Pukul 8.50a.m. Aku gerak ke bengkel untuk hari pertama aku kerja. "Ok Alan, hari ni hang handle dua keta. Hat tu repair aircond, tu repair enjin." Anep membahagikan tugas. Aku menjalankan kerja aku yang senang kacang ni. Bila minat ada, datanglah usaha. Jadi benda ni simple. Dalam 2 jam 45 min aku dah siap dua kereta. "Dah Anep." Aku tepuk belakang Anep. Anep terkejut. "Dah??? Hmm uh, er tu je lah tugas kau hari ni. Kalau boleh bantu pekerja lain lah." Aku mengangguk. Penat jugalah kerja ni. Perlu ulang alik, dan kudrat yang kuat. Aku bekerja sehingga jam 6 petang. Sesudah aku membasuh tangan membuang sisa minyak hitam, seorang pekerja panggil aku. "Bang Azlan! Rose mai ni." Aik? Buat apa kat sini?
Aku keluar bengkel untuk melihat Rose. Dia berpakaian baju kurung cotton colour pink pastel bercorak bunga kecil. Rambutnya mengingatkan aku tentang Anna. Shit Anna is real! Anna gadis melayu terakhir! Mata aku tak berkelip melihat Rose. Dia menghulur mangkuk tingkat kepadaku. "Ibu suruh." Yeah. Jangan expect dia yang nak bawakan. Padan muka aku. Lagu Let It Go bermain difikiranku. "Kenapa tak tunggu kat rumah je?" Aku tanya Rose. "Ibu suruh you makan kat sini. You tak makan 10 jam kan." "I ade je bawa roti. Adoi. Caring sangat." Aku ketawa sambil buka mangkuk tingkat.
"Rose." "Hm?" "Suapkan i. Tangan i kotor." Aku tunjuk tangan aku yang masih ada sisa minyak hitam. "Eh mengada. Kat sini tak ada tempat basuh tangan ke?" "Tak ada. Lap je tangan." Rose memerhati mata aku dengan mendalam. Dia menghela nafas panjang. Please give up please suap aku. Rose melipat lengan bajunya. Yay that's my girl! Rose menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Apesal tiba tiba malu nak mampus. Aku layankan jela. "Hang tak habaq kat aku hang ada bini Lan." Anep muncul belakang aku. Aku terbatuk sehingga tersedak nasi dalam mulut. Batuk aku mengambil masa 5 minit untuk hilang. Aku pergi jauh dari mereka untuk ambil udara segar dan kembali semula. "Sorry Lan. Aku terlupa hang tengah makan hehehe."
Aku menjelaskan perkara sebenar kepada Anep. "Laa lagutu ka? Awat tak kapel ja terus. Suit aku tengok hampa ni! Aku mati mati ingat ni bini hang. Dengan mangkuk tingkat. Bawak marka dari KL. Mana aku nak taw! Ni Alan, paih ni hang buleh balik dah, esok mai cam biasa." Aku mengangguk. Rose yang dari tadi diam dan mukanya merah padam. "Err kalau you nak basuh tangan, sinki ada kat dalam hehehe." Mata Rose terbeliak tengok aku. Oh no. Dia tampar manja lengan aku dengan tangannya yang masih ada sambal nasi lemak. Aku ingat dia nak tuang sambal kat mata aku. Kami bergegas pulang kerana hari dah senja.
Selepas isyak, aku ke dapur untuk minum. Rose dan ibu sibuk berbincang tentang resepi kuih. Aku dengar perbualan mereka. Nak buat kek coklat! Emm! Please cakap buat esok! "Kita buat esok." Ibu memberitahu Rose. Yes! Ibu seolah olah membaca fikiranku. Like mother like son. "Baby nak tolong esok?" "Apa?" Aku buat buat tak tahu. "Tolong buat kek." "Tak boleh. Tolong makan kek boleh. Hahaha." Aku bergegas ke ruang tamu. Bunyi twit twit berdering. Mike private message aku.
@Mikeeeee69: @Zachazlan hang kat Kedah ka?
@Zachazlan: ya
@Mikeeeee69: mai jumpa aku boleh?
@Zachazlan: awat?
@Mikeeeee69: benda penting!
@Zachazlan: ok. Send location. Sabtu ja aku free.
@Mikeeeee69: cun
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...