25

154 17 0
                                    

Youngjae dan Jackson hanya memandang langkah kawan² nya bergerak meninggalkan rooftop itu. Youngjae kembali mengeluh buat kesekian kalinya. "Dah la hyung. Bukan salah hyung pon. Perempuan tu yg mental" kata Jackson keras. Tak mahu Yoyngjae terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

"Mesti lepas ni aku dah tak boleh jumpa Jisoo kan Jack?" Kata Youngjae lemah sambil menyepak² batu kecil yang berada betul² di kaki nya.

"Hyung jangan la cakap macam tu. Kita tak boleh nak ramal masa depan hyung. Mana twu Jaebum ngan Jinyoung hyung dah boleh terima hyung. Kita tunggu je ok??" Pujuk Jackson dengan senyuman nipis dibibirnya.

"Aku rindu sangat kt dia Jack. Apa yang patut aku buat untuk bagi Jaebum dengan Jinyoung terima aku?? Aa.. aku buntu!" Bentak Youngjae keras. Batu yang tadi dimain terus disepak setelah menghabiskan ayat terakhir.

Jackson pejam mata rapat setelah mendengar ayat pertama dari Youngjae. Air liur yang ditelan terasa seakan pasir kasar. Nafas ditarik dan dihembus sebelum membalas ayat Youngjae. "Sabar hyung. Saya yakin semuanya akan ok"

Youngjae senyum segaris mendengar balasan Jackson. 'Harap begitu laa'. Dari ekor mata, kelihatan Jackson bangun dari duduknya. Bahu Youngjae ditepuk lembut. "Saya gerak dulu hyung. Jangan fikir banyak sangat ok. Saya tak nak la hyung stress sebab benda ni". Kata Jackson sebelum melangkah pergi.

"Eh Jack!" Panggilan dari Youngjae membuatkan langkah Jackson terhenti. Badan dipusing menghadap Youngjae dengan kening diangkat sebagai isyarat. " bukan kau cakap ada benda nak cakap dengan aku??" Tanya Youngjae bila teringat Jackson sempat memanggil-manggil namanya tika dia sibuk mengejar Min-ah tadi.

Jackson kelihatan agak terkejut dengsn soalan yang diaju Youngjae. Jackson mula terdiam sedetik, dua detik. "Jack~~???" Panggil Youngjae.

"Ha?! Owh! Tak da apa la hyung. Saya saja nak burak² dengan hyung, kebetulan kelas saya memang free tadi. Tak sangka pulak hyung tengah rush" Jawab Jackson dengan sengihan.

"Owh~~~~ ingatkan ada hal penting"

"Hehehe. Takda lah. Ok hyung saya gerak dulu yaaaaa"

*******
*******

Jaebum, Jinyoung, Bambam dan Yugyeom setia menunggu Jackson di lobi utama untuk pulang bersama² seperti biasa. "Mana Seunie ni?! Dah 10 minit dah tunggu. Budak kelas dia pon semua dah keluar" rungut Jinyoung.

"Itu lah pasal. Hyung nak kitorang pergi tengok kelas dia tak?? Mana twu dia tertidur kee??" Kata Bambam.

"Tak payah! Tu. Tanya yeoja tu. Dia satu kelas dengan Jackson kan??" Halang Jaebum sambil memuncungkan mulutnya ke satu arah. Mereka bertiga terus memusingkan kepala mengikut arah muncung Jaebum.

"O! Mimi sunbaenim!!" Panggil Yugyeom. "Sunbae ada nampak Jackson hyung?? Kitorang tunggu dia dari tadi tak muncul² pon" soalan terus diaju setelah mimi datang mendekat.

"Lahh dia takda inform korang ke?? Dia dah balik dulu rasanya. Dia keluar kelas 10 minit awal tadi." Jelas Mimi.

"Kenapa dia keluar awal??" Tanya Jaebum pelik.

"Ntah! Alahhh lagipon tadi memang kelas free. Mungkin dia bosan la kot. Harini memang banyak waktu free." Terang Mimi lagi sekali dengan teorinya.

"Owhh yela. Mungkin juga tu. Terima kasih ya sunbaenim. Maaf la mengganggu. Hehehe" kata Bambam ramah.

"No problem. Bye!" Balas Mimi sambil melambai ke arah 4 jejaka tampan itu sebelum beredar.

First Love  ||| Choi Youngjae fanfic     [COMPLETED ] Where stories live. Discover now