°° SEMINGGU KEMUDIAN °°
Jisoo hanya duduk di birai katil sambil memandang papa nya mengemas baju² nya dan dimasukkan ke dalam beg dengan muka muramnya. Sudah beberapa kali mama dan papa nya mendengar keluhan Jisoo.
"Adik kenapa?? Macam tak suka je nak keluar hospital ni?? Hmm??" Tanya mama Park dengan nada risau. Tangan Jisoo dipegang dan diusap lembut seperti ingin memberikan sedikit kekuatan pada anak bongsunya itu.
Jisoo senyum segaris. "Suka la maa. Adik ok jee. Don't worry"
"Adik jangan risau. Kalau adik tak langgar pantang, dengar nasihat doktor, cepat la baik kaki adik nii. Pastu boleh main kejar² lagi dengan Jackson, Yugyeom dan Bambam" kata papanya berserta tawa dihujung ayat.
"Ceh papa ni! Kesitu pulak" balas Jisoo acah marah. Mr. Park hanya mampu tunjuk gigi.
"Abang ni apa laa. Adik dah ready nak balik?? Kalau dah kita gerak sekarang ok?? Kawan² adik semua dah tunggu kat rumah dengan abang² adik" Tanya Mrs Park lembut.
Wajah muram Jisoo sejak tadi mula kelihatan ceria bila mendengar ayat terakhir Mrs Park. "Semua??"
"Haah. 7 orang kan semua??" Jawab papanya pula.
Jisoo mula tersenyum lebar. "Haa maa, paa. Moh ler balik" kata Jisoo . Dia mula mencapai tangan papanya minta bantuan untuk bangun dan berpindah duduk ke kerusi roda.
"E'eh! Semangat pulak tiba² ni??" Tegur mamanya berserta tawa halus. Jisoo hanya mampu sengih macam kerang busuk.
TUK! TUK! TUK!
Bunyi ketukan menghentikan gerakan mereka bertiga. Satu kepala terjengul di balik pintu.
"Anyeonghasayo. Han Youngdo imnida. Boleh saya jumpa dengan Jisoo sekejap??"
*******
*******"Awak macam mana?? Ok daa??" Tanya Youngdo lembut. Dia mula mengambil tempat di sebelah Jisoo apabila orang tua Jisoo keluar dari bilik itu.
Jisoo hanya melemparkan senyuman manis pada seniornya itu. "Macam yang Sunbae nampak laa. Cacat dah saya. Hahaha" jawab Jisoo dalam nada gurauan.
"Eh! Tak baik cakap macam tuu. Lagipon ni sekejap jee. Alaa berapa bulan jee. Sabar ok??" Pujuk Youngdo
"HAhaha. Saya gurau je la sunbae. Saya ok jee. Don't worry" kata Jisoo dengan senyuman.
Youngdo sudah menggeleng beberapa kali dengan senyuman terukir di bibir. "Hmm. Sebenarnya saya datang ni nak cakap selamat tinggal dekat awak"
"Selamat tinggal??? Why??" Pelik.
"Saya nak pindah dahh. Mungkin akan menetap kat luar negara lepas ni. Eomma saya nak lebarkan sayap perniagaan dia dekat sana. So yup! Saya kena ikut" terang Youngdo lemah. Senyuman hambar terukir di bibirnya.
"Bila sunbae nak pergi??" Tanya Jisoo. Masih terkejut.
"Malam ni. Saya akan terus pergi airport lepas ni."
"Takkan cepat sangat??"
"Kalau boleh saya memang nk duduk lama dekat sini Soo. But i can't. Saya kena gerak sebelum papa Youngjae ubah fikiran" terang Youngdo.
"Papa Youngjae??" Tanya Jisoo pelik.
Youngdo senyum nipis. "Nanti awak tau jugak. Saya kena gerak ni. Dah lambat." Tiba² tubuh Jisoo dipeluk Youngdo. Dek kerana terkejut, Jisoo hanya membekukan diri. "Semoga cepat sembuh. Jaga diri elok²" kata Youngdo setelah pelukan dileraikan.
YOU ARE READING
First Love ||| Choi Youngjae fanfic [COMPLETED ]
FanfictionRasa serba salah, takut, gerun.. itu la apa yg park jisoo rasa bila menerima jelingn tajam dari choi youngjae.. lelaki yg diminatinya dalam diam Semuanya bemula bila sabahat baiknya Jackson Wang membuatkan jisoo tersungkur hampir menyembam ke kaki...