Dalam dorm. Aku dan Mike ulang kaji sementara Luke dan Iman tolong bungkuskan makanan. Aku dah merajuk dengan Mike sebab tak boleh harap. "Weh Alan, hang anak emas cikgu Azra kan. Ajaq aku sat bab sabun ni." Cikgu Azra cikgu Sains kami. Hensem, kacak dan kemas tapi malangnya, tangan patah. Maksud aku pondan. "Aku elok lagi anak emas, kau anak ikan dia. Hahaha" Mike tumbuk aku di lengan. Aku ajar dia seratus tiga puluh lapan kali tapi masih bengap. Naik malas aku. Nasiblah kawan sehidup semati. Phone aku berbunyi Twit Twit.
@RoseHelena: Zack
Aik ni minah Vans ke? Sedap nama adinda, Rose Helena. Mana dia dapat twitter aku ni.
@Zachazlan: hi Rose. Mcm mna u dpt twttr i?
@RoseHelena: Khairul bagi.
Sejak bila pulak Kai ada twitter. Oh maybe masa aku tunjuk video kucing kt twitter ni kat dia kut. Kai pecinta kucing.
@Zachazlan: oic, kenapa msj i?
@RoseHelena: u free esok?
@RoseHelena: maksud aku. Kau free esok?Aku diamkan tawaku. Takut Mike perasan. Iman bagi tau aku dia punya plan hari Jumaat malam. Jadi esok Rabu, aku free lah
@Zachazlan: Free. Why?
@RoseHelena: grab a coffee? Andalusia.
@Zachazlan: sure y not.
@RoseHelena: gr8 tmrw 4pm.
@Zachazlan: okay cya! (emoji kacak)
Bodoh, dia seen je aku. Dasar perempuan tak reply apa apa! At least reply la emoji ke, 'K' ke aku terima lagi. Sakit hati betul orang seen ni. "Lan... Azlan!" "Ha ye! Apa kau nak?!" "Awat hang ni. Macam oqang broken ja marah aku ni." "Eh mana ada, mak aku ni haa suruh aku balik cuti minggu depan." Shit. Aku gelabah. "Takkan tu pun hang nak marah?" "Dia paksa aku balik tapi aku tak nak sebab nanti nak pack barang, sampai sana pack barang, baik aku study je kat sini. Buang masa lah." Aku cuba tipu. "Ikut hang lah."
Luke dan Iman muncul di depan pintu. "Ayaq aku mana? Haus ni." Mike berlari ke arah mereka berdua. "Study lagi ke? Dah ah tu. jom main truth or dare." Luke bersuara di dalam bulatan kami. Dia ambil pensil dan letakkan di tengah tengah bulatan. Sasaran pensil terkena pada Mike. "Aku pilih dare." Memandangkan sekarang Mike hanya memakai boxer. "Kau jalan selamba satu dorm ni pakai boxer." "Apa? Tu je? Kacang lah." Kami bertiga melihat Mike jalan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dengan muka selamba makan keropok dan peluk bantal kesayangannya. Kami mendengar gelak ketawa di setiap blok
Giliran Mike pusingkan pensil. Kali ni, aku terkena. "Aku pilih truth." "Kau ada crush kat sesiapa tak sekarang?" Rose? Aku hanya anggap dia sebagai member je. "Takde." "Kencing lah kau Lan." Iman gelak. Laa apahalnya mamat ni. "Jujur jela Lan. Kita kan member." "Aku jujur lah ni." "Habis tu minah kat kafe kau tu? Yang tertonggek kat kaunter tu? Yang jerit Zack.. Zack..." Iman buat suara perempuan. "Tu adik member aku. Gila kau nak suka kat adik member sendiri. Bukan type aku laa." "Mana lah tau, 30 tahun akan datang. Entah entah dia bini kau." Luke menongkat tangannya di atas sebelah kaki. Aduh susah lah macam ni dah takde kepercayaan kat aku. "Kita kan dah janji." Aku membalas dengan yakin.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...