Aku bangun dari tidur dan terlepas solat Asar. Member aku ni semua macam haram. Tengok sekarang dah dapat dosa kuasa dua, tak solat, mencarut. Aku lekas ke kamar mandi. Sebaik sahaja lepas solat Isyak, aku turun untuk bersiar dengan Wardah. Aku dan dia seperti pinang dibelah dua atau isi dan kuku. Bodynya sexy dan mantap sampai pernah aku tidur bersamanya. Jangan fikir bukan bukan. Wardah ialah nama manja motor aku. Kenapa aku pilih nama Wardah? Suka hati aku lah.
"Alan, nak gi mane?" Iman bersuara. Lagi seorang member unik aku. Di kalangan kami, dia lah paling unik. Uniknya ialah, Iman sahaja nama melayu di antara kami. Iman Iskandar ni matang orangnya. Matang dari segi wajah. Bermisai nipis dan berambut kemas. Tetapi setan juga dia ni. Muka seperti bidadari tetapi belatar belakangkan syaitanirojim. Kami berempat sahabat sejati, best friend forever, jatuh bangun, disaat ku senang datang kau menumpang tenang. Apa aku merepek ni. Aku menyarung leather jacket hitam aku. "Aku nak gi keluar dengan Wardah." "Malam ni jadi tak?" Iman tanya dengan muka tak sabar "ye jadi, pukul 12 pagi. Jangan tidur pulak." Luke dan Mike berbalas pandangan gembira tak terkata.
Malam Sabtu yang dingin. Aku kemaskan rambut sebelum memakai helmet. Oh Wardah, makin cantik kau lepas mandi. Aku usap Honda CBR motorbike Black Matte ku. Angin sepoi sepoi bahasa dan malam yang cerah dihiasi bulan penuh. Aku nak ke Andalusia, kafe tempat aku lepak luangkan masa bersendirian. Dari pagi aku dah sibuk dengan study dan sukan sampailah ke isyak. Daily routine aku. Tapi kalau aku ada masa terluang duduk melangut, aku ke Andalusia, tak pun buat kerja jahat. Malam ni aku ada plan dengan 4 serangkai tu. Sebelum buat kerja kena bersiap siaga lepaskan stress dulu.
Loceng berbunyi setelah aku melangkah masuk. "Kai macam biasa." Khairul, barista yang pantas dan cekap serta cool. Dia tua setahun dari aku. "Ok Alan dah siap" Memandangkan malam semakin lewat, manusia di Andalusia pun semakin berkurangan. Khairul datang sambil memberikanku secawan latte. "Lama tak nampak kau kat sini." "Aku sibuk lately ni. Awal tahun SPM kan. Rushing sikit." Khairul mengangguk. "Aku nak tanya sikit. Sini ada kerja kosong tak?" "Ada, tapi part time barista, bukan full time." Asalkan dapat sesuap nasi pun jadilah. "Cun. Nanti aku mintak." Khairul buat muka pelik yang hodoh. "Asal kau tetiba nak kerja ni?" "Aku tak.." Belum sempat aku nak habis ayat tiba tiba sorang awek ni jerkah. "Abang Kai! Macam biasa." Eh minah ni, curi ayat aku. Sibuk je.
"Ok jap Rose." Khairul terus bangun dari tempat duduknya. Alamak, kau dah kenapa minah cun. Potong line aku nak sembang dengan Kai. Gadis ni fesyen ala ala grunge. Baju merah hitam kotak kotak, ripped jeans, kasut checkerboard vans, rambut hitam ke merah, dan cincin hitam di jari tengah. Tak pernah pulak aku jumpa gadis macam ni. Unik. Aku suka. Muka matang, mungkin tua dari aku. Well love is not about age right? Minah ni duduk tak senang. Kelihatan rimas. Dia mengeluarkan seputung rokok dari kotak. Lama dia perhatikan rokok tu, tapi dia buang. Sayang. Derma lah kat aku. Khairul berikan air yang dipesan oleh Rose. Aku dengar perbualan mereka yang tak jauh dari tempat aku. "Kenapa ni Rose?" "Tak ada apa lah." "Cerita lah mana tau.." "Tak ada apa apa lah!" Rose jerkah sambil hirup air yang panas. Kemudian usap bibir dia yang sedikit melecur dan kemerah merahan. "Hmm, abang nak kenalkan member abang, tu Azlan." Shit jangan tunding kat aku!
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...