Sampai di hadapan mall, Rose turun dari Wardah. Oh Wardah, aku tak curang. Kau cuma ada madu je. Curang ke tu? "Time Square?" "Yeap." "Buat apa kat sini? Aku ta.. err.. i tak nak shopping." Heh comel. "Ingat tempat shopping je ke kat sini?" Aku pimpin tangan dia masuk ke dalam entrance. Let's go wild. Rose tak habis habis melompat sebab tak sabar nak masuk arcade sementara aku tengah membuat pembayaran. "Zack! Jom pegi situ! Eh situ dulu! Aaarrgh! Situ situ!" Rose menarik tangan aku. Kami naik roller coaster dalam mall. "Zack! Aku tak eh? I tak pernah naik roller coaster ni. Takut tak?" Aku senyum dan memegang erat tangan lembutnya. "Takut." Hahaha.
Aku sebagai lelaki menjerit dalam hati je. Dari mula sampai habis ride tu, Rose tak berhenti menjerit. Bila ride ni slow naik ke atas dan Rose cakap "Get ready Zack." Selepas ride bergerak laju ke bawah dan berpusing, Rose menjerit "i sayang you Zack gilaaaaa!!!" Aku tak boleh nak gelak walaupun kelakar sebab aku tengah tahan menjerit dalam mulut. Tapi comel dan sweet. Aku ambil keputusan untuk beli air selepas main roller coaster. Rose tak nak ikut dan dia naik ride tanpa aku. 20 minit aku tunggu Rose naik roller coaster sampai 11 kali. Lepas tu baru dia satisfied. Aku macam nak naik merry-go-round dan aku tanya Rose. Dia setuju. Kami naik ride tu dikelilingi kanak kanak. Apa usha usha? Aku pun deserve ride ni gak!
Selepas merry-go-round, aku dan Rose naik Train. Ah peduli apa aku untuk budak budak ke, orang tua ke. Aku dan Rose menikmati keindahan train bawah jambatan yang actually dikelilingi air. Takut jugak aku sebab aku asyik wonder dalam air ni ada jaws. Rose memegang erat tanganku. Oh princess, what a beautiful creation god has made, your hazel coloured eyes, flame rock black red haired, long smile with a small dimples and short height. Aku patut namakan dia Strawberry Shortcake. Sebab bau dia strawberry dan dia short, kalau dia suka cake, maka terjadilah Rose Helena aka Strawberry Shortcake. Rocake. I love you Rocake.
Kami bermain di theme park Time Square sehingga mall tutup. Jam menunjukkan pukul 12 dan aku perlu hantar Rose pulang. Macam biasa dengan perangai degil Rose, dia merungut lapar. Ada je alasan nak keluar lagi. Aku pun nak tapi aku takut mata aku dikorek Kai. Rose mesej Kai untuk memberi keizinan untuk aku bawa dia pergi makan dan Kai setuju. Oh tulusnya abang iparku. Aku bawa Rose ke warung tepi jalan untuk makan satay. "Rose I'm sorry i tak mampu bawak you pegi tempat makan mahal mahal." "What? Nonsense. I lebih suka tempat macam ni even mamak pun. Tempat mahal memang serve makanan sedap. Tapi sikit dan mahal. You tengok cerita Ratatouille? Spagetti bapak kedekut! Garfu ni, pusing pusing atas mi, and then hidang atas pinggan. Why not all? Sebab kedai mahal of course." Rose menggigit sataynya. Aku ketawa kecil "Yeah setuju rebellion." "Heh" Rose buat muka belagak.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...