Act 12: We Must Make A Strategy

1.1K 130 0
                                    

Skuad Alfa dan Skuad Epsilon pulang ke Pangkalan 1 dengan bahan yang diperlukan dan sisa perajurit yang terselamat. Rata-rata mereka ada yang luka, ada yang tidak sedarkan diri, malah ada yang terputus anggota badan.

Silent Dragon dan Flying Angel mendarat. Askar yang berada di situ bekerjasama mengangkat bahan dan menolong perajurit yang tercerdera.

Aria terus datang ke arah Sora, mengharapkan lelaki itu membawa apa yang diminta olehnya.

Jangkaan Aria tepat. Sora dapat menangkap seekor Undead. Kelihatan makhluk yang bertukar itu sedang diikat dengan rantai besi dan mukanya ditutup dengan kain hitam.

"Wheew! Kau tangkap yang besar, Sora." Tegur Aria.

"Save it for later, Aria. I want you and Sylvia follow me to the General Micheal's room. Now!" Balas Sora serius dan berjalan melimpasi Aria.

"But-?!"

"I said now, Aria. This is important. I'm already told Dean to bring that creature into your lab. No need to worry about your new 'experiment', Aria." Balas Sora sambil menjeling sedikit ke belakang.

Aria mengangguk dan mengeluh sahaja. Dia dan Sora berjalan menuju ke bilik Jeneral Micheal.

"Mana Sylvia?" Soal Aria.

"Dia dah berada di bilik Jeneral Micheal." Balas Sora.

Aria tidak membalas sebaliknya mendiamkan diri. Dia tahu mesti sesuatu yang berlaku. Tidak pun lelaki itu menjumpai sesuatu.

Mereka berdua tiba di bilik Jeneral Micheal. Kelihatan Sylvia dan Jeneral Micheal sudah berada di situ.

"Sora, Aria. Sit down. Sylvia said you have something important to tell me.." Kata Jeneral Micheal.

Sora tidak membalas sebaliknya melempar sesuatu ke atas meja Jeneral Micheal. Pintu bilik ditutup dan dikunci oleh Aria.

"What is this?" Soal Jeneral Micheal.

"Are you blind? Its camera. Next time wear your glasses, old man." Balas Sora laju. Aria segera berpusing dan menutup mulutnya.

Sylvia terkejut bagaimana Sora boleh berkomunikasi secara selamba dengan orang pangkatnya paling tinggi dalam Pangkalan 1.

Urat mula timbul di dahi Jeneral Micheal. Sora hanya berbuat bodoh saja melihat reaksi Jeneral Micheal.

"Yes. Aku tahu itu ialah kamera. Tapi, apa kandungan dalam kamera tu? Boleh beritahu, orang muda?" Soal Jeneral Micheal kegeraman.

"Tekan je punat tu. Jeneral akan nampak apa isi kandungan kamera tu." Balas Sora.

Jeneral Micheal mengeluh. Dia menekan punat kamera dan serentak dengan itu keluar beberapa gambar secara hologram. Jeneral Micheal terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang.

"This.."

"Yup. Tempat asal Pangkalan 2."

"Tempat tu bukan sudah ditinggalkan? Takkanlah masih beroperasi?" Soal Aria terkejut.

"Tempat tu adalah pangkalan bagi pihak musuh. Mungkin Kod 01 berada di sana." Balas Sora serius.

Semua terkejut dengan apa yang Sora katakan. Jeneral Micheal berdiri.

"Kamu pasti Raph berada di sana, Sora?" Soal Jeneral Micheal.

"Mungkin. Lagipun, kalau dia ada di sana, Kod 05 juga pasti berada di sana." Balas Sora.

"Jadi, apa tindakan kau, Sora? Hanya kau seorang yang boleh lawan Raph." Soal Aria.

Sora mengeluh. Dia segera duduk di sebuah kerusi diikuti oleh Aria dan Sylvia.

"Sejujurnya aku tak tahu kalau aku dapat lawan dia, Aria. Lima tahun sudah berlalu. Dia mesti lakukan sesuatu agar badannya dapat dipertingkatkan." Balas Sora.

