SPM semakin hampir. Maka aku dan Bros semakin study hard. Kami nakal tapi kami tak lupa pada pelajaran. Tak sah kalau sekolah ni tak ada seseorang yang nampak nakal tapi sebenarnya bijak. Contohnya aku, aku penah dirotan dan didenda oleh cikgu dan pengawas. Banyak kesalahan aku buat sekadar untuk have fun dulu. Pernah suatu ketika, batch SPM iaitu senior aku semasa aku di tingkatan 4, aku curi kasutnya di dorm dan gantung di wayar elektrik. Agak susah untuk ambil balik sebab aku nak gantung pun pakai ladder. Sebab aku buat demikian, senior tu denda aku kerana aku datang lewat. Memang sepatutnya aku bersalah, tapi aku kisah apa, don't mess with me.
Selain tu, ketika aku akhir tahun tingkatan 4, student dan guru dalam keadaan darurat untuk menggantikan cikgu yang sakit. Sir James guru Matematik kami accident teruk. Jadi kami perlukan guru baharu. Tak sangka guru baru tu seorang perempuan praktikal ekoran 20an umurnya. Sebab darurat punya pasal, inilah masanya untuk mengorat! Bros juga cuba nasibnya. Terutama sekali Mike. Mike is a wealth person. Dia hadiahkan Cikgu Azura sebuah rantai emas. Yang aku menyampah sekali, Mike tulis poem dan sangkut pada rantai. Dia tak tidur dua hari untuk fikirkannya. Cikgu Azura teruja teramat sangat. Emas kan. Siapa tak excited? Balik dari sekolah, kami nampak Cikgu Azura balik bersama pakwanya.
Mike apa lagi. Dia bagitau dia nak ambil semula rantai tu. Idea gila timbul difikiran Mike yang sedang panas membara. Kami menyelinap masuk pada pukul 3 pagi di rumah Cikgu Azura. Akhirnya berjaya mendapatkan semula rantai Mike. Mike yang frust menonggeng, hadiahkan rantai emas pada anak kucingnya. Tersengguk kepala kucing tu bawa rantai emas. Bulan ni tahun akhir aku di sekolah. Lagi beberapa hari sebelum SPM bermula. Tak boleh main kotor. Aku dan Bros pun study last minute. Antara kami, Luke yang paling bijak la juga. Budak nerd gitu. 24 jam kami study tanpa toleh ke telefon. Nampaknya, pasal aku block Rose dapat mengelak daripada tidak fokus pada SPM.
Sehari sebelum SPM, Bros di dalam bilik sedang membuat ucapan terakhir untuk pergi berjuang esoknya. Aku hampir menangis juga sebab terkilan member gila aku sejak di tingkatan 1 akan berpisah juga suatu hari nanti. Segala yang kami tempuh bersama, ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Aku tak bersedia untuk kehilangan mereka. Aku harap tiada seorang dalam kumpulan akan lupa diri bersama kami. "Hampa tau dak. Hampa lah oqang yang bantu aku waktu aku dok dalam jamban yang gelap soqang soqang. Depa kojaq main suis lampu. Aku dok teqan masa tu. Terima kasih kat hampa!" Mike mengusap matanya yang sedikit berair. Dramatik betul Mike ni.
"Aku pun nak terima kasih kat korang sebab tegur aku masa orentasi dah nak habis. Aku takut kalau aku masuk sekolah ni aku tak ada kawan. Yelah, orang semua panggil aku nerd. Rasis kan." Luke bersuara sambil tunduk. Kesian juga pada Luke. Dah nak masuk persekolahan dia masih tak ada kawan. Aku tepuk perlahan belakang Luke. Giliran Iman bersuara. "Aku nak ucap terima kasih kat korang masa motor aku rosak dalam hujan kat highway tu. Serious doh, terima kasih ada untuk aku masa aku susah. Aku tak harap sesiapa datang untuk aku selain korang. Highway nak ke Nibong Tebal tu. Thanks doh datang jauh dari KL." Tiba masa untuk giliran aku. Aku ungkit tentang Bros ingatkan aku supaya utama kawan.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...