Restu

26 2 0
                                    

Tiba di rumah Rose, ibunya berada di beranda. Cantik rumah Rose. Dua tingkat. Arwah bapa Rose seorang pemilik bangunan terkenal. Tak mustahillah rumah Rose seperti castle! Cuma dua tingkat. Aku membetulkan rambut sebaik sahaja membuka helmet. "Rose, hopefully your mom will likes me." Aku bisik pada Rose sebelum kami menjejakkan kaki ke dalam rumah agamnya. Furniture di dalamnya tersusun rapi. Banyak gambar di dalam frame terhias di dinding. Aku beri salam pada ibu Rose dan dia kembalikannya dengan menjawab salam dan senyuman.

"Zack kan? Masuk masuk. Kejap aunty buat air." "Nak saya tolong? Saya dulu kerja dengan Kai." Aku pelawa pertolonganku. "Oh tau, Kai penah cakap yang kamu tolong dia edar flyers masa dia baru bukak kafe tu." Aku mengangguk. Kami bersembang tentang bagaimana aku kenal Rose. "Mana Kai?" Aku soal ibunya. "Kai masih di KL, bekerja. Aunty tak tahulah bila nak balik sini pulak. Sebulan 4 kali je. Sekejap pula tu." "Kai tu bagus orangnya. Dia banyak guide saya. Ada je idea baru dia macam mana nak naik taraf kedai dia tu." Nak ambil hati mak kena ambil hati anak dulu. Eh ke terbalik? "Oh baguslah kalau Zack cakap macam tu. Lega lah jugak aunty ni. Ingatkan dia struggle kat sana."

Ibu Rose ni peramah orangnya, lemah lembut, sopan. Tapi aku lebih suka ibu aku. Sporting, kelakar, perempuan paling kuat di dunia yang aku pernah kenal. Aku ingat lagi kali kedua dia berjumpa dengan Rose. Rose belum jejak ke dalam rumah, ibu dah ajak dia buat kuih. Aku gelak sampai esok. Jam aku dah menunjukkan pukul 5 lebih. "Aunty, boleh tak saya nak solat sini? Kalau saya balik rumah tak sempat Asar ni." Muka ibunya sedikit terkejut. Apa? Ingat muka gengster ni tak solat ke? Aku solat sebentar sebelum aku dan Rose pulang ke Kedah. Perjalanan mengambil masa selama satu jam lebih. Inilah kelebihan orang pakai motor berkuasa tinggi.

Sampai sahaja di asrama Rose, aku menolongnya membuka helmet. "So you still nervous?" "Nope. Your mom was cool!" Rose senyum. "I pegi dulu, you bawak motor hati hati okay, dah gelap ni." Aku mengangguk. What a day. Journey aku panjang hari ni. Dan aku kena panic attack. Dan aku berpeluh dalam kemeja ni. Dan segalanya. Aku serabut sikit. Kalau dah tak selesa ni mulalah aku nak merungut itu ini. But today is worth it. Aku jumpa bakal mak mertua aku hahaha. Even though aku baru 18 tahun, aku kisah apa orang nak kata aku masih muda untuk bercinta, cinta monyet takkan kekal lama. Suka hati aku lah bukan kau yang hidup dalam hidup aku.

Disebabkan Rose dan ibu tak jemu nasihat aku, merekalah pembakar semangat aku untuk terus bekerja. Hari demi hari perjalanan hidup aku seperti biasa. Kerja di bengkel Anep, spend time dengan Rose dan ibu, kadang kadang lepak dengan Bros. One day aku bawa Rose keluar makan. Kedai makan bersebelahan dengan pantai biru. Tapi sekarang waktu malam, jadi pantai jadi gelap dan hanya bercahaya di bawah bulan penuh. Sambil aku jalan sebelah Rose di tepi pantai, aku menyeluk tangan aku ke tangannya. Sejuk. "You sejuk?" "Sikit." Rose memakai dress labuh hingga ke lutut dan seluar jeans tight. Aku berikan Rose leather jacket hitam aku.
Rose tiba tiba berhentikan langkahnya dan menarik tangan aku.

"Zack, even kita still muda, i tau susah nak jaga relationship ni. Banyak halangan." Ah sudah kenapa ni? Aku tak nak putus! Aku menggenggam tangan Rose. Takut. "I tau mesti you selalu fikir I mengorat laki lain kat university i, i ada keluar senyap senyap dengan lelaki lain, i betray you, i curang. Tapi semua tu salah, i tak pernah terfikir nak buat macam tu sebab i sayang you. So i want you to stay loyal to me and be honest to me right now." Aku terkesima. "You percaya i kan?"  Aku mengangguk "Kadang kadang apa yang you cakap tu semua i risau, sebab you cantik, baik, siapa tak nak. Even kalau you cakap you dah ada bf sekali pun, ada je lelaki yang still nak dapatkan you. That's what I'm scared."

Rose meletakkan kepalanya di bahu aku sementara aku rapatkan pinggangnya dekat dengan aku. "I pinky promise you i tak akan putus perhubungan ni." Sweet but still cute. "Me too. I love you Rose." Rose mendongakkan kepalanya. "I love you too jumanji."

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now