Hari ni hari Sabtu. Aku ambil masa cuti ni untuk cari kerja. Memandangkan aku perlu show off skil aku dalam repair merepair ni, aku ke bengkel Anep. Haniff member kampung aku. 3 tahun lebih tua dari aku. Jadi aku tak berapa nak rapat. Aku kenal dia masa dia senior darjah 6 aku. Aku tolong dia prank budak pembuli. I was born badass. Tapi aku dah berubah dan matang. Aku ke bengkel keseorangan. Muka Anep masih dalam ingatan. Makin hensem. Rambut Jimmy Neutron macam ice cream sundae. Kulit maskulin. Badan tuff. Bibir sedikit hitam, mungkin perokok tegar. "Anep." Aku tegur mamat tak berbaju dan badannya mempunyai sedikit minyak hitam. Lelaki tersebut pusing ke belakang. "Ye cik. Ada masalah apa?" Ayat gengster. "Anep kan? Ni Azlan." "Azlan mana eh?" "Azlan Za-" "Oh Alan! Lama tak jumpa hang! Aku dah tak cam muka hang Lan. Sori Lan. Tangan aku kotoq nak salam." Makin figura Anep dekat dengan aku, makin hampir sama tinggi kami berdua. Tapi aku lagi tinggi. 180 ha!
"Anep kau ada kerja kosong tak?" Aku duduk di bangku. "Ada. Hang nak reja sini ka?" Aku mengangguk. "Buleh mat! Esok pagi hang mula lah." "Aik? Kau ke boss sini?" Anep mengangguk dan senyum. "Cantik! Esok sebelum bukak bengkel aku mai! Apa cerita kau?" Aku soalnya kembali dengan bahasa KL utara aku. "Aku dah kahwin. Ada soqang anak." "Nep! Kau baru 20 kan?" Anep sekali lagi mengangguk. "Tahniah." "Aku besa ja reja mekanik, duit cukup makan. Tapi tulah alhamdulilah lani aku jadi bos. Kira ok la jugak dapat makan sedap sikit." "Hmm aku tengok dulu bengkel ni kecik ja. Sekarang dah besar. Bagus la tu Anep! Jadi bos!" Anep senyum. Anep ni baik orangnya. Selalu pertahankan member dia. Selalu bagi semangat. Love advisor pula tu.
"Anep, kau tau tak nak menang hati perempuan?" Anep ketawa kecil sambil tepuk belakang aku. "Besaq dah hang Lan, dulu aku tengok beringuih, tie senget, kasut kotoq. Budak nakai! Tu aku tak cam hang tadi." Ha ha ha aku ketawa. "Senang ja. First, hang toksah pi bli barang mahai mahai kalau nak amik hati dia. Hang kenai dia dalam dalam. Hang faham dia macam mana, pemarah ka, lembut ka, macam tu la. Paih tu kena taw macam mana nak control emosi dia. Baru dia selesa dengan hang. Step kedua, toksah kaver nak tunjuk gentleman lah, macho lah, hang jadi diri sendiri ja. Takkan sampai kahwin hang nak buat lagutu. Sampai la pun dia tak taw perangai sebenaq hang. Kalau dia senang dengan diri hang sebenar, dia stay. Last sekali, toksah dok paksa oqang tak mau. Koi lama koi benci hang. Dia mau dia mai, dia tak mau dia blah." Buat pengetahuan pembaca, 'koi' ialah makin.
Point and straight. "Thanks Anep." Aku masih lagi dalam step 2. Aku minta diri dari bengkel sebab aku nak makan tengah hari di warung laksa Pak Man. Pakcik Azman atau nama short formnya Pak Man atau nama comel yang aku bagi Pac Man. Apa? Aku tak ejek. Comel tau. Laksa Pak Man 9/10. Kuah tip top pekat. Laksa tebal. Bahan confirm tak ada ajinomoto. The best Laksa in town. Sampai di warung, aku salam Pac Man. Hehehe. Nama comel sesuai untuk Pak Man comel yang tingginya paras bahu aku. "Azlan, lama tak jumpa. Besaq dah hang noh!" Apalah Pac Man ni, mestilah makin membesar takkan makin mengecil. Hehehe Pac Man ni ajak bergurau pula hehehe. Aku mesej Rose kalau dia nak makan tengah hari bersama aku.
Sesampainya laksa aku, Rose pun sampai. 2 in 1. What a big surprise. Semua mata di warung tak berkelip melihat Rose. Hey, jaga mata tu. Abang dia gengster. Rose masih di atas scrambler motocross pink ada sticker Powerpuff Girls sambil buka helmet. Cepat lah sini Rose, nanti orang ngorat kau! Buat cantik pulak. Tapi memang cantik pun. "Kenapa orang kampung you pelik." Rose menyoal. "Sebab you rare pakai motor macam tu." Aku menghirup kuah laksa. "Apa kat sini semua pompuan alim ke? Takde minah rempit?" Rose mengikat rambutnya. "I mean, ada je. Tapi pakai motor racing. Motor rempit. Bukan tu. That means you're rare." Rose senyum. "Patutlah abang kat sana tu usha i macam nak ngorat." Rose senyum nakal. Aku lihat dimana Rose point. Hensem. Aku tak jadi nak hirup kuah laksa lagi sekali dan bangun dari kerusi sambil pandang mamat usha bakal awek aku ni. "I gurau lah" Rose ketawa.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...