Hari ni cuti umum, jadi ibu ajak Rose bermalam di rumah kami. Lepas aku keluar bilik, Rose dan ibu sedang bersembang di hadapan tv. Tengok cerita Upin Ipin. Nampak sangat tak tengok tv. Aku ambil peluang ni untuk tukar channel. Ibu bangun dari sofa dan menuju ke bilik. "Ibu nak tidur dah?" "Ye, nanti bangun subuh." Aku tukar channel movie. Dah bosan tengok drama melayu. Ending semua sama je. Sambil aku usha satu persatu movie yang aku nak tengok, Rose bersuara. "You! Jom tengok cerita tu!" "Cerita apa ni?" "Rapunzel! I suka Rapunzel! Pleasee tengok!!" Rose geram. Aku layankan jela walaupun macho aku dah lama hilang sejak ibu aku panggil baby di hadapan Rose.
Rose baring bersebelahan aku di hadapan tv. "Ape benda Rapunzel ni?" "You tak tau?" Aku menggelengkan kepala. "Yang i tau Barbie Mariposa yang you cerita, dan Frozen sebab i suka Anna. Sorry you, i suka Rose, Wardah dan Anna." Rose duduk. "Wardah?!" "Yeah she's sexy i could stare her all day!" Rose menjengkilkan biji matanya membuatkan aku cuak. "Nama motor i lah hehe." Rose menghela nafas panjang dan tampar lengan aku. Hey, lengan ni yang selamatkan orang tahu tak, suka hati je tampar. Rose baring semula dan kami menonton movie Rapunzel bersama. "Rose, will you be my Rapunzel?" Aku lihat wajah dia. "I'd love to, please be my Flynn Rider." Aku mengangguk perlahan dan senyum pada Rose.
Aku suka Rose sebab dia jadi diri sendiri. Dia tak perlu acah ayu. Kali pertama aku jumpa dia pun aku terkejut yang dia bahasakan diri 'kau aku'. Kali pertama aku jumpa dia, dia tak berpakaian ikut trend, atau berpakaian keperempuanan. Kali pertama aku jumpa dia, dia ialah seorang skater, penunggang scrambler motocross, awek Vans, football fans. Jarang aku jumpa perempuan berperangai semua tu. Aku suka unik. Jadi aku tertarik pada Rose. Dia cantik dan tak perlu make up tebal. Rose caring, dia tak berhenti bagi semangat untuk aku bekerja. Rose garang, dia lawan cakap Sofia. And Rose childish. Kebudakkan ni buat aku lagi suka pada dia. Sebab Rose berperangai comel! Pernah suatu ketika masa aku dan Rose sedang berjalan. Rose berhenti di sebelah truck besar bewarna biru dan merah. Aku merapati Rose. Dia sedang bercakap dengan truck tu, "I know you're hiding Optimus Prime!"
"Zack, you berangan apa?" Rose baring melintang menghadapku. "Pasal kita." "What's on your mind?" Rose menyoal "What place you really wanna go?" "Disneyland!" Oh of course tempat budak budak tu hahaha. "I usahakan." Aku beritahu dia. "Betul? Okay we'll see." Perjalanan hidupku sebagai seorang remaja 18 tahun berjalan seperti biasa dengan suka duka bersama orang yang aku sayang. Sehinggalah umur aku meningkat ke 25 tahun. Aku masih sayang orang yang sama. Kini, seorang daripada Bros sudah berkahwin iaitu Iman. Bagus dia dah kahwin, aku ingat aku akan jadi driver dia dan Iman berkahwin dengan Rose. Tak sangka betul Iman akan berumahtangga dahulu sebelum kami. Iman seorang yang paling low self esteem dalam bab bercinta atau kahwin. Kalau dulu masa sekolah menengah, waktu pendidikan Islam, Ustaz Syafi sentuh bab kahwin je mulalah Iman ajak aku ponteng kelas.
Mike dah mempunyai bisnes sendiri, ikut jejak ayahnya. Mike jadi CEO di syarikatnya. Kalau dulu aku tak halang dia daripada kerja dadah, mesti sekarang dia tak berjaya. Mike tak lekang berjumpa dengan aku dan bantu aku dari segi kewangan dalam pekerjaan di bengkel Anep dulu sebab dia nak hutang budi. Luke pula jadi traveler. Habis SPM, dia mula jadi backpacker dan travel dalam negeri. Sebab dia minat untuk teroka negara dan negeri, Luke menjadi seorang peragawan. Kini satu Malaysia dia dah teroka termasuk Sabah dan Sarawak. Luke beritahu aku yang dia akan ke Filipina hujung tahun ni. Anak orang kaya boleh la. Ibu pula dah berjaya buka satu lagi cawangan kedai bunganya di Kuala Lumpur. Katanya dia buka di KL sebab nak pegi shopping di KLCC selalu.
Rose pula akan menamatkan pelajarannya. Aku tumpang gembira sebab dia berjaya dalam pelajaran dalam bidang yang dia minat. Tak lama lagi dia akan jadi wartawan, atau translator bahasa Spanish, atau chef pastri. Rose minat semua tu tapi dia tak pasti dengan cita citanya. Apa pun aku harap dia berjaya dunia akhirat. Oh tak lupa juga. Rambut Rose yang dulu hitam ke kemerahan yang panjang kini dah bertukar hairstyle rambut pendek, style V atau Bob haircut. Sangat comel. Aku? Aku dah berhijrah dari bengkel kecil Anep yang kini dah extend besar, kepada bekerja di syarikat BMW. Aku ingat ada diskaun pekerja dapat beli BMW harga murah sikit. Podah. Tapi aku bersyukur aku dapat tambah duit poket keluarga aku.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...