"Boleh tak aku nak cakap dengan Rose?" Aku soal Kai. "Kau sendiri nampak dia tak nak cakap dengan kau." "Aku tak bermaksud nak ignore mesej dia. Kai please. Sebelum aku balik Kedah. Dan mulakan hidup baru aku kat sana. Kali terakhir untuk aku jumpa Rose, please." Aku simpan phone di dalam black leather jacket aku. Kai mengangguk. Dia kembali semula ke kaunter di mana Rose berada. 13 minit kemudian, Rose tiba di meja aku. Dia duduk di hadapan sambil bawakan aku secawan latte "Kai bagi." Aku senyum pada Rose. "Kau nak apa?" "Rose." Aku menarik nafas panjang. "I've told you about Bros right? So you need to understand my situation. I mintak maaf sebab ignore all your messages. I tak nak kena distract by you." "So kau nak cakap yang aku ni pembawa sial kat kau? Sebab tu kau nak elak daripada aku?" Muka Rose serious.
"No. Bukan tu maksud i. I ta—" "Kau dengar ni Zachary. Aku cari kau merata tempat. Aku pergi rumah mak kau, setiap hari aku cari satu persatu motor kau dekat parking lot sekolah, Aku tunggu kat kedai sampai 2 pagi. Aku macam orang gila. Dan aku bodoh sebab tunggu kau. Dan mulai sekarang Azlan Zachary, jangan jumpa aku lagi." Pergi rumah ibu? Kenapa ibu tak bagitahu. Ah ni mesti mesej 21 ibu yang aku tak baca tu! Rose bersedia untuk bangun dari tempat duduknya tapi kau lantas pegang tangan Rose. "Rose, you need to listen to me." Rose shoves my hand away from her. "Kau tak faham lagi?" Mata Rose penuh dengan kebencian dan menahan tangisannya. Rose cuba untuk elak daripada aku lagi. "Rose! Aku suka kau!"
Aku tak tahan untuk layan perempuan degil yang tak mahu dengar penjelasan aku. Aku tarik tangannya untuk bersemuka dengan aku. Orang ramai memerhatikan kami terutama sekali Kai di bar. "Rose, i buat semua tu untuk elak daripada jatuh cinta dekat you. I tak nak sebab cinta i lupa kawan, i lupa pelajaran. This is my first sight of love. I tak pernah bercinta. I takut kalau bercinta i jadi addicted. So i need to stay away from you, for a while. For a while Rose, bukan selamanya. And now, i bebas dari tagline Bros before Ladies. Now, we can do whatever we want. And i want you right now. I am truly sorry for wa—" "Zack, aku, aku.." Rose memegang erat tangan aku, seolah baru sedar niat aku yang sebenarnya.
"I-i like you too." Rose memandang tepat ke arah mataku. I know Rose. Kau obviously suka aku. Kalau tak kau tak cari aku sampai macam tu sekali. Aku tunggu sampai Rose habis kerja. Sementara Kai mengelap meja untuk tutup kedai, dia datang pada aku. "Bro let's talk outside." Sampai di luar kafe, "Azlan, Rose tak pernah seumur hidup dia, ada seseorang istimewa selain family. Dan aku tak nak kau suka dia macam RnR, atau lampin pakai buang. Kau datang dan pergi, kau nak bila kau perlu. Semua orang pernah lalui first love. Dan kau tau akibat kalau hancurkan first love tu? Kau seriously susah nak move on. Aku tak nak tu jadi kat adik aku. Aku tak nak dia depress. Kau janji dengan aku kau jaga dia baik baik. Cinta masa umur kau ni susah nak kekal lama. Jadi kalau kau tak mampu, jangan. Kalau kau tak suka dia lebih dari seorang kawan, jangan bagitau dia, bagitau aku, aku sendiri bawa dia balik rumah." Aku mengangguk. "Aku janji Kai. Aku takkan lepaskan perempuan sekepala gila macam aku." "Janji. Kalau aku tau dia nangis sebab kau, aku keluarkan biji mata kau, bagi anjing makan." Aku tersentak sedikit. Kai tak pernah seganas ni.
Selepas perbincangan dengan abang iparku, hehehe, Rose keluar sambil menyangkut leather jacket hitam di bahunya. "Kita nak pergi mana ni?" "Rahsia." "Okay cepat sikit! Tak sabar ni!" Rose memakai helmetnya. "Apa you ingat ada pintu doraemon? Bukak pintu terus sampai? Apalah tak sabar betul." Rose ketawa.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...