Act 8: Everyone Has Gone

1.3K 139 2
                                    

Keesokan harinya, matahari memancarkan cahaya ke bumi.

Sora sudah pun siap sedia di kokpit pesawat tempur milik Skuad Alfa.

Ada sesuatu yang harus dilakukannya. Seseorang yang perlu dia selamatkan.

Enjin pesawat dihidupkan. Tidak lama kemudian, perlahan-lahan dia menaikkan aras pesawat dan terbang menuju ke destinasi.

Jeneral Micheal sedar akan pemergian Sora. Jeneral berusia 50 tahun itu hanya menghela nafas sahaja.

"What will you do, Sora."

Sora menuju ke satu tempat yang berada di dekat dengan kawasan hutan tebal. Memandangkan kawasan itu bergunung-ganang, dia terpaksa mendaratkan pesawat di jauh dari tempat yang ingin dituju.

Namun, Undead sudah menunggu kedatangan Sora. Lelaki itu hanya mengetap gigi dan menarik Muramasa dan Musashi.

Para Undead mula meluru ke arah Sora! Lelaki itu menutup matanya. Tidak lama kemudian, dia membuka matanya dan iris matanya sudah berubah warna.

Dia juga turut meluru ke arah para Undead! Jumlah mereka yang ramai sedikit pun tidak membuatkan Sora berasa gentar!

SWING!

SHRAK!

KRAK!

BRAAK!!

ZRHAKK!!

Setiap Undead yang menyerang berakhir dengan badan mereka terbelah dua! Darah kotor terpecik ke muka Sora!

Dia mengeratkan genggaman dan terus membunuh Undead yang berada di hadapannya!

Sora bagaikan menari dengan dua bilah katana miliknya! Sedikit pun Undead tidak dapat menyentuhnya!

Darah merah mula membasahi tanah. Tubuh setiap Undead yang dibunuh kelihatan dengan jelas dari jauh.

Sora terus maju dan membelah Undead yang berada di hadapannya!

Tinggal beberapa ratus meter lagi sebelum dia sampai di tempat yang dia hendak tuju.

Memandangkan bilangan Undead juga sudah berkurang, dia segera membuka langkah untuk melancarkan serangan terakhir.

Nafas dihembuskan. Mata tajam melihat musuh di hadapan. Kaki selangkah dimajukan.

"死神複数のスラッシュ." (Multiple Slash Of Death God.)

Undead yang bergerak tetiba menjadi kaku! Secara perlahan badan mereka terbelah menjadi dua!

Sora sudah pun berada di belakang Undead yang terbelah! Darah menitik dari bilah katana. Segera dia melibas dua bilah katana untuk menyingkirkan darah sebelum memasukkan kembali Muramasa dan Musashi ke dalam sarung.

Dia menyambung kembali perjalanannya. Tidak lama kemudian dia sampai di tempat dia hendak tuju. Sebuah pusat latihan kendo terpampang di hadapan mata.

Darah kering terdapat di seluruh kawasan luar pusat latihan itu. Sora sekali lagi mengetap giginya.

Pintu pusat kendo itu dibuka. Secara mengejut seekor Undead tetiba menyerbu ke arah Sora!

SWING!

Dengan tindak balas badan laju, sekejap sahaja Undead itu terbelah dua.

Lelaki itu terkejut! Terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Mayat yang bergelimpangan, darah kering berada di serata tempat.

Sora terdengar bunyi seseorang menangis! Segera dia berlari ke arah bunyi tangisan itu.

Kelihatan seorang budak perempuan dalam lingkungan 10 tahun sedang duduk menangis di hujung penjuru di sebuah bilik dan beberapa ekor Undead sedang cuba memecahkan pintu bilik itu!

Sora terkejut sekali lagi apabila Undead yang cuba memecahkan pintu itu merupakan anak muridnya! Dia mengetap giginya. Masamune ditarik dari belakang pinggang.

"I'm sorry..."

SHRAK!

ZRAK!!

Pintu bilik dibuka. Budak perempuan itu terkejut dengan kehadiran Sora!

"Onii-chan!" Segera budak perempuan itu meluru ke arah Sora lalu memeluk lelaki itu sekuat hati.

"Narumi, mana semua orang?" Soal Sora yang turut membalas pelukan budak kecil itu.

"Semua dah tiada." Narumi membalas dengan nada tersekat-sekat.

Sora hanya berdiam diri. Belakang kepala Narumi, dia usap lembut. Tidak lama kemudian, Narumi terlena di pelukan Sora.

Lelaki itu segera mengangkat Narumi dan menuju ke sebuah rumah yang berada di kawasan pusat latihan kendo itu.

Dia memasuki rumah itu. Kelihatan rumah itu juga berterabur. Sora segera meletakkan Narumi di sebuah kerusi empuk.

Sebuah bingkai gambar yang tergantung dilihat oleh Sora. Segera lelaki itu duduk. Dia menundukkan badan.

"Gomen, sensei. I can't protect your dojo. I'm fail as a protector of this dojo. Everyone has gone including you, sensei. Only Narumi safe here. Don't worry, I will protect her. I will keep her safe."

Sora mengetap giginya. Dia tidak sangka dojo yang tersembunyi ini kena serang. Dia menumbuk lantai rumah itu. Retak berlaku akibat tumbukan Sora.

Dia mengangkat sekali lagi Narumi dan melangkah keluar dari dojo. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut Sora beralun lembut.

"I will get my revenge. Just you wait Raph. Your life, I'll ended with my own hand."

Dia terus menuju ke pesawat tempur. Apabila sudah berada di dalam pesawat itu, dia meletakkan Narumi di satu tempat dan segera menghidupkan enjin kokpit.

30 minit kemudian, dia tiba di Pangkalan 1. Kelihatan begitu ramai askar yang sudah berkerjasama memberi pertolongan kepada penduduk yang masih tercedera.

Dia segera mematikan enjin pesawat. Tubuh Narumi, dia angkat dan menuju ke rumahnya.

Pintu rumah dibuka oleh Miyabi. Neo-Robot itu mengucapkan selamat pulang kepada Sora. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya terus memasuki rumah.

Di ruang tamu, kelihatan Aria, Rose, Anna dan Sylvia sedang berbual sesama sendiri.

Apabila Sora tiba, mereka semua terkejut melihat lelaki itu membawa seorang budak perempuan.

Aria yang kenal akan budak itu segera bangun dan menuju ke arah Sora tetapi ditahan oleh Sora. Lelaki itu segera meletakkan Narumi ke tempat yang selesa yang berada di ruang tamu.

"Narumi-chan! Sora, you go to dojo?" Soal Aria.

Lelaki itu tidak menjawab dan hanya mengusap lembut kepala Narumi.

"What happen to dojo, Sora? How's everyone?" Soal Aria lagi.

Sora mengetap giginya dan mengepal penumbuk di tangan kiri.

"Everyone has gone, Aria. They turn into that creature. Only Narumi is safe.." Jawab Sora perlahan.

Aria segera menutup mulutnya. Air matanya bergenang. Anna tergamam mendengar berita dari Sora.

"Tak mungkin.." Kata Aria perlahan.

Sylvia dan Rose pelik apa kaitan Sora dan Aria kepada budak perempuan bernama Narumi.

"Tell General Micheal. Tomorrow at 0500, we'll start the operation. Hunt the Undead and save the people. Sylvia, you can go saving your comrades tomorrow."

*************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now