Act 65: Suspicious

982 112 0
                                    

Beberapa hari berlalu. Di bawah sinaran matahari yang terhalang oleh awan, beberapa orang sedang memerhati dua orang dari jauh.

"Sejak bila kapten dan leftenan mesra semacam ni?" Soal Rogue.

"Hurmm. Aku pun tak tahu." Balas Rose.

"Sakura, awak tahu apa-apa?" Soal Anna.

"Hurmm? Saya tak tahu apa-apa..." Balas Sakura lalu memalingkan muka ke arah lain.

Rose, Michella dan Anna mula mendekati Sakura. Muka mereka seakan tidak puas hati dengan jawapan Sakura.

"Awak sorokkan sesuatu dari kami, bukan?" Soal Rose.

"Mana ada sorokkan." Sakura cuba berdalih.

"Akak tak tipu ni?" Soal Michella pula.

"Ye. Akak tak tipu.."

"Tapi muka awak tidak sama dengan jawapan awak. Baik awak cakap, apa yang awak sorokkan." Giliran Anna mendesak.

"Apahal korang ni?" Soal Sora mengejut dari belakang.

"Eh? Kapten..Hehehe.." Balas Anna.

Kelihatan Rogue dan Dean sudah menghilangkan diri. Michella dan Rose mengetap gigi. Boleh pula larikan diri?

"Aku tanya sekali lagi, apahal korang kerumun Sakura?" Soal Sora sekali lagi. Kali ini pandangan matanya menjadi tajam. Peluh dingin mula mengalir.

"Err..Hahaha. Kami tertanya-tanya..Apa status kapten dan leftenan? Korang dah jadi pasangan kekasih ke?" Soal Anna.

"Uhuk! Uhuk!" Sylvia terus terbatuk mendengar soalan daripada Anna. Manakala Sora pula mendiamkan diri.

Pandangan mata Sora menjadi semakin tajam membuatkan mereka bertiga berundur. Sora menaikkan tangannya ke arah Anna.

TAP!

"Auww! Its hurts, captain!" Anna mengusap dahinya yang baru sahaja dijentik kuat oleh Sora.

"I'm don't have any special relationship with Sylvia. Its just, she found a place. A very good place. So, she asked me to invite all of you to go this place." Balas Sora.

"What place?"

"You think? Just prepare your underwear, ladies. We meet here at 0800 tomorrow. Don't be late or I will leave all of you. So, Sylvia you can tell them the detail about the place we'll go tomorrow. I'm gonna invite president and general." Balas Sora.

Dia meninggalkan Sylvia bersama dengan Sakura, Anna, Michella dan Rose.

"Hello ladies! Sorry, we went to toilet." Kelihatan Rogue dan Dean menuju ke arah mereka.

"Mari sini korang berdua!" Anna, Michella dan Rose segera berlari menuju ke arah Rogue dan Dean dengan muka yang menakutkan.

"Apahal korang kejar kami ni!?" Soal Rogue dan Dean yang dikejar oleh Anna, Michella dan Rose.

"Jadi, ada apa-apa perkembangan antara kamu berdua?" Soal Sakura tersenyum.

"Hehehe..Tiada." Balas Sylvia.

"Hah? Awak mesti buat sesuatu. Kalau tak, hubungan kamu di situ-situ je. Tak ke mana pun. Cuba awak tarik perhatian abang saya."

"Tarik perhatian Sora? Macam mana tu?" Soal Sylvia lagi.

"Hurm. Lets see...Abang suka benda kecil dan comel. Cuba awak tayangkan gambar anak kucing ke? Arnab ke? Abang pasti tak lari punya." Balas Sakura tersenyum.

"Oh. I see..Lagi?"

"Awak nak belajar bahasa Jepun, bukan? Awak boleh minta tolong dengan abang. Oh, jangan lupa buat wajah comel. Abang pasti akan ajar awak punya."

