Act 26: Actually He Is..

1K 132 2
                                    

Tiga bulan berlalu. Keadaan di Pangkalan 1 tidak ubah seperti sebuah pekan.

Nasib baik pangkalan ini dibina jauh dari pusat bandar. Undead tidak menyedari pangkalan ini.

Bahan mentah juga mencukupi. Stok peluru dan minyak juga cukup.

Pangkalan 1 dan Fenrir sentiasa berhubung bagi mengetahui maklumat semasa.

Beberapa skuad ditugaskan untuk mencari bahan yang diperlukan. Manakala, beberapa skuad lagi ditugaskan untuk menghapuskan Undead.

Keadaan menjadi genting apabila, beberapa skuad yang dihantar diserang oleh pihak musuh. Keputusan telah dibuat. Skuad Alfa dan Skuad Epsilon ditugaskan untuk memburu pihak musuh.

Matahari berada tegak di atas kepala. Penduduk yang terselamat bersembang sesama sendiri.

Presiden Leana tinggal serumah dengan Jeneral Micheal.

Seorang gadis berambut putih sedang mengarahkan beberapa orang askar untuk memindahkan barang. Dia sedar, seseorang selalu hilang.

"Leftenan Sylvia, sesuatu telah berlaku di bahagian stok barang mentah yang beku. Boleh tolong?" Soal salah seorang askar.

"Baiklah." Balas Sylvia.

Dia menuju ke arah stok makanan mentah yang beku. Dia mula menyentuh makanan yang beku itu. Basah dan lembut.

Dia mula melihat bacaan termometer. Suhu menaik. Dia mula pelik.

"Mesin pembeku tidak berfungsi?" Soalnya sendirian.

Persoalan itu terjawab apabila Sylvia menuju ke arah mesin pembeku. Tekaannya tepat. Mesin itu tidak berfungsi.

"Kamu, pergi panggil sesiapa yang boleh membaiki mesin." Arah Sylvia.

"Baiklah!"

Dia mula memeriksa mesin yang lain. Dia menghela nafas apabila hanya satu mesin sahaja yang tidak berfungsi. Kalau semua juga tidak berfungsi, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk menyimpan makanan beku.

Orang yang dicari telah sampai. Sylvia segera tersenyum.

"Baiklah. Hanya satu mesin sahaja yang rosak. Boleh kamu baiki?" Soal Sylvia.

"Tiada masalah! Serahkan kepada saya. Leftenan pergilah sambung tugas. Kalau sudah siap, saya akan laporkan kepada Leftenan."

"Baiklah."

Sylvia mula keluar dari bahagian stok makanan beku. Dia mula pelik melihat Sora keluar dengan memandu Ford Shelby miliknya.

Sora juga merupakan salah seorang yang ditugaskan untuk menghapuskan Undead. Cuma, Sora bergerak sendiri. Kalau ada bahan mentah atau bahan berguna yang dijumpai olehnya, dia akan membawa pulang ke pangkalan.

Sylvia berasa hairan. Kenapa Sora tidak bersama dengan skuad jagaannya. Pergi tengah hari, pulang petang. Itulah yang dilakukan oleh Sora setiap hari. Mereka juga jarang berjumpa di rumah.

Keesokan harinya, Sylvia tidak mempunyai tugas. Dia bercadang untuk duduk dalam rumah sambil menemankan Narumi.

Sylvia tersenyum melihat Narumi yang kusyuk berlatih itu. Dia menjangkakan bahawa budak itu akan menjadi pengguna pedang yang mahir satu hari nanti.

Sora yang duduk di sebelah tidak disedari oleh Sylvia. Lelaki itu hanya memerhati akan Sylvia yang tersenyum.

"So, apa yang kau menungkan sampai tersenyum?" Soal Sora. Sylvia tersentak apabila mendengar suara dari lelaki itu.

"Geez. Boleh tak jangan kejutkan aku? Haih.." Keluh Sylvia.

"Sorry." Ucap Sora. Sylvia hanya menggelengkan kepala.

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now