Act 2: It Seem You'll Be Stay Here

1.9K 168 8
                                    

"Macam mana kau boleh tahu?" Soal Aria mencekak pinggang.

"Kejadian lima tahun lalu.." Balas Sora sambil mengelap peluh dengan sehelai tuala bersaiz sederhana.

"Lima tahun lalu? Oh.." Raut wajah Aria terus berubah.

"Kenapa dengan lima tahun lalu?" Soal Sylvia.

"Err..Its really-"

"Just forget what I said, Code 04. You better not to ask about that.." Sampuk Sora dengan nada dingin.

"But-"

"Aria, where is the new model you said to me?" Soal Sora yang tidak memperdulikan  Sylvia.

"In a minutes. You better prepare yourself. Because, this is not an ordinary model." Kata Aria lalu menaip sesuatu.

"Yeah-yeah..Whatever." Balas Sora lalu memasuki satu bilik yang besar.

"Hmph! Berlagak. Sombong. Tak padan dengan taste aku." Kata Sylvia dengan nada yang tidak berpuas hati seraya memeluk tubuh. Aria hanya ketawa sahaja.

"So, kuat sangat si Sora ni? Dan kenapa dia sahaja yang guna senjata jarak dekat?" Soal Sylvia.

"Dia takkan jadi ketua kepada skuad yang digeruni kalau dia tidak kuat, Sylvia. Trust me. He is the strongest Human Weapon Programme. Even I can't beat Sora." Balas Aria sambil tersenyum kelat.

"Baiklah, Sora. Siap sedia dengan kedatangan musuh baru." Kata Aria sambil memegang mikrofon.

"You better show me the good one, Aria.." Balas Sora.

Tangan kiri Sora sentiasa memegang sarung katana. Tetiba pintu di hadapanya terbuka.

Muncul sebuah robot yang sama besar dengan Sorq. Sylvia mengangkat keningnya.

"Really, Aria?" Soal Sylvia.

"Heh, jangan pandang rendah kat aku, Sylvia. Mungkin aku tidak sekuat korang tapi aku yang paling bijak di antara H.W.P." Balas Aria.

"This model look just like the old one, Aria. Maybe you shou-"

Sora tetiba mengelak serangan mengejut! Aria tersengih sinis.

"Old one? This model is totally new, Sora." Balas Aria.

"Okay.."

Robot yang menyerang Sora tadi meluru ke arah lelaki itu sekali lagi!! Sora hanya tenang melihat robot itu datang.

ZZUUUPPP!!

ZZAAPPP!!

Setiap serangan dari robot itu dapat dielak dengan mudah oleh Sora. Sylvia perasan, sesuatu yang tidak kena semasa melihat Sora berlatih.

"Aria, serangan dari robot kau tu dah cukup pantas dan kuat. Takkan dia masih mampu elak dengan selamba?" Soal Sylvia.

"Well, kau nak tahu apa yang membuatkan dia senang mengelak semua serangan tu?" Soal Aria membalas soalan Sylvia. Perempuan itu hanya mengangguk.

"Jawapannya senang, kalau kau, apa kelebihan kau sebagai seorang H.W.P? Aku maksudkan apa yang ada dalam diri kau yang sudah dipertingkatkan?" Soal Aria.

"Mata aku. Sejak aku menjadi seorang H.W.P, aku dapat melihat dengan jauh sehingga lima atau lapan kilometer tanpa menggunakan apa-apa alat bantuan seperti binokular." Balas Sylvia.

"Itu adalah kelebihan kau. Kalau aku pula, aku tidak seberapa kuat. Tapi aku mempunyai IQ yang lebih tinggi sehinggakan aku dapat mencipta sesuatu yang baru. Tapi kalau Sora pula.."

"Kenapa dengan Sora" Soal Sylvia.

"Sora sebenarnya kelebihannya di mata." Jawab Aria.

"Mata? Kalau begitu dia sama juga macam aku."

"Tak Sylvia. Dia tak sama dengan kau. Kalau kau dapat melihat jauh, Sora pula dapat melihat objek yang bergerak laju. Peluru daripada Gatling? Dia dapat lihat. Bayangkan? Gatling adalah senjata yang mempunyai kekuatan dan kelajuan tembakan yang paling laju. Tapi Sora tetap dapat lihat peluru Gatling." Terang Aria.

