Act 33: Another New Creature?

1K 125 5
                                    

"Hurmm...Biar betul apa yang Sora katakan. Campur sedikit benda ni, lepastu campur lagi dengan benda yang lagi satu dan campur lagi benda terakhir. Hurmm. Lain macam je warna serum ni.."

Aria memerhati tabung uji yang berisi cecair berwarna jingga. Dia membetulkan kaca mata miliknya.

"Warna jingga? Well, tak salah mencuba. Alright, where is Subject 3?" Soal Aria sambil menuju ke satu arah.

Kelihatan seseorang sedang diikat di atas katil dan orang itu kelihatan lemah. Terdapat dua orang askar yang berjaga.

"Please. Help me.." Kata orang itu dengan lemah.

"Haih..I try, okay?" Balas Aria dengan nada yang lemah.

Aria menyuntik jarum yang berisi cecair serum itu. Urat pada Subjek 3 mula keluar dan bertukar warna ke warna jingga.

"Ergh!"

"Don't lose yourself. Dear god, please! I need help. Just for this time. Please heal him. He need to see his family!"

"Argh!!" Subjek 3 mula menjadi tidak keruan. Dua orang askar sudah sedia mengacukan senapang ke arah Subjek 3.

Subjek 3 meronta-ronta hendak melepaskan diri. Seketika kemudian, Subjek 3 berhenti meronta.

"I am, alive?" Soal Subjek 3 perlahan. Aria bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"Aku berjaya?" Soal Aria.

"Nampaknya begitulah, puan." Balas salah satu askar.

"Thanks god. I made it..I made it.." Balas Aria dengan nada sebak. Dia segera duduk melutut.

"Nampaknya, jumlah yang dijangkiti boleh diubati."

************

"Jauh lagi ke kedai jual senjata tu?" Soal Sylvia.

"Tak lama lagi sampailah tu. Kau sabarlah sikit." Balas Sora.

"Dah 2 jam kita belum juga sampai."

"Kita kena serang, kita serang balik, jumpa pula Undead yang penuh di jalan yang sempit. Sebab itulah kita lambat. Aku kena cari jalan lain. Sabar sikit.." Balas Sora.

"Yelah.."

Undead yang berada di jalan berterbangan apabila dilanggar. Sora membelok ke kanan. Seketika kemudian, dia menghentikan kereta.

"Jom.." Sora keluar dari kereta diikuti dengan Sylvia.

KREEKK...

Bunyi pintu berkeriut kedengaran apabila mereka memasuki kedai menjual senjata itu.

"What a mess.." Kata Sylvia.

"Help me to gather any live-bullets you have found. I will gather any guns." Arah Sora.

"Okay..." Balas Sylvia.

Dia mula mencari bilik yang menyimpan stok bekalan peluru yang hidup. Dia menjumpai sebuah bilik. Pintu bilik itu dibuka dan Sylvia mula tersenyum.

"Sora, I found the bullets!" Kata Sylvia membesarkan suaranya.

"Bring them to the car!" Balas Sora.

Sylvia mula mencari sesuatu yang membolehkan dia mengangkat semua peluru hidup itu dengan kuantiti yang banyak.

Dia menjumpai sebuah beg besar. Sylvia mengambil beg besar itu kemudian memasukkan seberapa banyak peluru hidup ke dalam beg. Dia kemudian mengangkat beg itu keluar.

"Sora, aku keluar dulu. Nanti aku masuk balik!"

"Ok!"

Sylvia terkejut kerana tetiba sahaja hujan turun dengan lebat. Nasib baik beg yang dibawa olehnya ialah kalis air.

Dia membuka bonet kereta lalu memasukkan beg yang berisi peluru ke dalam bonet.

UURRAAGHH...

Sylvia segera berpaling ke belakang. Dia membulatkan mata apabila melihat satu makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

"Sora, I need help! Right now!" Kata Sylvia melalui alat perhubungan yang terpasang pada telinga.

