Tiba di uptown bersama Rose dan Kai, aku usha barang barang yang menarik perhatian aku. Oh! Aku nak beli kaca mata hitam. Spec aku telah dipatahkan oleh Mike secara tidak sengaja. Mike terduduk atas spec aku dengan jahanam sekali. Mahal tau ori tu, menangis aku nak kumpul duit beratus balik. Aku cuba satu persatu spec yang aku kenan. "Yang ni lawa Zack." Rose bersuara dibelakangku. Dia memakai Rayban yang aku penah ada tapi telah dipatahkan. Rose membuat mimik duck face. Tak kelakar tapi comel. "Kenapa panggil I Zack?" "Sebab aku nak nampak unik. Berbeza dari orang yang kau kenal. Jadi kalau aku panggil Zack, nanti kau ingat aku je." Aku beristighfar beratus kali dalam hati. Cuba untuk ingat tentang tagline Bros. "Ok." Aku membalas dengan senyuman. Tak semua orang panggil nama kedua kau kan?
@Mikeeeee69: hg katna Alan. Dh pkul 2 ni.
Notifications aku berdering bunyi Twit Twit. Comel ok.
@Zachazlan: aku baru nak tutup kedai. 1st learner balik lambat sikit.
Maaf kawan, aku tipu, bukan sengaja, aku takut korang fikir lain.
"Rose, I gotta go. See you around. Bagitau Kai, I balik dulu." Aku bergegas pulang. Tiba di muka pintu dorm, aku masuk dengan perlahan, takut kejutkan orang yang dah tidur. "Lan! Masuk ah! Pe lagi nyorok kat situ!" Mike menjerit sambil makan cikedis. Luke dan Iman juga belum tidur, main gadget zaman kini. "Kau buat apa lepas tutup kedai?" Iman bersuara. Shit. Ni mesti dia track phone aku. "Aku pegi uptown beli Rayban baru. Kan aku punya dah patah Mike jahanamkan." "Alamak sorry lah bro, toksah ungkit." Mike baling cikedisnya kat dada aku. "Esok takde plan ke?" Aku menyoal, matikan conversation yang lepas. "Takde, exam macam biasa. Hari Sabtu nak buat apa?" Luke membalas. "Pegi skate jom." "Ha ok gak tu, dah lama aku tak buat trick baru."
Selepas hari membosankan iaitu exam, tiba hari Sabtu yang dinantikan. Aku memakai cap adidas hitam yang telah lusuh. "Cepatlah Luke." Luke yang masih bersiap memakai baju hipsternya. Baju kotak kotak, macam Rose pakai. Luke jangan goda aku ok, aku dah terbayang Rose yang pakai baju kotak kotak ni. Sampai di skate park, aku dan Iman saling bertukar aksi. Skil terbaru aku lepas tengok di YouTube ialah Ollie. Lepas trick aku skate di ramp, banyak kali juga aku jatuh. Jadi aku nak cuba trick lain. Kami berpecah untuk skate di merata tempat. "Hey Zack." Zack? Rose? Aku pusing belakang dan nampak gadis yang aku kenal, berdiri sambil memegang deck. Untuk para bukan skaters, deck ialah skateboard.
"Rose! You buat apa kat sini?!" Aku menggelabah, takut Bros melihat kami. "Uh.. skate lah obvious sangat kut." "Oh ya well i nak gerak dah ni. See ya." "Tapi aku nampak kau baru je datang sini, asal? Ada makwe kau ke kat sini?" Rose gelak. "Bukan. You takkan faham. I gerak dulu." Aku pergi tinggalkan Rose dibelakang. Shit. Kalau aku tau Rose ada kat sini, aku datang sorang pun takpe. "Lan! Nak pegi mana? Awalnya balik." Luke memanggil ke arahku. "Aku nak pegi beli ais krim." Apa? Lelaki tak boleh makan ais krim ke? Lagi pun tu favourite aku. "Aku nak ikut." Iman letakkan tangannya di bahu aku.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...