Rose bawa balik ke rumah dan simpan di biliknya bunga yang kami buat semalam. Aku di kamar sedang bermain phone.
@Zachazlan: Whaddup. Tk dgr cite dri korang.
@Mikeeeee69: Aku sihat ja. Dok rempit tiap malam.
@Zachazlan: biar betul Mike.
@Mikeeeee69: Dak aih, aku lepak ja member kg aku. Bosan takdak hampa.
@IMANISKANDAR: Aww i miss you too sayang @Mikeeeee69
@Mikeeeee69: imy baby. Xoxo muah fuck you. Tampaq naya
@Zachazlan: kau cemana Iman. Sihat ke
@IMANISKANDAR: baik je. Aku cam biasa berniaga dgn mak aku.
@Zachazlan: wah ank misali!
@IMANISKANDAR: kau pun apa kurangnya. Aku usha gmbr kt twitter kau penuh bunga je.
@Zachazlan: hehehehhehege
@Mikeeeee69: Woi @LukeFendi_
@LukeFendi_: oh sori aku berak tadi. Aku sihat. Habis spm tk buat apa. Mendap je.
@Zachazlan: kesian anak bandar ni. Pegilah cari hobi
@LukeFendi_: hobi aku tidur.
@Mikeeeee69: pi caqi marka.
@LukeFendi_: tak hensem
@IMANISKANDAR: pegi memancing
@LukeFendi_: Takde pancing
@Zachazlan: pegi solat
@LukeFendi_: ok.
Maka perbualan tamat di situ. Burung burung berkicauan, angin sepoi sepoi bahasa. Aku ke ruang tamu kerana jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Aku perlu buka channel Nickelodeon sebelum ibu buka cerita hindustan. Sebaik sahaja aku buka pintu bilik, Rose berada di ruang tamu, menonton Spongebob Squarepants. Rose telah menyelamatkan hidupku! That's why i like her, we got some same taste. Aku duduk bersebelahannya, tangan dibelakang Rose. Macam suami isteri pula. Aku menonton cerita kegemaran aku dan Rose bersama. Esok aku perlu hantar ibu lagi. Aku yang offer untuk hantar sebab aku rindu ibu sangat.
Seminggu selepas tu, aku mulakan pagiku dengan senaman di luar rumah. Aku dan Rose akan berjogging pagi ni. Sedang aku bersenam, "Abang Azlan!" Suara familiar dan gedik. Aku toleh ke kiri dan mendapati seorang gadis yang aku kenal tapi aku lupa. "Aisyah?" Aku soal. "Aisyah? Ni Sofia la!" Sofia hentak kakinya di tanah sambil menggenggam erat payungnya. Shit. Sofia Estella. Anak ketua kampung. Ex crush aku masa aku darjah 1. Paling gedik di dunia tapi comel. Menjadi ex crush aku kerana dia buang surat cinta yang aku letak satu bedak baby johnson di dalamnya di bawah meja Sofia. "Er hai." Aku senyum kelat. "Hai abang Azlan! Kenapa datang kampung tak bagitau Sofia?!" "Er kenapa panggil abang? Kita kan sebaya." Aku cenggang. Blah la. Rose nampak mampus aku.
"Biar lah! Sofia nak panggil abang sebab baru nampak sweet. Macam suami isteri" Apa kena kau ni. Kau sedar tak kau top 1 student yang otak geliga sekolah rendah dulu. Kenapa bengong dah ni. Geli geliman aku. "Sofia buat apa kat sini? Alan nak kena pe—" "Kau siapa?" Rose muncul di belakang aku. "Abang Azlan.. abang.. abang dah kahwin ke? Siapa perempuan ni? Kau siapa hah?!" Rose berjalan ke arah Sofia. Ah! Jangan tarik rambut sudah. Aku chaw dulu. Rose membisik sesuatu kepada Sofia menyebabkan mukanya merah seakan marah tanpa berkata. Lalu Sofia beredar. "You cakap apa kat dia?" "Who is she?" Rose soal aku. "Classmate i masa darjah satu." Rose ketawa fake. "Patutlah." Patutlah apa? Rose berjogging keluar dari kawasan rumah aku.
YOU ARE READING
Bros before Ladies
Teen FictionBros terdiri daripada 4 serangkai lelaki nakal yang mahu enjoy tanpa bercinta di akhir tahun mereka di sekolah menengah. Akan tetapi seorang gadis Vans, pecinta scrambler motocross yang ada sticker Powerpuff Girls, penyokong Chelsea, grunge girl, da...