Chef Pastri

21 2 0
                                    

Selepas aku balik kerja petang, Rose dan ibu berada di dapur untuk membuat kek. Aku yang keletihan terus ke bilik untuk rehat. Dua kali round untuk tidur, aku tak mengantuk dah bangun terus ke dapur. Aku lihat mereka sedang baru nak bermula buat kek. Masa Rose menyediakan bahan, telefon ibu berdering "haa ye ye. Ok. Sekarang." Ibu matikan telefon "Azlan! Tolong Rose kejap. Ibu nak ke kedai! Hal emergency. Maaf Rose." Ibu bergegas ke dalam bilik untuk bersiap dan keluar rumah. "Err, i tak tau buat kek ni. Ni apa ni vanilla essen. Essen tu apa?" Rose ketawa. "Tak tau kena belajar. Ni resepi mak i tau." "Oh nak ambil hati mak kena tau resepi dia ni. Ok first step apa?"

Rose ajar aku satu persatu. Paling lawak bila adunan tengah blend, Rose suruh aku masukkan air sedikit demi sedikit. "Tuang air, sikit demi sedikit. Ehhh opp cukup ehh tambah ehh ok ok sikit sikit opp dah dah." Kelakar muka dia macam Cosmo dalam tv show Fairly Odd Parents. Ada sekali tu aku terletak pewarna pink sedikit dalam adunan. Asalnya nak buat kek coklat. Rose marah aku lepas tu suruh aku duduk depan tv. Last sekali dia panggil aku balik. Lepas aku tuang adunan ke dalam aluminium foil, aku masukkan ke dalam oven. Sisa sisa bahan masih lagi ada di kaunter. Aku tolong Rose kemas. Semasa aku nak basuh alatan, tiba tiba ada snow turun dari entah mana datang.

Aku pelik dan toleh ke belakang. Rose sedang taburkan tepung atas kepala aku sampai muka aku dari hitam manis terus jadi putih. Tak guna betul. Aku ambil telur untuk pecahkan atas kepala Rose. "Ohh jangan, Zack jangan Zack." Rose walks backward. Time for revenge. Aku tangkap Rose dalam pelukan aku dan terus pecahkan telur. Lendiran jatuh ke mukanya. Rose ketawa. "Fair kan?" Aku beritahu Rose. "Belum lagi." Rose ambil air di bersebelahannya dan tuang atas kepala aku. Rose kemudiannya bersedia untuk lari sambil mengelak kaunter, aku ambil pinggang dia menyebabkan kami jatuh bersama. Aku berada di atas Rose. "Jap i nak bagi fair 2 sama." Aku ambil campuran air dan tepung di atas kepala aku, dan celek pada pipi Rose. "Now you're officially Strawberry Shortcake!" Aku terus bangun untuk ke bilik air.

Selepas mandi, aku mendapati dapur telah bersih dah ibu dah pulang. "Azlan! Kenapa biar Rose kemas sorang sorang?" Aku bersalam dengan ibu "Alan mintak maaf ibu, selamat hari raya." Walaupun hari ni bukan bulan Syawal, aku dah biasa minta maaf dengan ibu cara begitu. Aku cium pipi ibu dan lantas menuju ke bilik. Aku dengar ibu merungut "bertuah betul!" Yes memang bertuah! Aku anak tunggal! Bestnya! Selepas solat maghrib, aku ke dapur untuk melihat hasil kek air tangan aku dan 'bakal segalanya'. Bakal awek, bakal tunang, bakal isteri, bakal ibu, semua lah! Aku tengok Rose dan ibu sedang melantak kek aku. Sampai hati melukakan hati aku yang comel sekecil Pac Man hehehe.

Aku terjah mereka dari depan. Dan berjaya terkejutkan mereka. Tu lah, syok sangat makan hak orang. Aku menyandar kedepan kaunter "Nak" aku buka mulut seluas alam. "Ehhh mengada, pegi ambil sudu." Rose ketawa. "Ye aunty mengada. Dia suruh saya suap kat bengkel sebab tangan dia kotor. Last sekali dia cakap basuh tangan kat dalam." Rose menjeling aku. Ceh report. Nasib aku tak ada abang, kakak, adik. "Memang mengada pun. Kecik kecik dulu..." Alah ibu ni! Kisah zaman silam pula dia story open table malam ni. "...Azlan ni menangis sebab takut dentist kat sekolah. Hari tu dia kena check gigi. Aunty paksa la dia pegi sekolah jugak. Lepas tu dia boleh lari menyorok bawah kereta cikgu!" Rose dan ibu ketawa. Biarkan gelora melanda hati, biarkan tangisan di pipi. Lagu Jamal Abdillah Derita Cinta bermain di fikiran.

Bros before LadiesWhere stories live. Discover now