Liverpool

34 5 0
                                    

Malam Khamis, aku ke tempat kerja dengan penuh riang. Bagi aku, bekerja lebih seronok berbanding belajar. Sebab aku suka aktiviti fizikal, bukan tikus makmal sampai jadi mind blown. Aku bersihkan meja selepas pelanggan sedang membayar bil. "Kai, aku nak tanya sikit." Aku nampak Kai lap meja di sebelahku. "Apa bro?" "Asal Rose selalu datang sini? Dia ada apa apa kaitan dengan kau ke?" Aku spray meja sambil lap untuk nampak berkilau. "Dia adik aku." Tangan aku hampir tergelincir akibat terlalu banyak air di atas meja. Adik?! "Kau tak penah bagi tau aku pun." "Kau tak tanya." "Kau tak suruh" Kai gelak besar "Habis tu nak aku tanya 'Hey Alan, aku ada adik perempuan, kau tak nak tanya ke?" Hmm masuk akal. Kalau dia kenalkan kat aku pun, aku tak boleh nak keluar berdua suka hati. Nak berkawan pun aku takut.

"Dia selalu datang sini sebab dia baru pindah kat sekolah baru, dia tinggal dengan aku sebab rumah mak aku kat Johor." Sekolah? Maknanya dia sebaya aku, ataupun lebih muda dari aku. Tak mungkin la, muka matang kut. Aku dah fikir dia 20 tahun sejak kali pertama aku memandang wajah dia. "Asal kau tanya?" "Saje je, aku ingatkan dia regular customer kita. Mana lah tau kalau ye, kita kena bagi discount ke apa." Saja aku nak elak daripada soalan cinta dia. Khairul ni suka kenalkan pada gadis entah dari mana dia angkut. Bahaya juga lah aku datang ke Andalusia ni. Kai beri isyarat pada aku supaya ke cashier. Suka berangan betul aku ni.

@LukeFendi_: Alan, kta org nk dtg kedai kau. Buatkan latte 2, cappuccino 1.

@Mikeeeee69: Hat latte satu tu aku nak kaw ok hg tarik mcm mamak

@Zachazlan: kau nak tarik pegi mamak la woi. Sini pakai mesin.

@Mikeeeee69: hihihi

@Zachazlan: suruh Iman buat akaun twitter. Susah la aku nak contact guna sms. Bazir kedit aku.

@LukeFendi_: Otw.

Iman ni jenis tak up to date sangat. Tapi dia tak lah kuno mana macam nak hantar mesej kat mak bapak tanya dah makan ke belum melalui surat. Aku tak boleh bayangkan Iman se-kuno sebegitu. 'Kehadapan ibunda, Dah makan ke belum? Daripada anaknda.' Siut betul.

@ImanChomelxo: amacam?

@Zachazlan: TUKAR.USERNAME.KAU.SEKARANG.

@Mikeeeee69: hahaha bodoh lah man

@LukeFendi_: kau amik jela nama samaran ejekan kutukan kau kat sekolah rendah dulu. Iman nasi kandar

Instead of Iman Iskandar, stail budak budak lah ejek ni. Dah besar tak ada rasa kelakar pun. Lagi lagi kalau kau rakyat Twitter. Tak penah bosan dengan lawak bodoh netizen.

@IMANISKANDAR: Kau jangan kembalikan nostalgia aku eh.

@Mikeeeee69: woi username. Marah ka man? Cinggeeyy lah hang!

@IMANISKANDAR: kau pahal nak bermesej aku. Kau sebelah aku je kan.

@Zachazlan: bila nak datang ni. Aku dah buat kopi. Nanti sejuk pula.

@LukeFendi_: tunggu Iman pakai spender

Aku ketawa kecil dengan kerenah mereka sampai tak perasan ada lembaga cun di hadapan kaunter. "Oh maaf Rose, nak order apa?" Aku cepat cepat letakkan fon dalam poket. Mati lah aku kalau Rose ada kat sini. Bukan sebab aku kantoi curi tulang, tapi kejap lagi Bros sampai. "Macam biasa." Rose membalas sambil membetulkan ikatan rambutnya. First time aku nampak dia cute hari ni. Ikatan rambut stail messy bun, t-shirt putih longgar, dan seluar baggy. Nice, unik. Aku cair. Aku cuba busykan diri untuk elak daripada bersembang dengan Rose, walaupun aku craving. Tetapi memandangkan kafe hari ni tak ramai customer, jadi Rose menonggeng di kaunter sambil tengok aku buat air.

"Abang Khai, hari ni siapa lawan?" "Chelsea dengan Liverpool." Mmm perempuan minat bola, kenapalah kau ni unik sangat Rose. "Ceh, mesti Chelsea score 900 kali." "Alah belagaknya. Selalu kalau belagak ni akhirnya dia tewas." "Mana ade berlagak, ini fakta. Liverpool tu lembik! Baik abang masuk Chelsea." Khairul mendengus. Aku nak je tambah, tapi takut tiba tiba Bros sampai. Rose ni dah cukup memperlekehkan Liverpool. "Zack, kau minat apa?" Perlu ke aku sembang? Aku gelengkan kepala. "Kau minat Barbie ye. Tak apa aku rahsiakan benda ni." Rose ketawa kecil "Mana ada! I minat Liverpool lah!" Ah mampus aku dah mulakan conversation.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now