Scrambler Motocross

46 2 0
                                    

"Aku dah dapat kerja!" Sebaik pulang dari Andalusia, aku ke dorm. "Tahniah! Selamat ke alam pekerjaan!" Luke menjerit di dalam toilet. Macam mana kau boleh dengar? "Hang jadi apa Lan?" "Barista." "Ceh senang la nak dapat marka!" "Senang apa nya, busy buat air adalah. Merepek lah kau ni. Aku takkan ceraikan tagline kita." Aku membalas sambil buka baju. "Podah, kalau kau ada awek, tau lah kau. Selagi kontrak ni tak habis sampai kita graduate, kau tengok lah apa jadi." Iman warning aku. Ye aku tau, kau akan pulaukan aku, lepas tu hunting hidup aku dengan penuh kesengsaraan.

Group Bros before Ladies ni sebenarnya ada 5 ahli. Aku, Iman, Luke, Mike dan Ash. Ashraf ni paling degil, semakin hari semakin gatal sejak form 1. Group ni dibuat sebab kami nak spend time enjoy dengan member, bukan bercinta lepas tu broken 8 bulan tak boleh move on. Lain lah kalau kau womaniser, 1.99 saat dah boleh move on, cari pengganti. Sejak Ash dah mula ada awek, kami berempat seperti RnR. Kau datang dan pergi oh begitu saja. Ash perlukan kami bila susah, walau baik mana pun dia sebelum ni, Ash bukan lagi sahabat Bros. Dia cuma datang untuk take for granted. Kami prank message awek dia yang Ash nak putus sebab dia dah ada orang lain. Memandangkan awek dia orang Sabahan, susah untuk dia berjumpa. Ash apa lagi, broken teruk sampai berhenti sekolah sebab setia sangat. Lain kali, don't mess with the best.

Keesokan harinya, selepas tamat persekolahan, aku ke Andalusia untuk hari pertama bekerja. Kai tolong guide aku yang noob ni. Selepas mempelajari basic things, aku dah mula sebagai beginner barista. Apa yang aku perlu buat, ambil order, buat air yang simple, yang susah biar Kai urus, serve, cash. Ok got it. So who's gonna be my first customer. Rose? "Latte." Rose letakkan tip di atas kaunter. "Uh ok." "So, kau kerja sini dah berapa lama?" Whoa girl, kau aku? Serious ah. Aku nak balas kau aku juga tapi nampak biadap. "2 jam 45 minit 32 saat yang lepas." Aku nampak dia ketawa kecil sambil pandang bawah, comel. Sorry cik adik, aku tipu, tak ingat pun sebenarnya.

Selepas aku buat secawan Latte untuk Rose, aku hidangkan di atas mejanya. "Rose" dia menghulurkan tangan. "Azlan." "Ye tahu, Azlan Zachary" "macam mana you tau? Eh awak tau? Eh! Kau tau? Uhh.." aku tak tau kenapa aku cemas bila berdepan dengan minah Vans ni. "Abang Khai bagitahu." "Err.. saya ada customers lagi ni, pergi dulu." Alahai sopannya kau Zachary. Semasa aku lap di kaunter bar, aku nampak di hujung mata, Rose usha aku. Cik bunga, jangan lah lemahkan jantung saya, saya tengah bekerja ni, hari pertama pula tu. Cahaya matahari betul betul terpancar di wajah Rose. Rambut lurus hitam ke kemerahan bersinar. Dia menghirup latte yang aku buat. Aku nak berhenti kerja sekarang dan bawa perempuan ni kahwin lari.

Tepat pukul 9 malam, waktu bekerja untuk part time seperti aku sudah tamat. Aku kemaskan diriku dan ambil helmet di dalam locker. Tiba saja di Wardah, aku nampak Rose bersandar di scrambler motocross pink dan ada sticker Powerpuff Girl, parking di sebelah Wardah. Shit, aku lemah bodoh. Tolong lah jangan dera aku macam ni Rose. Dia pakai helmet untuk scrambler, cun beb. "Rose buat apa kat sini lagi?" Aku menyoal dengan yakin. "Tunggu abang Khai, aku ingat nak lepak kejap dengan dia. Nak ikut?" "Pergi mana?" "Nak ke tak nak?" "Kalah jauh tak nak lah, I nak kena balik dorm, nak study." "Up to you, We're heading to uptown." "Uptown? Ok lah I'm in." Aku bukan pergi berdua kan so apa salahnya. Dan uptown tempat favourite aku.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now