Hari demi hari aku lihat Rose semakin selesa berada di rumah halaman ku. Hari ni hari terakhir kami bersama di Kedah. Aku tak sangka tempat aku membesar di rumah ni, hadir seorang perempuan yang aku suka. Serumah pula tu. Aku ketawa kecil. Aku teringat lagi, Rose dan aku tidur lewat sebab tengok tv cerita Spongebob Squarepants dan borak tentang Barbie. Aku rasa kejantanan aku hilang. Tapi masa tu mood Rose kurang baik. Jadi aku layankan je la. Entah apa banyak betul dia celoteh tapi yang aku ingat Barbie Mariposa. Sebab nama tu kelakar nak mampus sampai aku tak berhenti gelak keesokkannya.
Dan satu lagi peristiwa yang pahit seperti sayur sebab aku tak suka sayur, Rose keletihan sampai tersalah bilik. Aku nak salin pakaian untuk mandi pada lewat malam sebab aku tengok bola. Sebelum tu aku lihat Rose sedang di duduk di sofa sambil menongkat dagunya menonton televisyen. Matanya layu dan aku suruh dia masuk ke bilik. Tak sangka pula dia termasuk bilik aku. Dia buka pintu dan ternampak aku dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar. Hanya boxer merah bergambar Lightning McQueen. Rose terus berlari ke biliknya. Kejadian tu kelakar dan malu pada masa yang sama.
Rose pandai ambil hati ibu aku. Dia reti membuat kuih, menggubah bunga dan menyakat aku. Kalau dia panggil aku baby lagi, aku merajuk. Ini kali ke 189 dia panggil aku baby. Berani buat la lagi sampai cecah 190 kali. Kami mengucapkan selamat tinggal pada ibu dan terus ke Kuala Lumpur. Tinggal satu hari untuk aku berehat sepuasnya dan melepaskan tekanan dalam fikiran sebelum bermula persekolahan. Selepas ke Andalusia, aku ke asrama untuk berehat. Aku lihat kasut di luar pintu bersepah. Aik. Dah balik ke dia orang semua. Aku curi dengar perbualan mereka di dalam.
"Kau beli tak baju kat Melaka tu?" Suara Iman. "Dak, dah hang suruh save duit aku tak pi beli la." "Kau tu tengok benda kat sana semua kau nak rembat. Tu pun nasib baik aku suruh save. Kalau tak esok tu aku dengan Iman pegi fun fair tanpa kau." "Weh tapi kan ada marka cun aku nampak. Comei ja ayu ja. Dia senyum kat aku sial!" "Kau pun dah nak jadi macam Alan ke?" Soal Iman. Aku ketuk pintu dan berikan salam. Seolah olah aku tak dengar perbualan sebentar tadi. "Awalnya korang balik." Aku soal penuh gembira disebalik duka. Tak sangka mereka bercuti tanpa aku. Aku rasa dikhianati. "Ha Lan, haha hai." Ujar Iman. Luke dan Mike hanya bermain kad uno dan senyum pada aku. Aku tak tahan lagi.
"Asal ni?" "Asal apa?" Mike buat muka pelik yang tak nampak pelik langsung, malah muka jijik. "Asal macam tak ngam ngan aku dah?" "Apa kau cakap ni?" "Aku rasa kena betray dengan member aku sendiri." Aku buat muka selamba. "Aku still tak paham apa kau cakap." "Kau ingat aku bodoh tak tau pasal korang vacation tanpa aku?" Lantas Iman bangun dari katilnya. "Habis kau ingat kita orang tak rasa betray pasal kau ada awek? Kau dah janji Lan. Kau lagi teruk daripada kita orang. Kau sama macam Ash." Luke tunding jari pada aku. Aku diam sejenak. Aku dah agak memang ada udang disebalik batu. Aku tak tau macam mana diorang track aku. Send spy ke? "Kau tak tahu cerita jangan sembang lebat! Aku dengan perempuan tu kawan. Bukan couple pun. Perjanjian kita tak boleh ada awek, masalahnya aku dah mengaku yang dia tu member aku jugak!"
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...