Aku lepak di dalam dorm keseorangan. Memikir tentang masa depan lepas SPM. Kalau boleh aku nak jadi engineer. Itu pun kalau keputusan SPM aku memberansangkan. Sebaliknya, aku akan kerja di bengkel. Bagi aku, tipikal manusia memandang rendah pada mereka yang bekerja low standard. Kebanyakkannya tidak respect pada golongan bawahan. Contohnya, pekerja cuci tandas. Nampak dia macam lame ass, pakai uniform buruk. Some people tak hargai apa dia buat. Tak buang sampah dalam tong sampah disediakan, sumbatkan tandas and else. Pada hal dia berjasa pada kita, kalau bukan dia, mesti tandas tempat tikus berdisko.
Macam tu juga aku, siapa lagi yang akan baiki kereta kalau bukan mekanik? Atau bahasa rojak, pomen. Respect each other and always support. Ceh indahnya bahasa aku. Aku berfikir sambil melihat siling. Pada masa yang sama, aku teringkat pada Rose beberapa hari yang lalu. Rindu pada wajah putih dan pipi kemerahan. Mukanya natural beauty. Hanya memakai apa ntah kat bulu mata tu? Eyeshadow? Blusher? Mascara? Rambutnya yang basah mengingatkan aku tentang kami berdua merentasi highway yang dihujanji hujan lebat. Maafkan aku Rose sebab buat semua ni. Harap kau faham situasi aku.
Aku bangun dan terus memakai baju untuk keluar bersama Bros. Mereka di perpustakaan sedang mengulang kaji. Betul kata dia orang. Aku tak sepatutnya hadirkan seorang perempuan yang aku sayang selain ibu. Aku tak boleh move on fikir pasal perempuan yang aku suka. Tapi, it's distracting me in a good way, Rose is such a troublemaker. Sampai di perpustakaan, aku nampak Mike sedang tidur beralaskan buku sementara Luke dan Iman bersembang. Nasib baiklah sekolah ni sekolah asrama lelaki. Kalau tak, hilang macho Mike yang tidur dengan air liur basi keluar kalau perempuan tengok.
Aku duduk di tempat kosong sebelah Luke. "Woi! Kau buat apa ni?!" Aku menjerit dalam keadaan berbisik. Bodoh la Luke ni study jawapan dekat public! Aku cover belakang Luke. "Rilek la, kitkat kan ade." "Kau buat apa ni sial?! Nak mampus ke?" "Dah 1 jam aku kat sini, takde apa pun jadi." Luke selamba buka muka surat sebelah. "Itu nasib! Kau sedar tak kau kat mana n—" "Alan, kau pegi amik buku sejarah jap." Iman menyekat perbualanku. Tanpa berkata apa apa, aku ke rak buku. Aku bawakan buku sejarah ke arah mereka. "Kau nak buat apa?" Aku soal. "Aku nak pinjam tanpa pulangkan balik." Aku tak faham bahasa melayu kau Iman. Aku buat muka pelik.
Iman mengejut Mike dan lantas mereka bertiga bangun dari tempat duduk. Aku kebingungan sambil membawa buku sejarah mengekori mereka dari belakang. Iman datang pada aku. "Relax. Steady." Aku masih tak faham situasi ni. Iman seolah cover aku di hadapan semasa kami menuju ke pintu utama. "Bang! Buku tu tak boleh pinjam." Seorang pengawas menegur aku. "Keep. Walking. Alan." Iman berbisik. "Bang!" Bunyi tapak kasut pengawas semakin laju. "Lari!" Luke menjerit. Kenapa baru sekarang kau nak bagitahu plan ni! Seperti biasa, kami berpecah ke arah yang berbeza. Satu strategi yang kau perlukan. Kalau sesuatu atau seseorang kejar kau yang berkumpulan, berpecah is a good way rather than stick to one group. Lagu James Bond bermain difikiranku. Inilah al-kisah Bros before Ladies.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...