11

243 21 0
                                    

Perlahan² Jisoo menuruni anak tangga dengan menatang dulang yang berisi bubur Youngjae tadi. Baru sahaja Jisoo ingin menuju ke dapur, Mark tiba² datang entah dari mana menyergah Jisoo. "Oppa!! HAishh! Nasib baik takde sakit jantung tau tak??!" Marah Jisoo.

"Hehe. Sorry². Macam mana Youngjae??" Tanya Mark seraya membuntuti Jisoo ke dapur.

"Tengah mandi" jawab Jisoo pendek. "Ahjumma.. tolong panaskan bubur ni erk? Nanti dah sudah panggil saya.biar saya yang bawak naik atas. Hmm lagi satuu. Youngjae mintak ahjumma masak kentang goreng, yang tu pon nanti biar saya bawak naik yee" kata Jisoo pada pembantu rumah Youngjae. Dia pon tak paham kenapa Youngjae minta dia bawak kentang tu.. tadi kata tak mahu makan. Tak faham betul.

"MANDI??! SERIOUSLY??!" Mark agak terkejut mendengar jawapan Jisoo.

"Lahh dah kenapa pulak nii?? Dia tak pernah mandi ke sebelum ni??" Tanya Jisoo yang sedikit aneh dengan reaksi Mark.

"Takdalahh. Tapi Youngjae tu kalau demam, memang susah sikit nak mandi. Dia lagi selesa lap dengan kain basah jee..  sejuk katanya" terang Mark.

"Yeke?? Senang je saya suruh tadii"

"Hebat betul la awak ni" kata Mark sedikit kagum. Tak sangka gadis didepannya ini baru sahaja merobohkan tembok kedegilan kawan baiknya. Kalau dia la, sampai bertekak dengan Youngjae tu nak suruh makan punya pasal. Tu belum cerita bab mandi lagi.

" takda maknanya. Jackson mana nii?" Tanya Jisoo kerana sejak tadi dia tidak nampak kelibat sahabatnya itu. Takkan dah balik kot.

"Tidur kat ruang tamu. Penat katanya"

"Owhh. Atuk?? Tak nampak pon"

"Ada meeting dengan ahli lembaga pengarah baekjae. Eh! Macam mana awak boleh pujuk Youngjae erk?? Cerita la sikit" desak Mark teruja.

"Ermmm...."

*******
*******

Jisoo memulas tombol pintu itu dengan susah payah. Maklumlah, dulang dah penuh. Tambah kentang goreng lagi. Setelah berjaya membuka pintu, Jisoo masuk dan menutup pintu menggunakan kakinya. Tiba² Jisoo terdengar sesuatu terjatuh.

"CHOI YOUNGJAE!" terkejut Jisoo apabila melihat Youngjae sudah pon jatuh terduduk beberapa langkah dari bilik mandi. Cepat² Jisoo meletakkan dulang yang ditatang ke atas meja berdektan katil Youngjae dan bergegas untuk mendapatkan Youngjae. "Kenapa awak tak tunggu saya?!" Marah Jisoo sambil tangannya merangkul lengan dan pinggang Youngjae dan membantunya untuk bangun lalu memapahnya menuju ke katil.

Setelah duduk di birai katil, Youngjae menjawab soalan Jisoo dengan lemah " awak tu yang lama sangat. Lama tau tak saya tunggu awak. Saya ingat awak dah balik"

Jisoo menggigit bibir bila perasan jam ditangan. Dah setengah jam dia tinggalkan Youngjae, patutlah. "KAn saya dah janji, saya datang balik" Kata Jisoo lembut. Tuala kecil yang dipegang Youngjae diambil, lalu mencangkung menghadap Youngjae. "Sorry ok?? Ni kain apa??"

"Sa.. saya nak.. nak keringkan rambut saya" jawab Youngjae sedikit gagap. Tindakan Jisoo buat dia tak keruan.

"Saya tolong ok??" Tanya Jisoo dan terus mula mengeringkan rambut Youngjae tanpa menunggu balasan darinya. Youngjae yang  mula sesak nafas hanya mampu menelan liur.

First Love  ||| Choi Youngjae fanfic     [COMPLETED ] Where stories live. Discover now