Fun Fair

30 4 0
                                    

Pagi Rabu. Aku ke sekolah bersama member aku yang manja lagikan kacak. Especially Mike yang suka acah macho. Padahal ini sekolah lelaki. Kau nak mengorat siapa. Kau jangan Mike, Nabi tak mengaku umat tau. Aku kerja di Andalusia cuma weekend sahaja. Part time barista dan gaji aku 300 sebulan. Cukup untuk aku belanja dan selebihnya untuk ibu yang comel.

"Weh, aku ada port nak tunjuk korang. Baik punya." Iman bersuara. "Man, aku jahat, jahat jugak. Tapi takmau la libatkan anak dara oqang." Mike mencelah. "Kepala kau. Aku waras lagi nak buat benda tu. malam ni ikut aku. Gempak weh tempat tu." "Kalau pasal port Iman, mesti gempak. Aku on je." Aku membalas. Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan aku. Kalau pasal port, Iman adalah orang yang terer. Penah sekali tu, kami cuti akhir tahun tingkatan 4. Kami berempat pergi mandi manda di air terjun. Lepas mandi, kami berpicnic, tapi Iman ambil keputusan untuk menerokai hutan. Nasib baik la waktu pagi. Aku pun berani, tapi takdela teroka hutan sorang diri.

1 jam juga kami tunggu Iman. Lepas tu aku nampak Iman lari lintang pukang ke arah kami. Aku dah kecut perut nak pakai pakaian semua. Mike lagi lah melatah "Tok hang hijau!" Kelakar juga dia melatah sambil terjun dalam air. "Weh! Aku nak tunjuk s-something ni! Gempak gila." Iman kurang nafas. "Tak nak aku ikut kau, dah la lari macam nampak harimau." Luke membantah. "Jom ah! Confirm mata tak berkelip." "Kau bagi tau je lah apa." Aku pun takut sebenarnya. "Tak nak ikut takpe engko yang rugi." "Ok ah aku ikut. Bukan macam lembik dua ekor ni." Mike lap rambutnya. Pantang betul orang kata aku lembik. Aku penah tangkap ular tau tak, cuma malas nak riak yang aku ni hero kampung.

Setelah semua bersetuju, kami mengekori Iman dari belakang. "Ta-daa!" Iman put his both hands wide open. Aku nampak, abandoned amusement park. Walaupun tapak ini gelap tanpa cahaya lampu, tapi masih cantik dengan permainannya. Nasib tak ada rumah hantu di sini. Kami berempat terkesima dengan kecantikkan di situ. Berempat? Eh mana Iman? Iman hilang dari radar. Tiba tiba, bunyi mesin berdekatan kami kedengaran. Iman menghidupkan lampu yang ada di situ. Rantai lampu yang panjang bercahaya berwarna kuning di sekitar papan tanda Roller Coaster. I am so amazed. "Cantik sial! Lip lap lip lap hat kuda pusing pusing tu! Aku nak pi naik boleh dak?" Mike lari ke arah Merry-Go-Round. Hanya lampu sahaja yang hidup di situ. Permainan masih tidak berfungsi.

Itulah Iman, dia memang handal bab tempat menarik. Mike pula pandai bab tempat makanan sedap. Luke, barang murah. Barang murah maksud aku barang yang murah, bukan perempuan murah. Aku? Aku masih lagi mencari keistimewaan aku. Mungkin aku handal bab repair sahaja. Kami masuk ke kawasan sekolah dengan berlagak. Takdelah gurau. Sama sahaja seperti budak lain. Cuma kami naik motor, nampak bergaya.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now