Act 7: Kita Lakukan Apa Yang Termampu

1.4K 140 1
                                    

Aria keluar dari bilik Jeneral Micheal tanpa sebarang kata. Setelah Sylvia keluar, Sora mengeluh seraya duduk di kerusi begitu juga dengan Aria.

"Jadi, apa perancangan jeneral sekarang ni?" Soal Sora.

"Macam yang kamu katakan tadi. Lakukan misi menyelamat, kumpul seberapa banyak bahan mentah. Dan yang terakhir, hapuskan benda tu." Balas Jeneral Micheal dengan serius.

"Aria, kau tahu apa benda tu?" Soal Sora.

"Aku tak pernah jumpa lagi manusia memakan sesama jenis. Tapi, dalam buku sejarah pernah menceritakan bahawa pada tahun 1859, sebuah penyakit misteri telah melanda negara Belanda. Raja pada masa itu tiada pilihan selain mengarahkan askar-askar membunuh manusia yang telah bertukar." Aria memberi penjelasan.

"Tapi, jika dikaji secara mendalam, itu bukanlah penyakit." Sambung Aria serius.

"Kalau bukan penyakit, apa bendanya tu?" Soal Jeneral Micheal.

"Virus. Virus yang membuatkan manusia memakan sesama jenis. Saya gelarkannya sebagai Virus Undead." Kata Aria.

"Virus Undead. Hurmm.." Kata Sora sendirian.

"Kenapa, Sora? Kamu ada idea tentang virus ni?" Soal Jeneral Micheal.

"Virus ini yang menukarkan manusia seperti binatang. Juga seperti mayat hidup. Haih..." Keluh Sora.

"Kalau boleh aku nak kau bawa salah satu manusia yang sudah terkena Virus Undead ni ke dalam makmal aku." Pinta Aria.

"Untuk cipta serum?" Soal Sora.

"Yeah." Balas Aria.

"Okay. Tapi bukan esok atau lusa. Kita kena uruskan dulu penduduk yang terselamat." Kata Sora.

"Baiklah. Aku faham." Balas Aria.

Sora terus keluar. Aria dan Jeneral Micheal hanya memerhati lelaki itu keluar.

"Kamu pasti dapat cipta serum, Aria?" Soal Jeneral Micheal.

"Saya tidak boleh janji. Tapi saya akan berusaha." Balas Aria.

"Baiklah."

"Kalau begitu, saya keluar dulu."

Aria juga keluar tidak lama kemudian. Jeneral Micheal mengeluh. Dia memandang sebuah bingkai gambar. Terdapat lima orang di dalam gambar itu. Dia tersenyum kelat.

"Nampaknya, pertumpahan darah akan berlaku lagi." Kata Jeneral Micheal sendirian.

**********
Sora berjalan menuju ke arah penduduk yang terselamat. Rata-rata mereka ada yang tercedera dan ada juga yang kelihatan trauma.

"Tolong carikan anak saya, tuan! Tolonglah!"

"Tolong carikan ahli keluarga saya!"

"Papa! Mama!"

Askar yang bertugas sedaya upaya menenangkan penduduk. Sora menghela nafas kesal.

"Kapten, macam mana ni? Kami tidak dapat handle semua penduduk!" Kata Rogue yang perasan akan kehadiran Sora.

Lelaki itu tidak berkata apa-apa sebaliknya menuju ke tempat penduduk yang terselamat.

"Everyone! Attention please!!" Suara Sora bergema. Semua penduduk terdiam. Askar yang bertugas juga terkejut mendengar suara Sora yang kuat.

"Tuan, pembesar suara." Seorang askar memberi pembesar suara. Sora mengangguk.

"Sila tenangkan diri anda. Saya tahu, ada yang kehilangan ahli keluarga. Tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa buat masa sekarang memandangkan keadaan di luar sana agaklah rumit."

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now