1 Tahun Kemudian~
Jam di pergelangan tangan dikerling. Langkahnya laju diatur menuju ke Jeguk High. "Im Dead!" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut nya ketika itu.
Tali leher yang elok terletak dilehernya ditanggalkan. Dua butang teratas dibuka. Panas. Masuk sahaja di Jeguk High, matanya mula meliar mencari seseorang. "Where's she??" Soalnya sendiri.
"Youngjae hyung!!" Kelihatan Bambam dari jauh melambai-lambaikan tangannya sambil berlari ke arah Youngjae.
"Haa hey Bam!" Balas Youngjae dengan nafas yang termengah-mengah. Keringat yang mengalir di dahi dan mukanya diseka lembut.
"Hyung! Bukan patutnya hyung ada interview ea harini??" Soal Bambam.
"Yee. Baru balik la ni. Kau ada nampak Jisoo tak??" Soal Youngjae.
"Jisoo Noona?? Takda la hyung. Saya baru je abis meeting club ni. Sekolah pon nak kosong dahh." Balas Bambam.
"Haa ok x pe laa. Ni pegang ni. Ni sekali. Nanti aku datang rumah kau ambik. Bye!" Youngjae ters berlari meninggalkan Bambam yang terpinga-pinga selepas menyerahkan fail dan tali lehernya pada Bambam.
"Hy--hyung!! Eiii pelek-pelek orang bercinta ni la!"
*******
*******Matanya mula melilau disetiap kelas. Sesampainya di kelas Jisoo, kaki Youngjae berhenti melangkah. Matanya mula menangkap susuk tubuh kekasihnya. Bibirnya menguntum senyum melihat ayat² yang dilakar Jisoo di papan putih.
I HATE YKU CHOI YOUNGJAE
YOUNGJAE YOU DEVIL!!
URGHH!
I miss you❤️
Jam di pergelangan tangan kembali dijeling. Dua jam dia lambat, memang patut la pon Jisoo marah. Park Jisoo yang masih tidak sedar akan kehadiran Youngjae hanya berdiri menghadap papan putih.
Perlahan-lahan kaki Youngjae melangkah menghampiri Jisoo. Tubuh Jisoo dipeluk dari belakang. Terasa oleh Youngjae tubuh Jisoo sedikit terangkat akibat terkejut. Pen marker di tangan Jisoo dicapai Youngjae sementara sebelah lagi tangan masih memeluk Jisoo. Tulisan kecil 'I miss you' yang ditulis Jisoo dibulatkan dengan bentuk love.
"I miss you too" bisik Youngjae lembut di telinga Jisoo sebelum mencium lembut pipi kekasihnya. Tubuh Jisoo dipusingkan menghadapnya. "I'm sorry"
"Two hours Youngjae. Two hour! Dah la call pon tak angkat" Dari nada suara suara, Youngjae tau Jisoo sedang merajuk.
"Battery phone saya mati. Interview habis lambat. Lepastu nak datang sini tadi jalan jam. Saya terpaksa lari tau nak jumpa awak kat sini. Sorry ok??" Kedua tangan Jisoo dicapai dan diusap lembut dengan harapan dapat menyejuk kan hati buah hatinya itu.
Jisoo menghembus nafas berat sebelum matanya menjeling Youngjae. Tangan yang berada dalam genggaman Youngjae ditarik lembut. "Whatever laa. Jom balik. Saya dah takda mood nak keluar. Theater tu pon nak habis dah lagi setengah jam. Ni ambil tiket ni. Simpan letak dalam frame" Kata Jisoo dalam nada perlian. Dua keping tiket pementasan theater diserahkan pada Youngjae.
Dua bulan Jisoo tunggu untuk tonton pementasan theater tu bersama Youngjae. Tetapi sekarang penantiannya sia-sia. Haih! Satu keluhan berat dilepaskan. Nak salahkan buah hatinya pon tak boleh jugak. Mereka pon tak sangka yang tarikh temuduga kemasukan Youngjae ke University akan jatuh pada hari yang sama dengan tarikh pementasan theater itu.
YOU ARE READING
First Love ||| Choi Youngjae fanfic [COMPLETED ]
FanfictionRasa serba salah, takut, gerun.. itu la apa yg park jisoo rasa bila menerima jelingn tajam dari choi youngjae.. lelaki yg diminatinya dalam diam Semuanya bemula bila sabahat baiknya Jackson Wang membuatkan jisoo tersungkur hampir menyembam ke kaki...