"Aku boleh tingkatkan lagi kau, Sora. Kau pasti boleh lawan Raph. Selepas apa yang dia buat...Dia mesti dapat balasan!" Kata Aria dengan tegas.

"No need, Aria. Walaupun dia dah dipertingkatkan, titik kelemahan dia tetap berada di tempat yang sama." Balas Sora.

"I don't agree with your plan, Aria. No need to upgrade me. What we must do now is make a strategy." Sambung Sora lagi.

"Aku rasa, tempat asal Pangkalan 3 juga mereka sudah jadikan sebagai pangkalan mereka." Tetiba Sylvia bersuara.

"Kau pasti, Sylvia?" Soal Sora.

"Tak pasti lagi. Cuma andaian aku saja." Balas Sylvia.

"Kamu betul, Sylvia. Mereka telah gunakan tempat asal Pangkalan 3 sebagai pangkalan mereka." Sampuk Jeneral Micheal.

"Eh?" Semua yang berada di dalam bilik itu terkejut.

"But, how?" Soal Aria.

"Look here. Sepatutnya dalam data komputer saya, tempat asal Pangkalan 3 sudah ditamatkan pada 5 tahun yang lalu. Tetapi, dalam kamera litar tertutup saya dapat lihat dua tempat itu berfungsi." Balas Jeneral Micheal.

Mereka semua melihat ke arah komputer milik Jeneral Micheal. Memang betul, dua tempat itu beroperasi.

"Ini, kamera tertutup berdekatan dengan Pangkalan 3. Aku sangka dah tak digunakan." Kata Sora sambil mengusap dagu.

"Walaupun tempat itu sudah ditinggalkan, tak bermakna saya tak pantau tempat itu, Sora." Balas Jeneral Micheal.

"Jeneral, saya perlukan pelan pembangunan bagi tempat asal Pangkalan 2." Pinta Sora.

"Sure. Tapi, kamu nak buat apa dengan pelan pembangunan itu?" Soal Jeneral Micheal.

"Saya perlukan pelan tu untuk rangka strategi untuk serang tempat asal Pangkalan 2. Sylvia, Aria..Aku juga perlukan korang berdua. Jeneral boleh panggil semua ketua pasukan. Kita akan lancarkan serangan ke atas tempat yang ditinggalkan itu." Kata Sora.

"Sure. Tapi bila kamu nak adakan perbincangan strategi?" Soal Jeneral Micheal.

"Esok jam 1000. Hari ni, masih banyak lagi yang menolong penduduk yg tercedera. Jadi, waktu yg sesuai ialah esok. Lagipun, saya dah janji dengan Narumi untuk pulang awal.." Balas Sora.

Jeneral Micheal mengusap janggutnya sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, dia mengangguk.

"Baiklah, kita akan adakan perbincangan pada 1000 esok." Jeneral Micheal memberi kata putus.

Sora mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Aria dan Sylvia hanya memerhati Sora yang keluar tanpa sebarang bicara.

"What a good person.." Kata Jeneral Micheal.

"Narumi bagaikan adik kepada Sora, jeneral. Narumi ialah orang yang istimewa bagi Sora. Selepas Sakura dah tiada. Hanya Narumi saja tempat dia lepaskan rindunya." Balas Aria tersenyum kelat.

"I see.." Jeneral Micheal mengusap janggutnya.

"Saya tak tahu sama ada Raph sudah di pertingkatkan atau tak. Tapi, yang saya tahu walaupun Raph dah pertingkatkan badannya, dia tetap tidak boleh tumpaskan Sora." Kata Aria.

"Kenapa pula?" Soal Sylvia.

"I can't answer you question right now, Sylvia. I'm sorry. But, as you know..Sora such a myterious person. I'm sure he hiding something to fight Raph." Balas Aria.

Sora pula pada masa itu berada di luar bilik Jeneral Micheal. Dia terdengar apa yang mereka bincangkan.

"You right, Aria."

BETWEEN THE CODES[C]Where stories live. Discover now