Act 11: What I Found Here

1.2K 122 5
                                    

Dua buah pesawat tempur sudah pun dihidupkan enjin. Squad Alfa dan Squad Epsilon menuju ke pesawat tempur masing-masing.

Aria datang ke arah Sora. Lelaki itu hanya menjungkit keningnya sebelah.

"Ada apa?" Soal Sora.

"Bawakan aku satu Undead. Kau janji aku itu hari. Sampai sekarang kau tak bawa satu pun Undead pulang." Kata Aria sambil menyilang tangannya.

"Ok. Nanti aku bawa pulang. Kau nak saiz Undead yang macam mana? Yang kecik? Yang sederhana? Atau yang besar?"

"Mana-mana pun boleh. Aku hanya nak sel-sel yang terkandung di dalam badan Undead. Tu je." Balas Aria.

"Ok." Kata Sora lalu menyambung perjalanannya.

"Sora." Panggilan Aria menyebabkan Sora terhenti sekali lagi.

"Be careful." Pesan Aria.

"You should say that to Dean. He is your fiance. Not me. I'm just your friend." Balas Sora.

Aria terdiam. Sora menyambung balik perjalanan ke arah pesawat tempur miliknya.

Pintu belakang Silent Dragon tertutup. Dua buah pesawat tempur mula terbang menuju ke arah Pangkalan 2.

15 minit perjalanan. Dua buah pesawat tempur itu terbang di atas bangunan yang rosak. Ribuan Undead dilihat sedang berjalan tidak tentu arah.

"Silent Dragon to Flying Angel. Did you hear me?"

"Flying Angel to Silent Dragon. I heard you."

Dua buah pesawat mula berhubung. Dean berhubung dengan Rose menggunakan alat telekomunikasi.

"We begin to be silent."

"Understood."

Tetiba Silent Dragon menghilang. Skuad Epsilon kecuali Rose dan Sylvia terkejut dengan kehilangan Silent Dragon.

"Don't worry. They just turn into camouflage mode." Balas Rose.

15 minit lagi sudah berlalu, Pangkalan 2 sudah pun dapat dilihat. Kelihatan Pangkalan itu suram dengan Undead yang masih berada di tempat itu.

Silent Dragon berhenti secara terapung tempat di mana ratusan Undead berada.

"First Liutenant Sylvia, its your turn to guide my squad to located what we search. I will fight Undead. You and your squad can start this operation."

Sylvia yang mendengar itu mengangguk. Dia melihat Sora yang terjun dari ketinggian 90 meter dari darat.

Daratan retak dek impak hempasan dari Sora. Ratusan Undead yang sedar akan bunyi yang kuat itu, segera meluru ke arah Sora.

Melihat Sora yang sibuk membunuh Undead, Dean segera mendaratkan pesawat tempur begitu juga dengan Rose.

"Baiklah, Leftenan Sylvia boleh tunjukkan di mana semua bahan yang berguna untuk Pangkalan 1 kepada kami. Setelah selesai semuanya, kita akan lakukan operasi menyelamat." Kata Dean.

"Baiklah, kalau begitu saya akan membawa kamu di mana semua bahan kami tersimpan. Sarjan Rose, kamu dan Staf Sarjan Max akan kekal di pesawat untuk menjaga kawasan sekitar." Arah Sylvia.

"Kalau begitu, Staf Sarjan Rogue dan Staf Sarjan Anna juga akan turut kekal di dalam pesawat." Arah Dean.

"Baiklah!"

Maka, operasi mencari bahan dan menyelamat bermula. Sylvia memimpin Skuad Alfa dan Skuad Epsilon.

Tempat di mana semua bahan telah pun ditemui, Skuad Alfa dan Skuad Epsilon bertolongan mengangkat bahan ke pesawat.

Beberapa Undead yang berada di dalam cuba untuk menyerang mereka. Dean dengan berani memajukan dirinya. Dua pucuk pistol ditarik dari belakang.

TSUP! TSUP!

TSUP! TSUP!

Setiap tembakan tepat di kepala. Dean menggunakan badan Undead sebagai tempat dia melompat. Beberapa tembakan lagi dilepaskan semasa dia berada di udara!