"Hurm. Tapi dia suruh Narumi yang ajar saya.." Sylvia mengembungkan pipi.

"Awak cuba je. Oh, setiap malam abang juga selalu lepak di atas bumbung bangunan yang kita duduki sekarang ni. Awak bolehlah bermanja-manja dengan abang saya lepas ni. Tapi, pastikan tiada siapa yang tahu. Kalau tak, pandai-pandailah korang jawab nanti. Saya lepas tangan. Hehehe.." Balas Sakura tersengih.

"Hurm..Sora ada kelemahan?" Soal Sylvia.

"Kelemahan? Do you think that beast have a weakness?"

"Bukan dari segi fizikal, tapi dari segi dalaman.."

"Hurm..Apa kata awak suruh abang pakai pakaian perempuan. Crossdressing...Kalau dia tak setuju, awak boleh mula sakat dia..Kata dia ada wajah perempuan.." Balas Sakura dengan senyuman sinis.

"Crossdressing? Muka macam singa lapar macam tu ada sedikit wajah perempuan? Awak ni biar betul, Sakura?" Soal Sylvia pelik.

"Tulah. Awak tak perhatikan betul-betul wajah abang. Cuba perhatikan secara teliti dan cuba imagine wajah abang dengan simple make-up."

"Nantilah saya bayangkan. Saya nak jumpa dengan Aria dulu. Antares saya belum siap dari dipertingkatkan. So, saya nak tanya kalau dia ada senjata lebihan. Hehehe.."

Sylvia meninggalkan Sakura. Perempuan itu hanya menghela nafas sambil tersenyum.

"Malu-malu kucing pula.."

Sylvia pula memasuki makmal milik Aria. Kelihatan sut tempur Lacia sedang diperbaiki. Juga kelihatan Dean dan Aria sedang berbual.

"Aria.." Tegur Sylvia.

"Ah. Sylvia. Apa yang kau nak?" Soal Aria.

"Antares aku sudah siap atau belum?" Soal Sylvia.

"80% siap. Petang nanti kau boleh datang ambil. Dalam jam 5 begitu." Balas Aria.

"I see. So, kau nak join esok? Aku ada jumpa satu tempat ni. Bersih dan aman dari Undead. Sora juga ikut esok." Ajak Sylvia.

"Aku memang ikut. Since, Dean juga ajak aku. But, one thing I'm curious about you and Sora..."

"E-eh? About me and Sora? What do you mean?" Soal Sylvia sambil memandang ke tempat lain. Aria tersenyum penuh makna melihat reaksi Sylvia. Dean pula kelihatan bingung.

Aria datang ke arah Sylvia lalu memeluk bahu Sylvia. Dia membawa Sylvia ke satu tempat tertutup, meninggalkan Dean dibelakang.

"So, did he confess his love to you?" Soal Aria sinis.

"Eh!? Apa yang kau maksudkan ni? Aku t-tak faham." Sylvia cuba berdalih.

"Hurrm...Mesti jadi apa-apa masa korang ke Jepun dulu." Kata Aria.

"T-tiada apa-apa yang berlaku." Balad Sylvia.

"Hurm..Kau pasti?" Soal Aria.

"A-aku pasti!"

"Tch. No fun. Haih.." Aria akhirnya melepaskan pelukannya.

"Kan aku cakap. Aku tiada hubungan istimewa lagi dengan Sora. So, jangan lupa esok jam 8 pagi. Aku datang balik jam 5 petang untuk ambil Antares." Kata Sylvia lalu meninggalkan Aria.

"But, aku tak pernah nampak kau mesra semacam dengan Sora. Hurmm...Suspicious.."

*******************************
Yo! Terkejut aku update petang2 begini? Hahaha...aku sibuk malam ni so, aku update petang jelah. Amacam dengan update terbaru aku ni? Berikan pendapat korang di ruangan komen. Ciow!

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now