Aku Azlan, pomen di bengkel lokal yang sudah berjaya. Dan sekarang, aku bekerja di Syarikat BMW. Bukan nak riak tapi aku bagi teladan kepada anak muda untuk berusaha. Disebabkan aku mempunyai muka ganas dan parut di hujung kening sebelah kiri akibat jatuh motor, maka ramai yang kurang senang nak berkawan dengan aku. Mahupun pandang aku macam aku dah bunuh budak kecil atau orang tua, terus kecut perut lari lintang pukang, takut aku makan dia orang. Pada hal aku mat jambu suka hias bunga. Ini kenyataan, ibu aku penghias bunga, jadi anak tunggal yang macho ni lah hero untuk tolongnya.
Aku tak adalah nak kata sweet talker tapi manis tu ada. Maksud aku, manis tu kulit aku hitam manis ala ala maskulin gitu. Aku ada mix orang putih sikit, jadi aku lebih tinggi daripada lelaki melayu di Malaysia ni, 180cm. Ramai orang kata aku 'sembang' lah 'kencing' lah, nak aku tunjuk DNA aku ke? Aku bersyukur lah dapat tinggi ala mat salleh daripada kulit putih melepak. Putih nampak pondan bagi aku. Ramai member perempuan aku kata, aku ada iras Santiago Segura. Nak tak nak kena lah bagi signature aku kat dia orang. Penat juga lah jadi artis ni. Aku nak flasback sikit pengalaman aku sebelum berjaya bukan ke menara gading, tapi syarikat BMW. Aku berjaya atas sokongan seseorang. Seorang yang ganas, sedikit berperangai seperti lelaki tapi hati lembut seperti tisu. Kini, dia bergelar isteriku.
17 tahun yang lepas, akhir tahun aku untuk berkinja dan belajar pada masa yang sama di SMK St. Winston. Aku tinggal di asrama bersama 4 orang member yang berperangai setan tapi utamakan yang wajib. "Hang pikir apa Lan? Lek la SPM lambat lagi nuh." Mike tiba tiba bersuara. Nama diberi Muhammad Mikael. Tapi anak kelahiran Kedah ni mengada mahukan panggilan manjanya Mike. Konon nampak mat salleh juga macam aku. Tingginya paras telinga aku, kulit putih, suka membahan tak kira jantina. Disebabkan dia kira macho jugalah, ramai perempuan gilakan dia, tapi dia dilahirkan untuk enjoy bersama member. Tagline kami 'Bros before ladies.' "Aku lapar la Mike, tengah pikir nak makan ape." Aku jeling dia. Tak kuasa nak layan manusia di tengah hari terik ni.
"Jom lah pi kantin, depa semua kat kantin dah" "Aku malas lah, kau tolong belikan untuk aku boleh? Aku nak rehat jap, penat tadi main futsal." Mike bersiap untuk tolong aku. Terima kasih hadir dalam hidupku Mike. "Belikan aku karipap sardin. Kalau takde aku nak donut. Kalau takde jugak, ahh kau beli lah apa apa." Aku tutup muka dengan bantal. Penat sangat. Dalam 2 jam jugalah aku tunggu Si Mike ni. Kau ni beli kuih ke jual kuih. Jangan sampai aku tarik balik terima kasih aku kat kau Mike. Dalam sabar menunggu, Luke masuk bilik. Luqman Affendi. Semua member aku manja manja orangnya. Tapi Luke ni memang ibu bapanya panggil Luke. Ramai jugalah yang tak puas hati kat kami sebab bertuah dapat nama nama mat salleh. Bertuah apa nya, kau boleh je kan tukar nama kau Rogayah jadi Rock Gayah sebagai nama samaran.
Luke ni baik orangnya. Nerd gitu. Pakaian budak budak old school. Aku minat jugalah fesyen dia. Zaman sekarang ni jarang orang pakai tak ikut trend, aku salute kau Luke kerana kembalikan zaman 90-an omputih. "Sorry Alan, Mike terlupa nak deliver kat kau. Dia suruh aku hantarkan sebab takut kau pukul dia." Aku dah hilang selera 2 jam yang lepas Mike, kau nak aku kebulur ni. "Letak lah situ nanti aku makan." "Kau asal ni? Demam ke?" Luke menyoal siasat. "Aku ok. Dah ah nak tidur. Nanti kejutkan aku solat Asar."
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Genç KurguBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...