Friendship

28 2 0
                                    

Hari demi hari, aku rasa janggal. Macam Bros makin tak mahu bergurau senda dengan aku. Takkan la mereka tahu tentang aku dan Rose. Hari Sabtu yang Iman bagi tau nak surprise kami pasal satu tempat tu, mereka pergi senyap senyap tanpa aku. Aku naik angin lah. Tapi aku cuba bincang elok elok. Alasan mereka, sebab aku tidur awal masa tu, dia orang serba salah nak kejutkan aku. Macam first time juga lah dia orang baik begitu. Ni bukan soal baik ke tak, cuma ada udang sebalik batu. Hari ni aku kerja macam biasa. Cuma mood aku tak kerja, duduk rumah menangis.

"Zack kenapa ni?" Rose tegur aku di hadapan kaunter. "Takde pape lah." Aku senyum sambil mengelap cawan. Sorry, mood bergurau aku tak ada sekarang ni, yang ada penumbuk aku nak lepas geram. Ingatan aku masih segar difikiran sebab baru 6 hari lepas berlaku. Obvious tak yang aku ni susah nak move on? Sampai hati Bros buat macam tu kat aku. Sebelum ni tak ada pulak baik macam tu. Kalau nak pergi mana mana je, mesti goncang badan aku kalau aku tengah tidur. "Look, muka kau obvious sangat lah yang kau ada problem, feel free to share Zack. Jangan pendam, nanti kau sakit hati." "You'll never understand." Aku beredar di bar untuk mengelap meja.

"Semua orang ada masalah Zack, okay how bout this, aku share kenapa aku dan Kai selalu pegi rooftop tu setiap hari Rabu. Dan kau perlu share your prob." Aku tak pernah rasa penat layan Rose ni. "Deal, after work." Aku senyum pada Rose. Dia berlalu pergi ke mejanya. 6 jam aku kerja, 6 jam juga lah aku tak lekang usha Rose ni. Budak asrama jakun tak jumpa perempuan. Happy, happy juga. Mesej di twitter 1 bulan berhabuk tanpa Bros. Selalu ada je sesiapa merepek, lagi lagi Mike. Tak berhenti mesej lapar. Masalahnya kau lapar pergilah makan. Ingat mesej tu boleh kenyangkan kau ke. Aku ketawa sendirian.

Lepas kerja, aku dan Rose pergi ke tasik dengan motor sendiri. Kami lepak di motor sambil makan ais krim. Comel kan pasangan ni? "So, about the rooftop, bangunan tu sebenarnya ayah aku punya. Dia kerja kat situ sejak aku kecik sampai aku tingkatan 4. Every evening aku dan Kai ke situ untuk tengok view kat rooftop tu. Setiap malam Rabu, aku, Kai dan parents aku pun join tengok view. So um, one day, my dad kena heart attack bila kami berempat tengok pemandangan malam. So that's it, that's why i always go there every night since I'm here in KL, especially setiap Rabu." Rose memerhati ais krimnya cair. "I feel your lost, cause i lost my dad too. So where do i start? " aku ceritakan segalanya tentang Bros pada Rose.

"Jadi, boleh tak sekarang ni rahsiakan hubugan kita? I mean our friendship uhh.." Rose ketawa kecil. Tak nak friendship, nak coupleship. Dia mengangguk tanda setuju. "Zack, cuba kau tengok dalam ais krim aku ni, ada diamond." Rose tunjukkan lubang ais krim konnya. Aku yang naif ni cuba fokus di centre. Tanpa sebarang pergerakkan, Rose tonyohkan ais krim di hidung aku. "Shit sejuk! Tak guna Rose! Sini you!" Aku boleh dengar Rose gelak besar. Tak sempat aku lap hidung rainbow guna baju, Rose dah menhidupkan enjin motornya. "Not so fast." Aku sorokkan helmetnya dibelakang badanku dan calitkan air krim di pipi Rose. You're unique for me and i love the way you are Rose.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now