Tanam Anggur

24 2 0
                                    

3 hari berlalu. Tangan aku beransur pulih tetapi masih lagi terasa sakit kalau tangan aku bergerak terlalu banyak. Tapi aku tetap mahu bekerja. Jadi Anep berikan tugas ringan untuk aku sebab aku guna sebelah tangan sahaja. Aku tak putus asa untuk cari duit demi ibu. Kami bukan orang susah, bukan orang senang. Kehidupan sederhana kadang kadang susah kadang kadang senang. Jadi aku perlu sediakan duit sebelum hujan kalau ada musibah datang pada family aku. Tiap hari Rose datang bawa bekal untuk aku. Aku naik segan juga lah pekerja sini makin sakat aku. Tapi alasan Rose 'ibu suruh.'

Kadang kadang buat kerja mekanik ni susah bagi aku lagi lagi hanya menggunakan sebelah tangan. Tula Azlan Zachary, dulu kemain riak kata kerja ni kacang. Kan dah dapat azab. Hari demi hari aku semakin malas bekerja. Aku rasa aku penat sangat bila balik. Entah bila nak sembuh tangan aku ni pun entah la. 2 minggu selepas tu aku dah fedup untuk berhenti kerja buat sementara waktu sebab aku dah penat dengan pressure tangan aku ni. Walaupun aku minat, tapi aku rasa makin lama makin malas. Tambah pula cuti lepas SPM ni. Aku tanam anggur je. Siapa yang faham tu bagus.

Dah nak habis bulan 12. Rose perlu pulang ke KL. Rose bergerak solo ke rumahnya tanpa aku. Rose tak benarkan aku hantar dia pulang. Jadi aku mengucapkan selamat tinggal dari rumahku saja. Rose berjanji dengan aku setiap malam dia akan mesej. Tapi mesej bagi aku tak sama seperti kehadiran dia dalam rumah ni. Dia baru keluar dari kampung aku and i miss her already. Hidup aku tak seceria dahulu. Ibu dan Rose selalu sakat aku, Rose teman aku tengok cerita Spongebob Squarepants, kami lepak di warung Pac Man, teman Rose main basikal dan dengar dia berceramah kat aku kalau aku degil. Aku memang sengaja degil, tunjuk keras kepala sebab aku nak tengok dia caring atau tidak

Bukan selalu ok aku manja. Itu gedik namanya, bukan clingy. Hari demi hari selepas aku berhenti kerja, aku rasa macam nak buat semua benda malas. Mandi malas, makan malas, bangun malas, nak gerak jari pun alahai malas. Beban aku kena pikul, sakit aku, dan rindu aku. Aku sekarang jarang hantar ibu ke kedainya. Aku spend time duduk di rumah, tidur. 2 bulan juga aku macam ni. Tak bersemangat dan tak ceria. Sampai aku sendiri tak perasan aku dah ada sedikit jambang dan misai nipis. Rambut hitam keperangan aku semakin tebal sehingga hampir paras telinga.

Aku terlalu leka dengan hiburan duniawi sehingga lupa untuk apply kolej. Maka aku perlu tunggu tahun depan untuk apply semula. Kolej aku ditawarkan semua aku tak minat jadi aku tolak. So aku habiskan umur 18 tahun aku dengan menganggur. Tiap malam Rose menasihat aku supaya usaha tapi aku dah jemu kena ceramah. I need you here Rose. Ibu dah penat berpe'el kat aku untuk cari kerja. Jangan lah paksa aku semua dah aku malas nak buat macam mana.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now