Act 70: Sudden Attack

889 110 2
                                    

Hari yang tidak seberapa panas. Matahari terlindung oleh awan tebal. Kedengaran bunyi tembakan serta letupan.

Ya, askar Megalopolis sedang menghapuskan Undead yang tersisa. Walaupun Undead tidaklah kuat, tetapi jumlah yang banyak amat menyukarkan keadaan.

"FIRE! FIRE! DON'T LET THEM BITE YOU!!"

Sora pula tidak berada di barisan hadapan. Dia berada di atas salah sebuah bangunan bersama AWP miliknya. Dia membantu dari belakang.

"Jeneral, bilangan Undead sudah berkurangan." Kata Sora melapor dari alat telekomunikasi.

"Good. Tamatkan cepat. Kita harus mengelak dari dijumpai oleh musuh." Balas Jeneral Micheal.

"Oraah!!! Kill them boy!! Show them who is the best!!" Kelihatan suara Dante memberi arahan anak-anak buahnya menembak setiap Undead yang berada dalam jarak penglihatan mereka.

"Dante, suruh anak-anak buah kau berundur. Dalam 6 minit sebuah misil akan meletupkan semua Undead." Arah Sora.

Dante hanya mengarahkan anak-anak buahnya berundur tanpa membalas arahan dari Sora.

Tentera Megalopolis juga turut berundur. Kawasan sekeliling mula dipasang barrier-type, menghalang daripada Undead mengejar.

Sora pula yang sudah berkemas, hanya duduk sambil memerhati Undead yang cuba keluar. Tidak lama kemudian, dia terdengar satu bunyi. Dia menghela nafas.

"Dalam 800 meter lagi Misil Type-078 Splitter tiba." Kata lelaki itu sendirian.

Kawasan pertempuran sudah pun kosong. Yang tinggal hanyalah Undead.

ZRRUUUU...!!!

Sebuah misil berwarna putih meluncur laju di sebalik awan. Tidak lama kemudian, misil menjunam ke bawah lalu berpecah kepada misil kecil.

BBBBRROOOOUUUMMMMM!!!!

Satu letupan amat kuat berlaku di hadapan mata. Angin kencang mula terhasil akibat letupan itu. Sora membawa peralatannya lalu turun ke bawah.

Askar Megalopolis mula berundur. Sora pula yang baru sahaja tiba di pesawat, menjungkit sebelah kening apabila tidak melihat kelibat Dean.

"Mana Dean?" Soal Sora.

"Cari hadiah." Balas Rogue.

"Hadiah?" Soal Sora lagi.

"Haah. Sempena ulang tahun hubungan Dean dan Aria."

Sora tidak menjawab apa-apa lalu terus. Beredar dari situ. Mereka yang berada dalam pesawat berasa pelik dengan kelakuan Sora.

Sementara, lelaki itu berjalan bersendirian di atas jalan yang rosak. Tumbuh-tumbuhan mula menyelaputi kereta dan bangunan yang terbiar. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut lelaki itu beralun.

Sora mengikat rambutnya ke belakang. Sebatang rokok dinyalakan. Dia hanya memerhati kawasan sekeliling.

Sunyi. Hanya bunyi burung-burung berkicauan. Udara yang tidak seberapa tercemar.

Sora meneruskan perjalanan. Tetiba, dia berhenti di hadapan sebuah kedai menjual cincin.

Tanpa banyak bicara, dia memasuki kedai itu. Bau busuk terhidu sebaik sahaja lelaki itu menjejakkan kakinya ke dalam.

Reeeaaaahhhh!!!

Seekor Undead menyerangnya dari belakang. Dengan reflex badan yang cepat, sekejap sahaja Undead itu terbelah.

Dia mula mencari cincin. Banyak model cincin yang masih berada di dalam tempatnya, namun tidak mengena di hati lelaki itu.

Beberapa minit kemudian, lelaki itu menghela nafas. Semua cincin sudah dilihat. Namun, masih juga tiada yang mengena di hati.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now