"Aku tak paham apa kau cakap." Kata Sylvia dengan muka blur. Aria mengeluh.

"Begini, aku bagi kau penjelasan paling singkat. Apa-apa benda yang bergerak laju pada penglihatan Sora, benda itu akan jadi perlahan. Peluru tembakan daripada Gatling tersangat laju. Tetapi pada penglihatan Sora, peluru yang dilepaskan daripada Gatling itu menjadi perlahan." Terang Aria.

"Kiranya, pada radius penglihatan Sora, semua benda yang bergerak laju akan jadi perlahan. Ntahlah, sedangkan aku ni yang bijak pun masih tidak mampu memberi jawapan yang tepat tentang kelebihan Sora."

"Slowmotion. Itulah jawapan setakat ni yang aku boleh beri dekat kau, Sylvia. Penglihatan Sora membolehkan dia melihat benda yang laju bertukar menjadi perlahan." Aria menghabiskan penerangannya.

"Oh. Haih kau ni. Pening pembaca novel ni kau buat. Dengan aku sekali sudah pening dengan penjelasan kau." Sylvia mengeluh.

"Hehehe.." Aria tersengih sahaja.

"Seronok bual pasal aku?" Soal Sora.

"Eh? Macam mana kau tahu?" Soal Aria terkejut.

"Mikrofon tu masih terpasang, Aria. Haih..You're still clumsy like always.." Kata Sora.

Robot ciptaan Aria, sudah pun terbelah kepada beberapa bahagian. Sylvia agak terkejut dengan ketajaman bilah katana milik Sora.

"Tajam betul katana tu." Kata Sylvia.

"Ada lagi model baru kau nak tunjukkan?" Soal Sora.

"Wait a minute.." Tak lama kemudian, keluar sebuah robot yang lebih besar dari Sora.

Lelaki itu hanya mengangguk sahaja dan membuka kekuda. Aria mematikan mikrofon.

"Sora baru gunakan Masamune, Sylvia. Dia belum guna Muramasa dan Musashi." Kata Aria.

"Masamune? Muramasa dan Musashi? Apa maksud kau, Aria?" Soal Sylvia.

"Katana yang Sora pegang sekarang ni dinamakan sebagai Masamune. Dua lagi katana yang berada di sebelah Antares II milik kau tu dinamakan sebagai Muramasa dan Musashi." Balas Aria.

Sylvia mengangguk. Tiga katana milik Sora semua dinamakan dengan nama samurai Jepun.

Robot besar itu cuba menumbuk Sora! Lelaki itu hanya mengelak sedikit lalu melibas Masamune secara menegak!!

KRANG!!

Lengan robot besar itu terbelah dua!! Sora tidak mempersiakan peluang yang ada.

Dia segera berlari menuju ke arah bahagian kaki robot itu lalu membelahnya menjadi dua!! Dia kemudian melompat ke belakang robot itu lalu menikam tepat di dada robot itu!!

Robot itu segera tumbang. Sora menghela nafas. Masamune ditarik dari badan robot itu lalu dimasukkan ke dalam sarung.

Sora berjalan menuju di mana pintu tempat dia masuk. Dari belakang, tetiba robot itu bangkit kembali!!

Sylvia membulatkan matanya apabila robot itu cuba menyerang Sora dari belakang.

Tanpa dapat dilihat oleh mata kasar, secara mengejut kepala robot itu terpisah dari badan!! Robot itu bergegar sebelum kaku.

"How-"

"Leftenan Sylvia!" Seseorang memanggil Sylvia dari belakang.

"Yes?" Soal Sylvia.

"Nampaknya ada beberapa masalah berlaku semasa proses pemindahan bekalan. Leftenan mungkin tidak dapat bertolak esok atau lusa sebab masalah ini perlukan masa berminggu baru siap. Memandangkan pakar kami agaklah kurang." Kata orang itu.

"Hah?!" Sylvia terkejut.

"Jadi macam mana kami nak jalankan misi?!" Soal Sylvia tidak puas hati.

"It seem you'll be stay here for a couple of week." Kata Aria tersenyum kelat.

*************************

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now