Sekejap sahaja semua Undead yang cuba menyerang, tumbang dengan kesan tembakan di kepala. Dean menyimpan balik dua pucuk pistol di belakang.

"Kenapa kau tak pakai sniper milik kau?" Soal Jason.

"What? Kau fikir ni tempat yang strategik untuk penembak hendap? Cukup jelah aku guna pistol." Balas Dean.

Jason menggelengkan kepala dan mereka semua menyambung perjalan untuk membawa bahan ke dalam pesawat.

Sejam kemudian, semua bahan telah pun selesai dipindahkan. Bunyi Undead dari luar tidak lagi kedengaran.

"Phew! So, kita nak mulakan operasi menyelamat dari bangunan mana?" Soal Jason.

Sylvia menekan punat pada satu alat. Terpapar bangunan yang terdapat di Pangkalan 2 secara 3D. Sylvia menunding jari ke arah satu bangunan.

"Sini, kita akan mulakan operasi menyelamat di Pusat Kawalan." Balas Sylvia.

Tetiba hujan turun dengan lebat. Guntur mula kedengaran. Cahaya kilat juga muncul.

Dean memandang ke belakang. Dia kelihatan terkejut dengan seseorang yang mula mendekati mereka.

Mereka mula mengacukan senjata ke arah orang itu. Apabila orang itu mendekat, barulah wajah orang itu kelihatan.

"Lah, kapten rupanya." Kata Dean seraya menurunkan senjata.

"Aku jumpa tiga orang yang masih terselamat. Aku sengaja pengsankan mereka bertiga jadi aku senang untuk angkat." Balas Sora seraya menurunkan tiga orang yang dia bawa itu.

"Leftenan jumpa di mana tiga orang ni?" Soal Rose.

"Di Pusat Kawalan." Balas Sora.

"Leftenan dah periksa semua tempat?" Soal Rose lagi.

"Sudah. Tiada satu pun yang terselamat. Hanya mereka bertiga." Balas Sora.

"Baiklah. Pusat Kawalan sudah pun Leftenan Sora periksa. Kita akan berpecah kepada beberapa kumpulan dan memeriksa beberapa bangunan di Pangkalan 2." Arah Sylvia.

"Leftenan Sylvia, di mana semua kenderaan diletakkan?" Soal Sora.

"Di Bangunan V-16. Kenapa?" Soal Sylvia.

"Nothing. Just want to borrow some vehicle to check something. Thanks for that info." Balas Sora lalu berlalu pergi.

Semua mereka pelik kenapa Sora nak meminjam kenderaan. Sylvia yang melihat Sora pergi seakan tahu ke mana lokasi lelaki itu hendak tuju.

Sora tiba di bangunan yang dikatakan oleh Sylvia tadi. Kelihatan beberapa kereta kebal, kenderaan berperisai, motor berkuasa tinggi, dan juga kenderaan pengangkut. Sora menuju ke arah motosikal berkuasa tinggi.

Enjin dihidupkan. Bunyi kenderaan beroda dua itu menderam garang! Sora segera menunggang motorsikal itu ke arah satu tempat.

Mereka yang sedar, hairan ke mana Sora pergi. Dean hanya menggelengkan kepala melihat perangai Sora yang jenis kuat berahsia.

Sora terus menambah kelajuan. Hutan di hadapan diredah begitu sahaja. Nalurinya kuat mengatakan bahawa dia harus menuju ke tempat itu.

Ya, tempat itu merupakan tempat asal Pangkalan 2 sebelum dipindahkan 5 tahun yang lalu.

Sora menghentikan motorsikal di lereng bukit. Dia mengambil binokular miliknya. Dia terkejut melihat tempat asal Pangkalan 2 beroperasi.

"So, is this the enemy base?" Soal Sora.

Dia terus memerhati dan dia terkejut sekali lagi dengan apa yang dia lihat.

"Look what I found here. They turn people to that creature? Tsk!" Kata Sora.

Dia segera menekan alat telekomunikasi.

"Dean.."

"Yes, captain? You in area F-2457. What are you doing there?" Soal Dean.

"I found something. Come here with Silent Dragon. I need Rogue to take picture."

"In 8 minutes..."

**************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now