masanya pihak musuh menerima balasan atas apa yang sudah dibuat.

"TODAY IS THE DAY WE GONNA END THIS ONE YEAR WAR!! REMEMBER, DON'T SHOW THE ENEMY OUR WEAKNESS!! WE'RE THE BRAVE SOLDIER!! WE'RE THE STRONGEST!!"

Jeneral Micheal berucap dengan lantang di atas sebuah pentas. Di bahagian pelabuhan, terdapat tiga buah kapal perang yang teramat besar, sedang berlabuh dan menunggu untuk berlayar. Hanya satu buah kapal perang sahaja yang tidak mengikuti perang kali ini.

"ONCE ALL OF YOU LANDING ON ENEMIES LAND, SHOOT THEM RIGHT AT THEIR HEAD!! BLOW UP OUR ENEMIES WITH OUR EXPLOSIVE!! CRUSH THEM WITH ALL TECHNOLOGY WE HAVE!! DON'T WORRY, IF YOU DIE, YOU DIE AS THE BRAVE WARRIOR. YOU CAN REST IN PEACE!"

Manakala, Sylvia pula berada di tempat tertinggi yang terdapat pada Kapal Horizon 12. Selaras sniper yang agak besar saiznya sedang digilap oleh perempuan itu.

Rambutnya beralun lembut dek tiupan lembut angin bayu pagi. Raut wajahnya agak dingin. Shiki pula disandarkan pada dinding.

Antares III, selaras sniper yang amat kuat. Kuasa penembusan yang ada pada sniper ini mampu menenggelamkan sebuah kapal perang bersaiz sederhana dengan hanya sekali tembakan. Bermaksud, kuada ledakan yang ada pada peluru khas untuk Antares III ini bukanlah yang boleh dipandang enteng.

Sylvia mengangkat sniper itu bagaikan mengangkat beras 5kg sahaja. Wal hal, berat Antares III lebih berat dari itu. Ya, Antares III juga tidak mempunyai binokular. Sylvia mahu menggunakan kelebihannya sebagai seorang Kod 04 dengan penuh pada perang kali ini.

Nafas dihela. Wap keluar dari mulut. Dia memandang matahari yang terbit sambil memakai kaca mata hitam. Dia tersenyum sedikit.

"I know you will join this war. I'll wait for you, Sora. Only you can ended this war." Kata Sylvia seorang diri.

Dia kemudian menyandarkan diri pada dinding lalu membuka kaca matanya. Shiki diambil lalu ditarik keluar dari sarung. Bilah Shiki yang cerah itu memantulkan biasan iris mata Sylvia yang berwarna ungu dan merah. Perempuan itu menutup matanya lalu membuka semula. Iris matanya kembali seperti sediakala.

"Bukan masanya lagi untuk aku gunakan kelebihan itu..."

Manakala Sora yang sedang koma, mula mununjukkan reaksi. Jarinya bergerak sedikit.

Jeneral Micheal selesai berucap. Dia juga memakai pakaian lengkap untuk bertempur. Tentera Megalopolis membuat persediaan terakhir. Keadaan di Fenrir agak kelam kabut.

Selepas satu jam, ratusan ribu tentera Megalopolis memasuki kapal-kapal kecil yang terdapat di bawah Horizon 12.

Fubuki dan Eden bertanggungjawab untuk melindungi Horizon 12. Begitu juga dengan ratusan jet pejuang yang diketuai oleh Dean.

Presiden Leana tidak mengikuti pertempuran kerana mereka mementingkan keselamatan presiden yang berusia 48 tahun itu.

Manakala, Dean sedang berbual dengan Aria melalui alat telekomunikasi, memandang ke atas langit.

"Dear..."

"Hurmm?"

"Sebelum kita menuju ke medan peperangan, saya ada satu soalan."

"Apa dia?"

"Mana lagi kuat? Lelaki atau perempuan?" Soal Dean.

"Hurm..Sudah semestinya lelaki..." Balas Aria.

"Salah. Jawapannya adalah perempuan.."

"Eh? Kenapa pula?"

"Sebab, lelaki hanya membawa dua biji telur sedangkan perempuan membawa dua buah gunung. See? Perempuan yang kuat bukan lelaki."

"Sayang, lawak lucah macam tu tak berkesan sangat."

"Alah. At least awak tersenyum."

Ketiga-tiga kapal mula bergerak dengan kelajuan penuh. Lautan diredah oleh tiga kapal perang yang besar dan canggih.

"Sylvia, seperti biasa, awak akan membuka serangan kali ini." Arah Jeneral Micheal.

"Roger that.."

Semua yang mengikuti pertempuran berdebar-debar. Jeneral Micheal pula memerhati peta hologram.

"Kapal milik musuh dikesan dalam jarak 15 kilometer!"

"Baiklah! Semua unit, hidupkan barrier!" Arah Jeneral Micheal.

Horizon 12, Fubuki dan Eden 04 mula mengaktifkan barrier.

Secara mengejut, serangan dimulakan oleh pihak musuh! Segala misil dan roket mula menyerang mereka! Sylvia pula sudah siap sedia.

Dia mula mengacukan Antares III miliknya. Sasarannya ialah kapal perang bersaiz sederhana.

"Gotcha.."

BOOOUUMMM!!!!

KKAABBBOOOUUMMM!!!

Serangan dari Sylvia meletupkan sebuah kapal perang musuh bersaiz sederhana! Serentak dengan itu, Eden 04 dan Fubuki mula melancarkan serangan balas! Tidak kurang juga, unit jet pejuang yang berlepas dari landasan Horizon 12.

Peperangan berlaku dengan dasyat! Letupan berlaku di mana-mana sahaja! Sylvia tetap dengan sasarannya. Dean bersama dengan 10 unit jet pejuang yang lain, dengan berani meluru ke arah di mana jet pejuang musuh berada.

Jeneral Micheal melihat peperangan yang berlaku dengan matanya sendiri. Sebatang curut dibakar lalu asapnya dihembuskan.

"We will win this war.."

******************************
Yo! Apa khabar wahai reader ku semua? First of all, aku minta maaf sebab late update. Sebab? Hp aku problem sikit so, aku amik masa yg agak lama untuk siapkan chapter ni. So, amacam? Chapter ni okay atau meh...gimme your opinion guys. Ciow!

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now