Dia menarik Shiki dari sarung lalu menghunuskan bilah katana itu ke arah makhluk yang baru sahaja dilihatnya.

Tetiba kilat menyambar di langit, menunjukkan rupa sebenar nakhluk itu. Sekali lagi Sylvia membulatkan matanya.

SHRAKK!!!

Muramasa melekat pada kepala makhluk itu. Segera makhluk itu tumbang.

"Takkan kau takut pada Undead, Sylvia?" Soal Sora.

"Its not damn Undead, heartless! That thing is something new!" Balas Sylvia seraya menumbuk bahu Sora.

"Tak payahlah tumbuk." Kata Sora.

Tetiba makhluk itu bangkit kembali. Mereka berdua mula terasa tidak sedap hati.

"Sylvia, aku nak kau analisis makhluk itu. Aku akan alihkan perhatiannya." Arah Sora.

"Baiklah." Balas Sylvia. Pada lengan sut tempur miliknya, muncul satu skrin maya yang membolehkan dia menganalisis sesuatu.

Sora mula meluru ke arah makhluk itu. Bahu makhluk itu dipijak lalu menarik Muramasa dari kepala makhluk itu.

"Aku dah tikam kepalanya. Tapi, kenapa benda ni tak mati?" Soal Sora sendirian.

Makhluk itu mula menyerang Sora! Lelaki itu mengelak setiap serangan daripada makhluk itu dengan cekap.

"Makhluk ni agak laju dari Undead. Hmm.." Sylvia menganalisis pergerakan dari makhluk itu.

"Kau dah jumpa cara nak bunuh makhluk ni?" Soal Sora yang masih mengelak.

"Hmm..Suhu makhluk ni rendah kecuali pada bahagian jantung." Balas Sylvia yang mengaktifkan mode penglihatan haba miliknya.

"Jantung?" Soal Sora.

SHRAKK!!

"Eh?" Sylvia terkejut apabila Sora sudah menikam jantung makhluk itu menggunakan Muramasa.

"Laju.." Kata Sylvia sendirian.

Makhluk itu tumbang dan tidak bangkit lagi. Sora melibas Muramasa bagi menghilangkan kesan darah pada bilah Muramasa lalu memasukkan Muramasa pada sarungnya.

Lelaki itu kemudian mengambil darah dari makhluk itu lalu menangkap gambar makhluk itu.

"Bagus untuk info. Makhluk ni belum lagi dilihat. Haih...Sekarang Undead, makhluk ni dan makhluk gergasi di bekas Pangkalan 2. Makhluk apa lagi kau nak cipta selepas ni, Raph? Kau bercadang nak melawan hukum alam?" Soal Sora sendirian.

"Makhluk tu dah mati?" Soal Sylvia.

"Dah. Kau dah analisis penuh untuk makhluk ni?" Soal Sora pula.

"Dah. Tinggal buat laporan pada Jeneral Micheal nanti." Balas Sylvia.

"Okay. Sekarang, kita balik. Keadaan tak selamat." Arah Sora.

"Alright, aniki." Balas Sylvia.

"What did you say?" Soal Sora dingin.

"Aniki? Why? In yakuza, they call you as aniki. Right?" Soal Sylvia.

SWING!!!

Sylvia terkejut apabila bilah katana berada di lehernya. Dia meneguk air liur. Pandangan Sora saat ni terlalu menakutkan! Seolah-olah seekor serigala yang ingin menamatkan riwayat musuhnya.

"I don't care if you call me liutenant or something like that. But, don't ever call me 'Aniki' again. Only Sakura can call me 'Aniki'. Understand?" Soal Sora dengan nada dingin.

"O-okay.."

"Good. Now, we gonna head back to base and report this to general." Arah Sora lalu memasuki kereta.

"His eyes too scary! Shit!" Kata Sylvia sendirian lalu memasuki kereta.

******************************
So? Amacam dengan bab ni? By the way, aku tak akan update untuk beberapa hari. Maybe tahun depan? Hahaha! Banyak betul event tahun ni.😂

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now