Act 76: More Survivors

1K 111 5
                                    

"Nampaknya mereka dah tahu di mana lokasi kita sekarang?" Soal Raph seraya memerhati peta hologram.

"Yeah. Kita kena persiapkan bala tentera kita. Walaupun jumlah mereka tidak banyak, tetapi mereka mempunyai Kod 00, Kod 02, Kod 03 dan juga Kod 04." Balas Kod 05.

"Heh! Mereka bukanlah kuat sangat. Terutama Sakura. Dia cuma Kod yang lemah sekarang. Aku boleh menang menentang dia. Tapi..."

"Tentang Kod 02, Shinigami?" Soal Kod 05.

"Yeah. I sense something inside him. He took down ten Titan. Even I having a hard time to kill that creature. But Sora? He was hiding something from me." Balas Raph menghela nafas.

"Jarang kau hela nafas berat. Relax, kita boleh uruskan Kod 02." Kata Kod 05.

"Relax? Kau tahu tak dia dengan senangnya tumpaskan aku kalau dia serius. Aku ada dengar perbualan Prof. William sebelum dia mati."

"Tentang Kod 02?"

"Yeah. Prof. William said Sora is the Ultimate H.W.P he ever created. Just look at him." Muka Sora terpapar dalam bentuk hologram. Di sebelah muka Sora pula, rakaman dia sedang membelah musuh.

"See? Just how fast that human can be? I can't see when he swing his weapon. Without a doubt, Sora is our major problem now."

"Chill. Take this." Kod 05 memberi balang kecil berisi cecair berwarna hijau.

"Apa benda kau bagi aku ni?" Soal Raph pelik.

"Benda ni boleh tingkatkan semua kelebihan kau. Jadi, Kod 02 takkan senang tumpaskan kau."

"Boleh percaya ke kat cecair ni?" Soal Raph ragu-ragu.

"Alah kau ni. Bunuh orang kau berani, minum cecair ni pun kau takut. Kau ni jantan atau pondan?"

"Babi! Aku anak jantan, sial! My 'sword' is bigger than you. Wanna see?" Soal Raph marah.

"Hahahah! Baran betul kau ye, Kod 01?"

"Siapa tak panas kalau orang tanya kau anak jantan atau tak. Kau bergurau tak kena tempat. Dah, blah! Aku nak buat sedikit kerja lagi." Halau Raph.

"Yeah, yeah." Kod 05 beredar dari situ. Tetapi, satu senyuman kejam terukir di mukanya sebelum dia beredar.

Raph hanya termenung setelah Kod 05 keluar. Satu memori yang dia tidak pernah lupa kembali terpapar.

FLASHBACK

"Ah, babi! Mereka ramai sangat. Asal jeneral hantar kita bertiga sahaja?" Soal Raph pada masa itu.

Dia, Sora dan Sakura berlari dari serangan bertalu-talu dari pihak musuh. Sakura pada masa itu diangkat oleh Sora kerana musuh dapat menembak pada bahagian peha Sakura.

Mereka melompat lalu bersembunyi dalam satu tempat tertutup. Sora tanpa sebarang bicara segera menutup luka Sakura.

"Raph, aku nak kau jaga Sakura." Arah Sora.

"Hah? Dah kenapa pula kau ni? Jangan cakap kau nak lawan musuh? Mereka ada ratusan ribu tentera! Apa yang kau boleh buat dengan seorang diri!?" Soal Raph marah.

"So? Kau tahu tak, sekarang aku tengah marah. Jangan halang aku, Raph." Balas Sora.

"Biarkan abang, Raph." Sampuk Sakura tersengih. Raph mengetap gigi lalu dia juga tersengih.

"Fine. Kalau kau hidup, aku bagi 200 000 Dollar kat kau."

"Kau cabar aku? Jangan mungkir janji."

"Heh.."

Sora menarik nafas lalu menghembuskan sekali lagi. Raph perasan sesuatu yang berubah pada badan lelaki itu. Iris matanya tidak berubah atau bersinar. Entah kenapa, aura yang dikeluarkan oleh Sora saat ini sangat berbahaya!

Sora menarik nafas sekali lagi lalu dia hilang! Sora hilang di depan mata Raph sendiri! Lelaki itu terkedu melihat Sora hilang begitu sahaja!

