Aku dan Rose bersiap untuk ke bengkel Anep. Kami dah survey kerja kosong di tempat lain tapi semuanya tak nak aku. Apa aku ni terlalu hot untuk bekerja ke? Kedai ibu dah ramai pekerja. Hilang satu nasib aku. Rose memakai helmetnya dan naik ke atas Wardah. Tiba di bengkel, Anep sambut aku dengan pelukan. Rindu katanya. "Tangan hang dah elok ka?" Aku mengangguk. "Boleh aku start kerja sekarang?" Aku soal Anep dan membuatkan reaksinya sekali lagi seperti trolls. "Rose, hang bagi laki hang minum tongkat ali ka apa semangat lain macam ni." Rose dan aku ketawa. Teringat tentang kumpul duit dan kahwin.
Anep benarkan aku mula kerja hari ni. Rose pula tunggu sehingga aku habis kerja. Sambil tu aku layan dia daripada menghadap phone. Sekali tu aku wink sikit. Nak bagi dia tak rasa bosan seorang diri. Selepas tamat waktu kerja aku, aku dan Rose pulang ke rumah. Rose beritahu esok pagi dia akan bertolak ke KL. Aku akan rindu paling teramat sangat kat Rose kalau dia jauh dari aku. Tapi dia dah bagi aku semangat untuk hidup. Aku kena kerja keras. Duit dapat, Rose dapat.
Seminggu selepas Rose berada di Universitynya, Rose makin kurang layan aku di Twitter. Aku faham keadaan Rose. Walaupun aku tak masuk U, tapi aku faham struggle budak U. Dalam 2 bulan 3 kali dia singgah rumah aku sebelum dia ke Johor berjumpa dengan ibunya dan Kai. Rose ada beritahu aku tentang ibunya ingin berjumpa dengan aku. Tapi aku perlu pergi bersama Rose. Jadi aku perlu tunggu masa yang sesuai. Public holiday tak lama lagi. Jadi aku dan Rose dah rancang untuk berjumpa ibunya. Kehidupan aku setakat ni macam biasa. Makan, kerja, solat, tidur, repeat. Kira ok lah daripada dulu aku baru keluar dari Jumanji, atau Jungle Book.
Hari yang ditunggu tunggu. Aku memakai kemeja dan seluar jeans. Tak formal sangat dan tak fancy sangat. Aku ke university Rose dengan menaiki Wardah. Pagi tadi baru aku mandikan dia. Kesian Wardah kena abandoned. Sampai di hadapan gate, aku mesej Rose. Katanya lagi 2 minit. Aku lihat sini ramai awek cun dan mamat boleh la hensem. Aku lagi hensem. Awek cun semua pandang aku sambil sengih sengih. Nasib baik aku masih lagi memakai helmet untuk cover muka daripada blush. Aku nampak Rose dari jauh, berpakaian baju kurung dan rambutnya diikat rapi. "Hai sayang." Rose buka cermin helmet aku. Aku senyum padanya.
Aku pakaikan Rose helmet dan aku perhatikan ramai gadis usha palat. "Cepatlah pakai helmet Rose, budak U ni pelik lah pandang orang macam tak penah jumpa manusia." Rose ketawa. "Diorang pandang sama ada you handsome sangat atau kita dua ni sweet couple." "I pilih yang kedua tu. Dah cepat naik." Rose naik atas Wardah sambil aku hidupkan enjin. Aku press motor 2 3 kali. Saja nak attention hahaha. At least aku park tempat tersorok sedikit. Tak adalah betul betul depan gate university. "Aku sayang awek aku!" Aku jerit sambil pulas minyak dan pecut laju. Aku dengar Rose ketawa kecil.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...