Curi Sunat

60 3 0
                                    

Rose memandang aku dengan muka serius. Kau apahal Kai tiba tiba kenalkan aku kat dia. "Hai." Rose menegur tanpa senyuman. "Er hai." Aku melambai. Shit kenapa aku berdebar ni. Tiba tiba bunyi notifications aku masuk. Ah twitter.

@LukeFendi_: kau kt mana Lan. Balik cpt

@Mikeeeee69: Kami dah siap ni. Tunggu hg ja.

Tanpa aku sedar, jam dah menunjukkan pukul 12. "Kai aku gerak dulu!" Aku letakkan tip atas meja. Aku nampak Rose pandang aku tanpa kelip dan hairan. Aku gegas ke asrama dengan Wardah. "Sorry aku lambat. Dah prepare ke?" Aku tunduk hormat. "Dah jom" Iman tarik lengan aku terus ke pintu. Marah ke? Sampai di depan pintu pejabat Sir Antony, aku sebagai leader, masuk dahulu lalu pandang kiri dan kanan, sebagai langkah berjaga jaga jika ada jaga. Mereka di belakang ikut jejak aku tanpa bunyi tapak kasut. "Alan tengok depan!" Aku hampir terlanggar pasu bunga yang halang laluanku. "Bodoh. Siapa letak pasu bunga tengah tengah jalan!" "Diam lah! Alihkan jelah cepat!" Kau suruh aku diam tapi kau tinggikan suara juga Mike. Dah la aku order karipap, yang sampainya mee bandung. Aku masih merajuk ok.

Aku buka pintu bilik Sir Antony perlahan lahan. Bunyi engsel berkarat kedengaran. "Ada nampak apa apa tak Luke?" Iman bisik pada Luke yang menjaga pintu. "Clear, clear. Cepat Alan!" Aku masuk dengan berhati hati. Mana lah tau ada laser boleh hiris belah badan jadi dua. Mana pulak la kertas ni. Aku pancarkan flashlight pada setiap kertas di dalam almari. Yes! Kertas jawapan math! "Nah Mike, aku nak kemaskan kertas ni balik.". Selepas mencuri sunat, kami keluar dari tempat tersebut tanpa meninggalkan sehelai rambut. Maksud aku tanpa sebarang kesan lah.

Sekolah kami sekolah asrama yang terima golongan bijak berbanding sekolah harian. Racist kan? Geng 'Bros before Ladies' ditubuhkan selepas kami berempat berjumpa di sini. Bukan sebab kami bijak dalam pelajaran, tapi bijak dalam permainan. Selok belok kawasan ni, segala ujian, kami ada 'jawapan', semua tentang tempat ini kami kaji. Tak hairanlah kalau kami berempat akan cemerlang SPM. Wait and see. "Study betul betul jawapan tu, esok exam." Luke si nerd tapi bodoh berbicara. "Toksah pikiaq nak dapat 100% sat lagi oqang syak hang meniru." Siapa lagi slang Kedah kalau bukan Mike.

Next day, aku dan bros masuk ke dalam kelas seperti tiada apa yang berlaku malam semalam. Kami dah pro tentang ni dan takkan kantoi. Selepas habis ujian, kami lepak di kantin sekolah. Semasa makan tengah hari sebelum pulang, aku terfikir tentang Rose. Lawa. Unik. Garang. Sorry guys aku tak membelakangi tagline kita, tapi aku nak berkawan dengan Rose. Dan maaf Wardah, I ada perempuan lain selain you. Aku jarang dapat lihat perempuan. Disebabkan aku sekolah asrama, maka peluang aku untuk usha perempuan bila keluar dari sekolah ni. Jadi aku ni perak sikit kalau nampak perempuan, macam tak penah tengok. Lain lah Mike Si Tampan senang dapat awek tapi dia setia dengan tagline kami.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now