"Ah, shit! He use that technique again. Our enemies is death right now." Kata Sakura tersengih.

Apa yang Sakura cakapkan adalah betul. Beberapa jam selepas Sora meninggalkan mereka berdua, keadaan menjadi sunyi.

Raph dan Sakura keluar dari tempat persembunyian mereka. Raph tergamam melihat api yang marak, mayat yang terbelah berada di semua tempat, darah yang terpecik pada dinding, dan seorang lelaki berdiri tegak ditengah-tengah api yang marak sambil memegang sebilah katana yang menitikkan darah.

"Yo. Transfer 200 000 Dollar into my account."

END FLASHBACK

"He's not a beast. He's angel of death. Yeah. Angel of death."

***********

"Hooray! Abang nak kahwin! Abang nak kahwin!"

"Tahniah, leftenan!"

"Tahniah, kapten! Hahaha!"

"Tahniah kepada kamu berdua."

Semua berada di dalam bangunan tempat mereka tinggal sedang bersorak kerana pengumuman perkahwinan Sora dan Sylvia.

Perempuan itu sudah merah padam kerana malu. Manakala Sora pula dengan muka jengkelnya.

"Boleh korang bertenang dulu?" Soal Sora. Namun tiada siapa yang mendengar soalan dari Sora.

Semua sibuk bersembang sesama sendiri. Mereka semua sudah merancang untuk hari perkahwinan Sora dan Sylvia. Urat mula muncul di dahi Sora.

Shiiinngg...

Suasana menjadi senyap sebaik sahaja Sora menarik Izanami dari sarung.

"Hah...Tenang pun korang. Aku baru umumkan korang dah jadi cacing panas. Yang kahwin kami berdua. Bukan korang. Tenang boleh?"

"Hahaha! Maaf! Kami teruja betul!" Balas Sakura tersengih.

"Haih. Look, perang masih lagi berlaku. Lepas perang selesai, banyak lagi benda yang nak diuruskan." Kata Sora.

"Hahaha. Yelah, Sora si dingin umumkan perkahwinannya, siapa tak teruja?" Soal Jeneral Micheal. Presiden Leana yang berada di sebelahnya hanya mengangguk setuju.

"Aku cadang, selepas dua tahun perang habis baru kahwin."

"Pergh! Lamanya! Aku nak juga dipanggil pak cik!" Kata Dean berseloroh.

"Kau fikir nak pulihkan balik Megalopolis ambil masa 2 bulan je? Mungkin ambil masa 10 tahun untuk Megalopolis jadi seperti sediakala." Balas Sora menghela nafas.

"Lupakan pasal benda tu! Yang penting sekarang abang dah jumpa jodohnya! Hahahah!" Sampuk Sakura.

"Betul tu!" Sahut yang lain.

Sora mengetap giginya namun tersengih tidak lama kemudian.

"Yosh! Dean! Keluarkan semua minuman yang kita simpan! Malam ni kita yang punya!" Kata Sora dengan kuat.

"Aye, aye, captain! 20 bottles of beer! Time for chug! Chug!"

"Jeneral! Jeneral!"

Seseorang memanggil Jeneral Micheal dari luar semasa mereka sedang bergembira. Jeneral Micheal segera meletakkan gelas yang berisi bir lalu keluar.

"Ada apa?" Soal Jeneral Micheal.

"Askar kita...Yang terselamat...Berada di...Pintu gerbang!" Kata askar itu sambil termengah-mengah.

"Hah!?" Jeneral Micheal segera berlari ke arah pintu gerbang Fenrir.

Dia terkedu melihat ratusan ribu tentera Megalopolis berada di pintu gerbang. Jeneral McHandle iaitu Jeneral di Pangkalan 3 juga berada bersama ratusan ribu tentera Mengalopolis yang terselamat.

"Is this miracle?" Soal Jeneral Micheal terkedu.

*******************************
Jeng! Jeng! Jeng! Hah! Terkejut tak? Ingat tentera Megalopolis tu sikit? Banyak tau tak!? Hahaha! Dah boleh hidu aura kemenangan! Hahaha! Want to see more? Wait for next Act, okay? Ciow!

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now